Followers

Saturday, April 10, 2010

KHAIRY ASAK NAJIB





''Bagaimana dia boleh kata rakyat menolak 1Malaysia sedangkan dalam satu tinjauan yang dibuat, Perdana Menteri telah mendapat sokongan yang tinggi sehingga 68 peratus berbanding pada awal pelantikannya hanya 44 peratus," tegasnya.
Sumber:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Kenyataan mentah begini amat berbahaya kepada organisasi.

Kita percaya hajat sebenar YB Haji Khairy Jamaludin adalah untuk menyatakan gagasan 1Malaysia semakin diterima.

Bagaimanapun, beliau dengan sengaja menyatakan bahawa sebenarnya DS Najib tidak diterima ramai semasa mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO daripada Tun Abdullah.

Dalam ertikata lain, ini bermakna segala usaha gigih seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia bekerja keras mendesak Tun Abdullah mengundur diri dari Jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, adalah tindakan yang tidak wajar kerana tidak disokong sepenuhnya.

Sama ada benar atau tidak gambaran dan sumber kajian yang digunakan oleh beliau, tindakkannya ini dapat dilihat sebagai salah satu strategi mengasak untuk tujuan tertentu.

Berbagai-bagai tafsiran boleh dibuat untuk memahami mengapa Haji Khairy berbuat demikian.

Apapun, kenyataan sedemikian tidak mempunyai nilai kebijaksanaan sama sekali. Bukan sahaja tidak diperlukan, malah ianya songsang dan boleh membantu mengubah persepsi.

Kekuatan UMNO dan BN bukan sahaja bergantung kepada kerja keras tetapi juga bercakap dengan betul.

PRINSIP BERBEZA DENGAN RAKUS




KUALA LUMPUR 8 April - Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan sebagai mengotakan janjinya untuk berbuat demikian jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA.

Berikutan keputusan itu, Mei Fun melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor; Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) parti, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta sebagai senator.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Terbukti Datin Paduka Chew Mei Fun seorang pemimpin wanita yang bijak dan berprinsip. Melepaskan jawatan tetapi kekal dalam parti malah berikrar pula untuk menyokong parti tanpa syarat.

Kebijaksanaannya juga terserlah apabila mengambil tindakan dengan cepat supaya tidak mengganggu parti menghadapi PRU Hulu Selangor dan di Sarawak nanti. Beliau sanggup "keluar baris" bukan kerana tidak disukai oleh organisasi, tetapi kerana ada maruah, ada prinsip.

Tindakan beliau mempunyai nilai kemanusiaan yang amat tinggi yang menggambarkan bahawa kepentingan peribadi bukanlah asas perjuangannya. Beliau berani, tegas dan sangat bermaruah apabila mempertahankan prinsip yang dipegangnya.

Prinsip yang mulia adalah maruah diri yang tiada pada seorang yang rakus.

Friday, April 9, 2010

SYABAS PEMUDA UMNO MALAYSIA



Syabas Pemuda UMNO Kelantan.

PAS sentiasa melaungkan slogan menentang kemungkaran. Mereka mencipta berbagai-bagai isu untuk menggambarkan kemungkaran pihak lain. Mereka menyebarkan fitnah bertali arus dalam ceramah, kuliah, tazkirah, kutbah dan apa sahaja saluran demi mengajak umat Islam percaya kepada mereka.

Kemenangan PAS selama ini adalah di atas kejayaan mereka menabur fitnah dan memperalatkan agama Islam. Mereka berkuasa dan berada di atas takhta kebencian.

Kini masanya mereka berhadapan dengan kepalsuan dan kegilaan yang telah mereka lakukan terhadap agama Islam yang maha suci.

Ikuti posting berikut:
Sumber: http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9709

Oleh Yus Iskandar

Kota Bharu, 8 April - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan status siasatan ke atas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berhubung dakwaan penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, semua pihak terutama rakyat di negeri ini mahu mengetahui status sebenar kes tersebut apatah lagi siasatan berkenaan telah memakan masa yang terlalu lama.

Katanya, timbul beberapa isu baru juga membabitkan Nik Abdul Aziz yang didedahkan dalam laman blog dan seharusnya diberikan perhatian SPRM.

"Pemuda dan beberapa individu telah membuat laporan SPRM berhubung isu Nik Aziz dan menantunya sejak tahun lepas tetapi hingga kini, tiada sebarang tindakan atau kenyataan mengenainya dibuat oleh suruhanjaya itu.

"Sebelum ini, iaitu pada pertemuan dengan SPRM pada November lalu, kami dimaklumkan bahawa siasatan mengenai isu ini di peringkat pendakwaan tetapi selepas lima bulan, ia diam begitu sahaja, seolah-olah tiada sebarang tindakan diambil," katanya di sini hari ini.

SPRM mula menjalankan siasatan ke atas Abdul Ariffahmi sejak awal November lalu setelah timbul pelbagai dakwaan mengenai PMBK.

Siasatan SPRM itu dikatakan berkisar tentang salah guna kuasa Abdul Ariffahmi dan pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang dipercayai melanggar akta suruhanjaya berkenaan.

Isu itu kemudian memuncak apabila Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditamatkan kontraknya serta-merta.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz mengakui beliau dan keluarganya menerima tajaan haji bernilai RM65,000 yang turut melibatkan Abdul Ariffahmi serta beberapa ahli keluarganya.

Selepas isu itu mendapat liputan meluas media, Nik Abdul Aziz atas nasihat kepimpinan Pas Pusat mengarahkan menantunya itu meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK.

Sementara itu, Anuar berkata, pendedahan terbaru yang dibuat oleh blogger Kickdefella mengenai sumbangan terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang dijalankan oleh Pas Kelantan sebagai timbal balas apabila meluluskan pemberian kawasan balak kepada syarikat tertentu.

"Blog itu turut mendedahkan dokumen-dokumen penting membabitkan sumbangan terhadap Pasti sekiranya diluluskan kawasan balak malah ada di antara dokumen terbabit turut disertakan nombor cek.

"Pemuda telah membuat laporan kepada SPRM berhubung kandungan laman blog ini. Jadi kita minta mereka menjalankan siasatan kerana bukti yang dikemukakan seolah-olah menunjukkan secara sahih berlaku penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan negeri pimpinan Nik Abdul Aziz," katanya.

Tambah Anuar, laman blog itu turut mendedahkan penglibatan seorang anak pemimpin Pas Kelantan yang dikatakan menggunakan pengaruh bapanya untuk mendapatkan kawasan balak.

"Semua ini perlu disiasat, kita tidak mahu lagi rakyat negeri ini ditipu Nik Abdul Aziz dengan hanya perwatakannya yang alim.

"Selain itu, saya juga meminta orang ramai supaya tidak menghantar anak-anak mereka ke Pasti kerana jelas ia menggunakan sumber kewangan yang meragui untuk pendidikan," katanya. -webPemuda

SUKARNYA BILA SUDAH BERDOSA DAN DERHAKA


Pokok semambu di tepi kubur,
Pohon nangka baru ditanam;
Terlajak perahu boleh diundur,
Dosa dan derhaka tak boleh dipadam.


Begitulah nasib YB Haji Kahiry Jamaludin dalam organisasi keramat UMNO.

Eloklah beliau menyediakan diri untuk hidup dan maju dalam lapangan yang lain dan sambil itu teruslah memberi sumbangan kepada UMNO dan Barisan nasional, sekurang-kurangnya mengundi semasa pilihanraya.

UMNO dan BN serta 1Malaysia masakini memang agak sibuk dan tidak cukup masa untuk memberi perhatian kepada character ini. Beban yang kita tanggung memang sudah banyak dan semakin mencabar, maka cukuplah kerana masa sudah semakin suntuk.

Kita ada banyak kerja dan tanggungjawab. Peranan Pemuda UMNO Malaysia, Pemuda UMNO Negeri, Pemuda UMNO Bahagian, Penmuda UMNO Cawangan dan seluruh ahli Pemuda UMNO akan kita teruskan kerana perjuangan dan pertempuran sudahpun bermula.

Biarlah YB Haji Kahiry Jamaludin menyelesaikan masalah peribadinya sambil menikmati hasil usaha yang diperjuangkannya semasa era Pak Lah dahulu. Kini masa DS Najib, masa kita, masa untuk terus mencipta kejayaan, bukan pengkhianatan, penderhakaan, kerakusan, kebiadapan.

Masa depan kita terletak pada tindakan yang diambil sekarang untuk agama, bangsa dan atanahair, bukan pada usaha membasuh dosa dan melupakan penderhakaan.

Biarkan YB Haji Kahiry Jamaludin dengan nasibnya, tetapi mari kita pertahankan nasib bangsa, agama dan tanahair yang lebih besar ini.

Teruskan bacaan anda melalui berikut:
Sumber:
http://csimelayu.blogspot.com/
Dulu, UMNO menjadi wadah perjuangan melayu di negara ini. Dulu sayap Pemuda UMNO begitu lantang didalam hal-hal berkaitan sensitiviti bangsa dan agama. Kini semuanya layu dan langsung tak mampu mengangkat muka apabila berdepan dengan tekanan kaum minoriti di dalam negara.

Spy tak salahkan DS Najib kerana beliau sibuk mencuci "daki dan kekotoran" yang ditinggalkan oleh Tun Lah. Spy juga tak salahkan TS Muhyidin kerana beliau juga sibuk mencatur agenda mencantum kembali serpihan kekuatan parti yang hilang selepas PRU 12.

Tapi spy hairan dengan sikap dan pendekatan yang diambil oleh Ketua Pemuda UMNO yang boleh diibaratkan umpama "anak kecil merengek susu".

Apa taknya, apakah wajar tindakan KJ yang bagaikan merajuk apabila tak diberikan jawatan didalam barisan kabinet DS Najib? Dibawah kepimpinan KJ, Pemuda UMNO ibarat kehilangan bisa. Jangankan kata taring, gigi pun belum tentu ada pada Pemuda UMNO sekarang.

Apa motif KJ apabila dia mempertikaikan motif perjuangan PERKASA ? Pada pendapat spy, PERKASA hanya meneruskan perjuangan bangsa yang semakin ditinggalkan oleh UMNO. Apakah ini salah besar di mata KJ ??

Jika pun KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO, tak mahu melakukan tanggung jawab yang sepatutnya dilakukannya, tak payahlah dia memperlekehkan jika ada pihak lain yang secara sukarela mahu memartabatkan bangsa dan agama.

KJ sepatutnya menyedari bahawa jawatan yang disandangnya kini adalah amanah dan warisan dari semangat perjuangan generasi kepimpinan melayu sebelumnya.

KJ juga perlu menginsafi diri bahawa dengan memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, dia kini dipertanggung jawabkan untuk menjadi salah serang pembela kepada nasib agama, bangsa dan tanahair.

Semasa zaman pemerintahan Tun Lah, KJ dianggap mastermind didalam mencatur segala urusan yang merugikan negara. Bagi sesetengah individu, "dosa" KJ terlalu besar untuk dimaafkan.

Sekian laporan spy leman dari Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Thursday, April 8, 2010

PKR: JUGA HAMBATAN DALAM ORGANISASI UMNO



Keutuhan organisasi parti tidak boleh dikompromi. Sama sekali tidak boleh. Biar kuat manapun tentangan dan cabaran dari luar, parti tetap akan dapat menghadapinya. Syaratnya parti utuh.

Jika ada sebarang petanda yang boleh menggugat keutuhan parti, segera selesaikan. Jika tidak, ia bermakna sengaja mengundang kehancuran.

PKR, PAS, DAP, dan NGO propembangkang bukan faktor yang boleh melemahkan UMNO/BN. Faktor dalamanlah yang paling berkesan untuk menggugat parti dan perlu diberi perhatian.

Ikuti seterusnya pandangan berikut (sumber: http://paneh.blogspot.com/):

Antara insan yang sudah masak dengan perangai Anwar Ibrahim ialah Khairrudin Abu Hassan, yang baru nikah dengan Umie Aida. Juga Pak Menakan Anwar Ibrahim iaitu Sulaiman Palestine. Tidak kurang juga beberapa insan lama, seperti Kamaruddin Kachar, Zulkifli Abdol, Rahim Dahalan, Hanif Omar, Aziz Shamsudin, Sanusi Junid, Zahrain Mohamad dan arwah Azizan Zainul Abidin, arwah Mohamed Rahmat, arwah Ghazali Shafie, dan ada lagi 23 orang yang tak perlu dimaklumkan. Lagi pun, pembaco bukan minat nak tahu pasal Anwar Ibrahim sebenarnya?

Anwar telah membahalol ramai Cendiakawan Muslim tersohor. Anwar sanggup meMUNAFIQkan diri untuk diberi tempelan bahawa 'Anwar is Great'! Ini semua berlaku, masa Anwar Ibrahim Presiden UIAM. Habis lingkup tamadun ILMU yang sedang dibina oleh rumpun Cendiakawan Muslim Dunia melalui penubuhan ISTAC 1989. Alhamdulillah, Allah masih pelihara Ilmuan-Ilmuan Islam ini, dan beri hadiah TUNAI kepada Anwar dan sedang dipertonton oleh Rakyat Raja.

Tahun 1999, PKR mengancam dengan beberapa detik kemenangan. Disebabkan TDM mempunyai pasukan "Board of The Eldest" yang tidak termakan PUJUK RAYU DAN ASAKAN BERTUBI-TUBI Anwar Ibrahim, maka Allah takdirkan BN menang. Tahun 2004, BN menang besar. Betul ke menang besar? Atau sebagai teknik reverse sahaja? Khairy Jamaluddin dibawa masuk ke dalam UMNO melalui keluarga Abdullah Ahmad Badawi. Rakan sparring Mr.Nori yang seangkatan ialah Azalina Othman Said. Mr. Nori ini masuk dalam gelanggang perang politik "by-chance and privilege" dan bukannya melalui pertempuran ilmu politik sebenar. Bodoh sungguh PEMUDA UMNO yang beri muka untuk Mr.Nori menang Naib Ketua Pemuda UMNO [tanpa bertanding setelah pesaing tarikh diri 3 jam sebelum pengundian bermula].

Mr. Nori menjalani aturan yang menjahanamkan UMNO secara keseluruhan. Dia dilihat bergentayangan di Damansara Height, 10 bulan sebelum hendak menawar diri tanding Naib Ketua Pemuda UMNO. Mr. Nori mengikuti jejak Anwar Ibrahim secara tersirat? Hari ini Mr. Nori kena control hensem bila bertemu Rakyat. Tapi bacolah Hansard, apa sangat perjuangan Mr. Nori ini dalam Parlimen dan Rakyat? Apa sangat yang dia kupas soal dan perihal pelajaran asas hingga tinggi di bumi ini? Apa yang dihebohkan dengan suit bernilai ribuan RM yang disarung setiap hari...?

Telunjuk Anwar Ibrahim menjadi jejak yang sukar dibendung. Namun Anwar Ibrahim sudah berada di anjung legasi PKR yang sedang karam. Nurul Izzah sudah meluat dan menyampah dengan keletah ayahnya yang dilihat akhir-akhir ini sering berperang dengan Wan Azizah. Nurul Izzah dan suami akan tinggal kerusi Lembah Pantai untuk selamanya. MP Kelana Jaya yang belum cukup haul, yang tak fasih cakap Bahasa Melayu juga akan gulung kerusi. MP Gombak, Azmin Ali seorang bekas guru Metamatik kepada MP Muar, Razali Ibrahim di MRSM Terendak, sudah mula menyesal dan mengira algebra untuk mengasing diri daripada PKR, MP Port Dickson pun dah mula melarikan diri di Parlimen daripada dilihat bersekongkol dalam kelambu PKR, di Cafe Parlimen yang dulunya ada 15 buah meja sibuk memberi propoganda dan provokasi terhadap mauduk PKR & Anwar untuk pakatan rakyat, kini cuma ada 1 buah meja sahaja. Bilik hidangan Ahli Parlimen yang pekena teh tarik dengan Anwar sudah makin kurang korum, dulu ada 35 orang, hari ini terkonteng-konteng Anwar sorang diri, maka terpaksa MENELANJANG DIRI berseorangan dan akhirnya jumpa press, sebagai teknik escapism politiking, MP PAS dan PKR, yang terdiri daripada kawan-kawan Anwar Ibrahim seperti Saari Sungip, Khalid Ibrahim, Hassan Ali serta beberapa yang lain daripada Rakyat Raja yang sudah melihat KESONGSANGAN IQTIKAD Anwar Ibrahim kepada Agama, Tanahair dan Bangsa. MP seperti Tian Chua, Gobalakrishnan dari PKR ialah "planted-DAP proxy" dalam PKR. DAP secara terang dan gelap masih berpegang kepada MANIFESTO "Malaysia For All For Nothing"...

Bilakah PKR akan karam? PKR telah karam sejak baton Presiden PKR diserah oleh Wan Azizah yang setia maut kepada lakinya, Anwar Ibrahim. PKR kini KARAM kerana Anwar Ibrahim telah memborong semua harta kekayaan negara yang diperoleh sejak 20 tahun lalu. Anwar Ibrahim sedang menuai hasil mahsul dari tangkapannya. Sebab itulah dia boleh pusing dunia sesuka hati dan tidak dikembiri oleh Kerajaan Malaysia yang berhati Mulia.

Pembaco sekalian, tanggal 16 September 2008 heboh sebagai Medan Kerajaan Persekutuan PKR. Apabila tidak berjaya, sasaran 16 September 2009 pula, tapi masih juga gagal. Kali ini,16 September 2010 pula menjadi sasaran ketiga. Apakah rencana dan agenda tersirat yang dilakukan Anwar untuk kepentingan Rakyat Raja?...Bacalah petikan ucapan Anwar Ibrahim 5 tahun sebelum dia dihumban keluar daripada UMNO...Kaji dengan mendalam....? Laluan yang sama akan diguna pakai, cuma waktu dan detik sahaja berbeza....Apakah akan berlaku Tsunami Anwar Ibrahim kali kedua?

Pak Sedaro nak posan kepada manusia yang namanya diasas oleh keturunan Rakyat Raja, Orang Asli, Pribumi Sarawak dan Sabah...bahawa pasukan PKR telah KARAM. Yang menjadi umpan hari ini ialah Anwar Ibrahim, tapi pemain sebenar di belakang Anwar Ibrahim ialah manusia Dajjal dalam PAS+DAP. PKR hanyalah sebagai budak suruhan dan belasah awam....

Ingatlah, tembak jangan sebarang tembak, tembak dengan ibu besi, pekak jangan sebarang pekak, biar pekak penuh berisi.

SUMBER:
http://paneh.blogspot.com/

PEMIMPIN UMNO DAN BN: Jangan Biarkan Parlimen Jadi Panggung Wayang



Sekiranya kita pemerhati yang teliti, amat jelas dalam beberapa perbahasan di Parlimen, ada MP yang sengaja menggunakan sidang sebagai tempat melakonkan skript politik terancang.

Kenapa perkara ini dibiarkan:

Ikuti 2 posting berikut:

Sedar atau TIDAK, isu APCO dibangkitkan hanya untuk menakut-nakutkan MP BN kononnya MP BN bersekongkol dengan Israel atau Yahudi sedangkan RAKYAT semua MAKLUM bahawa orang yang membangkitkan isu APCO ini sendiri iaitu Penasihat PKR jelas bersekongkol dengan Israel atau Yahudi di US?

Bukankah dia yang berKAWAN dengan PEMBUNUH rakyat Iraq iaitu Paul Wolfowitz dan ramai lagi di dalam Yayasan Future Foundation?

Bukankah KONCO-KONCO dia yang bertemu dengan Soros untuk mendapat pemBIAYAan bagi partinya?

Bukankah akhbar utama Israel The Jerusalem Post pernah menamakan dia sebagai PM baru Malaysia dalam akhbarnya?

Bukankah APCO sendiri sudah 2 kali membuat kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan kerajaan Malaysia?

Namun semua FAKTA-fakta di atas seolah 'HILANG' akibat telatah MP BN sendiri yang GAGAL memanipulasikannya.. Malah, MP BN merasa SELESA mungkin kerana Menteri jaga Parlimen 'The HATCHET Man'telah memberikan JANJI MANISnya untuk menghadapkan ke kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen..klik sini

Namun itu langsung TIDAK menyekat Penasihat PKR dan konco-konconya di Parlimen untuk terus menggunakan ISU ini bagi mengaburi mata RAKYAT.. Malah, isu APCO ini telah berjaya meLENYAPkan terus tentang isu KES 'menJUBOR'nya dan isu pendedahan 16 September yang HANGAT diperkatakan sebelum ini..

Akhirnya isu-isu HANGAT yang dibawa oleh MP BEBAS tadi jadi hambar diSEBABkan keBODOHan MP BN sendiri yang GAGAL meMANIPULASIkannya dan ralit dok LAYAN kelentong Penasihat PKR dan konco-koncnya..

Ada lagi satu PERKARA yang MP BN lupa berhubung isu APCO ini..

Sebelum INI MP BN dari Rembau, si PESALAH POLITIK WANG turut sama memBAHASkan isu APCO ini dengan menDAKWA Penasihat PKR turut bersekongkol dengan APCO dan mempunyai hubungan dengannya..

Dakwaannya ini diBALAS oleh Penasihat PKR dengan mengatakan bahawa PESALAH POLITIK WANG turut bersubahat dengan APCO melalui penglibatan rakannya dalam Ethos Consultant yang mengaturkan satu 'government agreements' dengan Setiausaha Akhbar PM sendiri..klik sini

Jika anda TELITI, ini merupakan satu SKRIP terancang yang telah diATUR dan direncanakan sebegitu BAIK sekali untuk memperdayakan Perdana Menteri dan kepimpinannya.. Selebihnya SILAlah fikir sendiri..

Kita TAHU hubungan Israel dan Yahudi dengan Penasihat PKR..

Kita TAHU hubungan PESALAH POLITIK WANG dengan Ethos Consultant..

Kita TAHU perkaitan Ethos Consultant dengan Kerajaan Malaysia bawah PM ke-5..

Kita TAHU dan AMAT TAHU hubungan Penasihat PKR dengan PESALAH POLITIK WANG melalui penghantaran PASSPORTnya..

Yang mungkin TIDAK TAHU atau TAK NAK AMBIK TAHU ialah PM kita dan barisan kepimpinannya serta MP-MP BN/UMNO.. Mungkin mereka berasa SELESA dengan segala bentuk PUJIAN, SLOGAN dan BODEKkan..

Senang CERITAlah; KALAU ORANG TU SEBELUM INI BOLEH MEMPERDAYAKAN PAK MERTUANYA, APAKAH DIA TAK BOLEH PULAK MEMPERDAYAKAN PM YANG LANGSUNG TAK ADA HUBUNGAN DENGANNYA?

Wallahualam..


DAN Lagi...

Semalam bertempat di bangsar Shopping Complex (BCS) sekitar jam 6.30 petang, sumber kami memberitahu, mereka terserampak dengan Khairy dan Yusmadi disana. Apabila disedari pertemuan itu wajah Khairy kelihatan pucat lesi.

Setelah pemberi maklumat kami membuat penyiasatan didapati, memang ada pertemuan di antara Khairy dan Yusmadi dilakukan di BSC, dari sumber yang sama juga kami difahamkan bahawa ini bukan kali pertama mereka bertemu.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah mengapa perlu Khairy bertemu dengan seorang ahli parlimen pembangkang yang sangat rapat dengan Anwar? Apa yang mereka bincangkan? Mungkin mereka berbincang tentang isu APCO? Adakah pertemuan mereka mengenai isu 1Malaysia diambil dari 1Israel?

Umum mengetahui, sejak beberapa minggu yang lalu, Anwar dan Khairy membuat lakonan di sidang Dewan Rakyat dengan saling berbalah sesama sendiri. Kami juga pernah menyiarkan artikel mengenai skrip lakonan mereka berdua. Klik sini

Kami juga difahamkan Khairy telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk bertemu dengan ahli parlimen bebas, Zul Nordin. Tetapi Khairy tidak berjaya berbuat demikian kerana Zul Nordin sangat sibuk, ini juga menimbulkan satu lagi persoalan, mengapa Khairy beriya-iya benar mahu berjumpa dengan Zul Nordin? Apakah Khairy juga terlibat dalam skandal merosakkan nama Perdana Menteri melalui isu Altantuya? Seperti yang diketahui umum, Khairy memang tidak suka pada Perdana Menteri dan Isteri.

Kami di Anak Omak merasa sangat hairan dengan tindak tanduk Khairy sejak seminggu-dua ini, pertemuan semalam di antara Khairy dan Yusmadi membuktikan bahawa Khairy memang sedang merancang atau sudah pun melakukan sesuatu yang tidak baik buat UMNO dan Perdana Menteri.

Isu APCO yang menjadi hangat sejak kebelakangan ini juga banyak menimbulkan persoalan tentang penglibatan Khairy, bermula dari Khairy mengulangi semua hujahan yang telah dibacakan oleh Anwar di Parlimen hingga ke Sidang Akhbar yang telah diadakan beliau tidak berapa lama dulu. Mengapa Khairy nampak begitu ghairah sekali dalam isu APCO ini?

Adakah pertemuan Khairy dan Yusmadi semalam berkisar tentang rancangan mereka untuk menggunakan isu APCO pada pilihanraya kecil di hulu Selangor nanti? Apakah yang sedang dirancang oleh Khairy dan rakan-rakan beliau dari parti pembangkang?

Kami biarkan anda menilai sendiri segala persoalan yang telah kami timbulkan.


Sumber:
http://parpukari.blogspot.com/

Wednesday, April 7, 2010

MAHALNYA POLITIK MURAHAN



Politik murahan biasanya bergaul dengan kaedah rasuah. Rasuah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Ganjaran, jaminan, janji dan ugutan adalah sebahagian daripada alat rasuah.

Kaedah merasuah digunapakai supaya cepat mencapai cita-cita. Misalnya cita-cita yang tinggi untuk menjadi Perdana Menteri dalam usia muda. Ataupun terus bercita-cita menjadi Perdana Menteri walaupun setelah menjadi banduan keluar penjara.

Oleh kerana kaedah rasuah digunakan, maka tidak dapat dielakkan lagi untuk menggunakan pula kaedah menipu, berbohong dan manipulsi dalam pelbagai hal. Pihak yang rela menerima rasuah akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan supaya hasil rasuahnya terjamin dan menerimanya berterusan. Oleh itu perasuah akan dijaga sebaiknya tanpa syarat.

Apabila perasuah dan penerima rasuah semakin ramai akhirnya akan terbentuk satu kumpulan yang konsisten. Maka wujudkan konsep setiakawan demi mempertahankan matlamatnya. Matlamat perasuah adalah ingin mencapai cita-cita besarnya, manakala matlamat penerima rassuah pula ingin menjamin hasil rasuahnya berterusan dan terjamin pula kelangsungannya.

Maka itu lahirlah aktiviti menipu, membohong, perasugut, jaminan, ugutan penyingkiran, tekanan, desakan dan sebagainya. Dan mereka sanggup berkerjasama dengan pihak mana sekalipun asalakan kumpulan dan jaringan mereka bertambah besar dan bergerak ke arah cita-cita.

Dalam hal ini, kepentingan organisasi langsung tidak diambilkira.
Inilah yang sedang di alami oleh UMNO.

Ahli politik murahan ini melihat UMNO sebagai wadah bagi memenuhi keinginan dirinya. Ahli dan jentera UMNO dilihat sebagai sebahagiaan daripada alat mencapai hasratnya. Kerana itu mereka akan bermati-matian mempertahankan kuasa yang ada di dalam UMNO.

Bagi yang tiada kuasa dalam UMNO akan menggunakan pula orang Melayu. Akibatnya kuasa yang sedikit yang berada di tangan orang Melayu UMNO akan terhakis. Apatah lagi manipulsi politik persepsi yang dimainkan sehingga melepasi batas perkauman menyebabkan kecelaruan berlaku dalam sistem bermasyarakat majmuk.

Perasuah dan Penerima Rasuah sudah pasti matlamat mereka. Tetapi penyokong dan pengikut sentiasa tertipu, dibohongi dan dimanipulasi.

Begitulah,
Mahalnya politik murahan yang kini dikesan berada di tangan sesetengah ahli politik kita. Ada yang di luar parti dan ada yang bersama di dalam parti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...