Followers

Friday, March 26, 2010

SANDIWARA KJ: SKRIPT TERDESAK

Konspirator yang memusnahkan UMNO-BN dalam PRU-12 setelah UMNO, BN dan Negara diserahkan dalam keadaan stabil dan terbaik oleh Tun Mahathir

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau berubah daripada seorang yang dilihat 'radikal' kepada 'liberal' disebabkan oleh tuntutan zaman dan kedudukannya sebagai ketua Pemuda BN.“(Saya berubah) sebab sekarang saya ketua.
Dulu saya ada kebebasan sedikit, jadi saya main ikut rentak rakan yang ada. Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) sebagai menteri lebih kepada pandangan nasionalis, demi negara.

“Saya lebih kepada orang muda yang datang daripada masyarakat Melayu. Tetapi sebagai ketua dan nakhoda saya kena jaga kapal Pemuda Umno dan BN,” kata Khairy ketika ditanya sebab 'perubahannya'.“Dulu saya naib ketua Pemuda Umno, sekarang ini saya pengerusi Pemuda BN. Jadi mestilah saya jaga (beri) pandangan yang boleh diterima semua.”

Baca seterusnya: http://brojinggo.blogspot.com/

Skript percakapan KJ sudah mula berubah.
Benarlah KJ sangat sinonim, seiras dan jelmaan sejati Nuar Brahim.

Semua rakyat malaysia sudah tahu bahawa Nuar Brahim adalah manusia yang paling suka berubah-ubah ikut keadaan. Dalam mesjid boleh jadi imam, dalam majlis boleh menari, dalam negara boleh berlakon pejuang handalan, di luar negara menghina negara sendiri. Boleh berlakon dihadapan rakan karib, anak isteri malah ulama tersohor dunia.

KJ pun begitu nampaknya.
Semasa Naib Ketua Pemuda, terlalu menonjol diri sehingga tiada pertandingan jawatannya. Sanggup berlakon berdemonstrasi yang tidak diperlukan oleh perjuangan UMNO. Pandai pulak menggunakan kedudukan sebagai menantu Perdana Menteri dan bijak pula mengatur bahagian-bahagian supaya bekerja untuknya.

Semasa pertandingan jawatan Ketua Pemuda, berjaya menjinakkan banyak ketua-ketua pemuda bahagian untuk menyebelahinya. Masyarakat UMNO sudah sedia maklum apakah pendekatan yang digunakan Khairy untuk pastikan sokongan terhadapnya. Slogan "setiakawan" itu sendiri sudah dimaklumi mesejnya.

Skrip terdesak Khairy menggunakan dua keywords iaitu berubah daripada radikal kepada liberal. Istilah "radikal" yang digunakan Khairy sebenarnya bukanlah sebagaimana yang difahami oleh masyarakat UMNO kita. Radikal yang ditunjukkan oleh Khairy selama ini lebih menghampiri "biadap dan kurang ajar". Khairy nampaknya tersalah tafsir dirinya dan tafsirannya tidak sesuai sama sekali dengan tafsiran UMNO kita.

Samalah juga dengan istilah "liberal" dalam skrip terdesak yang digunakan Khairy. Liberal yang difahami oleh pemuda umno kita dari generasi ke generasi adalah "tegas yang bijaksana". Tetapi liberal yang digunapakai oleh Khairy menghampiri maksud "membodek 1Malaysia". Khairy sudah terlalu terdeesak sehingga gagasan 1Malaysia digunakan untuk menarik perhatian walaupun tafsiran 1Malaysia dalam kepala Khairy tidak sama dengan pegangan masyarakat UMNO kita.

1Malaysia tetap 1Malaysia, Umno tetap UMNO. Tidak ada sebab Khairy mengaku "berubah" kerana 1Malaysia dan Pemuda BN. Kecualilah Khairy memahami bahawa 1Malaysia itu bermaksud orang Melayu dan UMNO tidak perlu lagi mempertahankan kredibilitinya, emosinya, roh perjuangannya dan identiti keturunannya. Kerana itu dengan bongkak dan sombongnya Khairy menghalau pejuang UMNO supaya menyertai PERKASA jika berhasrat untuk memperjuangkan kemelayuan melalui demonstrasi.

Kita juga amat sangsi tentang kefahaman Khairy mengenai "demonstrasi". Padanya demonstrasi itu bermaksud berkumpul beramai-ramai dan menjerit, memekik, melolong seperti yang beliau lakukan. Maksud demonstrasi yang UMNO kita fahami jauh lebih bermakna dari itu. Beliau lupa agaknya dengan demonstrasilah kita menghimpun ngo melayu yang bertaburan di seluruh Tanah Melayu sehingga terbentuk UMNO kita ini. Demonstrasilah yang menurunkan union jack dan demonstrasilah yang menyekat kemaraan komunis di negara ini. Impaknya terlalu besar dari terpekik terlolong yang Khairy lakukan untuk menonjolkan dirinya dahulu.

Khairy juga menganggap PERKASA adalah kontaradik dengan 1Malaysia dan hanya sesuai dianggotai oleh rakyat tepi jalan yang tugasnya hanya menyalak.

Khairy sudah terdesak. Skrip temuramah terbarunya menguatkan lagi kepercayaan masyarakat UMNO bahawa Khairy tidak perlu mencampuri urusan UMNO kita. Cukuplah apa yang sudah terlajak. Apakan daya kerana Pak Lah Perdana Menteri pada ketika Kahiry mula mencampuri UMNO kita.

Kepada seluruh masyarakat UMNO, terutama pemuda, marilah kita berwaspada supaya character yang tidak diperlukan dalam UMNO kita ini, tidak dibiarkan terus menerus berlakon. Kita tidak mampu lagi menerima atau membiarkan kehadiran Nuar Brahim kedua dalam parti kita yang disyangi ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...