Followers

Friday, May 17, 2013

ALaHai Si LunCAi: PENGUNDI AKAN LARI PADA PRU 14 !!

Telahan Luncai memang tepat kerana bayangan dan bunga-bunga ke arah itu sudah terserlah.
Sandiwara yang menggunakan Rafizi sudahpun dipentaskan.
KECUALI ZAHID DAPAT MEMBUKTIKAN SEBALIKNYA.


Baca seterusnya: http://alahaisiluncai.blogspot.com/

ALaHai Si LunCAi: PENGUNDI AKAN LARI PADA PRU 14 !!

Wednesday, May 15, 2013

KJ Dalam Perancangan Allah - harap faham

Tahniah KJ kerana DIBERI KEPERCAYAAN mengetuai Kementerian Belia dan Sukan.

Aku memang tak percaya kau akan menjadi Menteri yang baik kerana kau bukan ahli UMNO yang baik,
Segala perilaku yang kau telah tunjukkan sebelum ini amat berbahaya kepada agama, bangsa dan tanahairku.
Bagaimanapun perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Aku akur.
Buanglah sifat-sifat buruk yang kau miliki kerana kami tidak mampu mempunyai Anuwar Berahim II dalam UMNO dan dalam negara yang s angat kami cintai ini.

Aku akan terus berdoa semoga kau berubah dan sertailah UMNO kami sebagaimana yang sewajarnya untuk agama, bangsa dan tanahair.

Aku percaya manusia akan berubah dan bertambah matang jika ada keikhlasan dan roh Islam yang tulen dalam dirinya. Sekurang-kurangnya jangan jadikan UMNO kami sebagai batu loncatan untuk diri kau dan kroni sebagaimana yang pernah kau buktikan.

Selamat menjalankan tugas kerana Allah untuk agama, bangsa dan tanahair kami.

Tun Mahathir Semakin Risau

Aku juga risau sebagaimana yang dirasai oleh Tun.
Apatah lagi generasiku adalah penyambung segala daya usaha yang telah dilaksanakan dengan cemerlang oleh generasi Tun.
Apapun alasan tidak akan dapat menyelesaikan kerisauan ini, melainkan Bumiputera bersatu untuk menghentikan agenda china Dap.


Baca seterusnya: http://paneh.blogspot.com

PANEH MIANG©: Saya Kesal - Tun Mahathir: MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN TUN MAHATHIR. MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH? SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana...

Tuesday, May 14, 2013

DS Najib risks losing the support of ALL Malaysians by PRU14 if he chooses KJ!


How DS Najib Could Make Things Worse?



There are 2 creatures on stage during the BN Victory 'celebration', very visible behind DS Najib - they are seen clearly in the photo above. The 2 creatures are the Icons of Corruption, Khairy Jamaluddin (KJ) and DS Shahrizat Jalil of NFC infamy. DS Shahrizat has no Parliamentary seat and I believe can no longer be a Senator, so best that she retire. The real problem is with KJ, who's lust for power sees him lobbying for a cabinet post in the press - TAK MALU BETUI!

The Chinese rejection of BN was able to mask also the rejection of BN by the young urban youth, in particular young urban Malay youths. They hate BN as the face of BN Youth is KJ. Whilst some may admire him at the outset of knowing him, many are then corrected by their elders by the retelling of KJ's corruption, such was his negative influence on Pak Lah's administration. DS Najib risks losing the support of ALL Malaysians by PRU14 if he chooses KJ!

Instead, DS Najib should give a clear signal to all by NOT selecting KJ. Give the signal such that UMNO picks up on this signal and also rejects KJ and the like. Let DS Najib's non-selection of KJ be the beginning of the re-birth of BN and UMNO! In PRU14, DS Anwar Ibrahim should no longer be a factor, but lets not have KJ as the new spectre to haunt UMNO and BN, driving it to oblivion.

And maybe hence when we are really cleaner for Corruption, we can begin to really cleanse the country of Crime, and the Chinese will return their votes to BN without need of any new rhetoric such as 1Malaysia...   Sumber: Thoughtsintangents.blogspot.com

Monday, May 13, 2013

KJ: PEMIKIRAN TAHAP RENDAH

KJ secara bodoh menjustifikasi kemerosotan sokongan terhadap BN bukan "hanya salah kaum Cina".
KJ menyatakan isu rasuah! sebagaimana yang dinyanyikan oleh pembangkang selama hampir lima tahun sebelum PRU13.
Memang kita memerlukan pemimpin muda untuk mengisi kepimpinan negara. Tetapi bukan KJ.

Baca seterusnya:  Klik Sini

Sudahlah Khairy Jamaluddin!

May 13, 2013 · 0 Comments

Saya telah lama tidak menulis mengenai Khairy Jamaluddin. Seingat saya sejak beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia hanya sekali saya mengkritik beliau kerana kegagalan beliau menyusun jentera pemuda UMNO negeri-negeri. Hari ini apabila ada teman-teman membelasah beliau kerana menawarkan diri ke dalam kabinet, saya tidak turut serta. Biarlah beliau Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda BN menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.

Namun hari ini apabila beliau menggunakan logik seakan orang bodoh untuk menjustifikasikan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13, saya fikir – “Sudahlah, KJ!”

Dalam wawancara dengan Berita Harian hari ini Khairy berkata, “analisis kita jangan cetek sangat, jangan kata ini salah satu komuniti.”

Memang tak perlu salah orang lain. Yang paling banyak salah adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang selama 4 tahun ini tidak berbuat apa-apa untuk memperkuatkan jentera Pemuda terutamanya di Selangor. Sebab itu Selangor kalah teruk. Jentera Pemuda di seluruh negara hanya berjuang kerana tidak mahu BN kalah. Kalau mengharapkan kepimpinan KJ dah lama terlungkup. Berapa banyak negeri bertukar Ketua Pemuda di bawah KJ kerana tidak berkesan? Sebab apa tidak berkesan? Sebab KJ selama menjadi Ketua Pemuda sedaya upaya cuba menaikkan kroninya sebagai KP negeri biarpun tidak mendapat sokongan penuh.

Bagaimana orang sehebat KJ boleh menafikan bahawa perubahan pola pengundian kaum Cina kali ini sangat jelas? Bagaimana KJ mahu menafikan bahawa berlaku Tsunami Cina kali ini sedangkan hamipr 97% kaum cina tidak menyokong BN kali ini?

KJ menyatakan isu rasuah. Jika isu rasuah menjadi keutamaan begitu besar sehingga berlaku Tsunami Cina, mengapa Pakatan di Selangor yang terbabit dengan skandal Talam, Pasir, Yayasan Selangor dan PKNS masih menang lebih besar?

Khairy sebagai ketua Pemuda masih tertipu dengan politik kaum Cina yang kononnya anti rasuah. Lalu Kerajaan pun mendakwa bekas Menteri Besar Selangor kerana isu penyalahgunaan kuasa yang sekarang keputusan hakim mahkamah tinggi menjadi lawak jenaka sahaja. Adakah sokongan orang Cina di Selangor bertambah baik?

Kerajaan juga mendakwa bekas Menteri pengangkutan, Tun Ling Liong Sik atas tuduhan menipu kabinet dalam isu PKFZ walaupun Tun Mahathir sendiri kata beliau tidak ditipu. Adakah sokongan orang Cina di Selangor bertambah hebat?

KJ mengatakan kekalahan Zulkifli Nordin di Shah Alam kerana Melayu tidak menyokong BN. Memang benar ada Melayu lupa daratan yang lulus luar negara, perasan pandai tidak menyokong BN dan yang taksub kepada Pas. Tapi hakikatnya Zulkifli Nordin dan kedua-dua calon UMNO Shah Alam kalah kerana orang Cina. Kalau KJ tidak pandai membaca “kiraan peti undi” kerana jadi wakil rakyat parachut, mungkin ada orang boleh bantu beliau.

Kalau KJ boleh membuka mata sedikit beliau tentu sedar bahawa kekalahan BN di Sepang kerana kebodohan Ketua UMNO Bahagian Sepang memecah belahkan bahagian di saat akhir. Siapakah Ketua UMNO Bahagian Sepang ini kalau bukan penyokong kuat Pak Lah dan kumpulan KJ suatu ketika dahulu?

KJ kata cara MCA dan Gerakan mendekati kaum Cina cara “outdated”. Habis apa yang beliau buat selama menjadi Pengerusi Pemuda BN? Berapa banyak “enggagement” yang KJ telah buat dan berjaya menukar minda kaum Cina? Kosong!

Setelah sekian banyak yang Najib dan BN lakukan, adalah mustahil untuk segala pembaharuan ini tidak dapat menambah undi atau sekurang-kurangnya mengekalkan undi kaum Cina.

Namun undi kaum Cina merosot dengan teruk. Apa sebabnya? Apakah KJ mahu mengatakan pentadbiran Mohd Najib lebih teruk daripada Pak Lah? Jadi tiada sebab untuk undi orang Cina merosot dengan begitu teruk kecuali orang Cina telah membuat keputusan menolak BN.

Hakikatnya, orang Cina merasakan Pakatan akan memberi mereka lebih banyak keuntungan kepada bangsa mereka. Sebab itu mereka menyokong PKR, PAS dan DAP walau apa pun yang terjadi.

Mereka akan menggunakan apa sahaja isu untuk menolak BN. Ada yang menggunakan isu rasuah walaupun Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang sendiri penuh rasuah. Mereka menggunakan isu moral Chua Soi Lek walaupun moral pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali lebih teruk dari CSL. Mereka menggunakan isu pengundi hantu walaupun sehingga hari ini mereka tidak dapat membuktikan. Mereka menggunakan isu kos sara hidup yang tinggi walaupun hakikatnya merekalah yang menaikkan kos sara hidup.

Jika Khairy tidak menyedari hakikat ini selagi itulah BN akan berhadapan masalah. Walaupun sebelum ini saya menyokong KJ ke dalam kabinet, namun sekarang saya fikir kehadiran KJ dalam kabinet hanya menjadi seperti Saifudin Abdullah sahaja. Merugikan BN!

Akhir sekali janganlah memalukan pemuda merayu-rayu memohon jawatan kabinet. Bukan jantan pemuda UMNO merayu jawatan kabinet!




NAJIB TOLONG JANGAN BAWA MALA PETAKA KE DALAM UMNO

Aku sokong sepenuhnya supaya DS Najib tidak membawa KJ masuk kabinet.
Contoh hidup masih ada di depan mata bila Tun Mahathir membawa masuk Nuwar Ibrahim, UMNO mendapat susah.
Peribadi KJ lebih dahsyat dari Nuwar Ibrahim seperti yang ditunjukkannya semasa Pak Lah (Bapa mertua) menjadi Perdana Menteri.
Di zaman KJ, Pemuda UMNO terbiar menjadi lumpuh, tidak tersusun, bertempiaran dan memalukan.
Membawa KJ ke dalam kabinet samalah seperti mengulangi sejarah hitam membawa Nuar Ibrahim ke dalam UMNO

Baca seterusnya dari Blog sahabat House PK

House PK: CILI KASI TARUK! TAK PAYAH LANTIK SI KHAIRY APA-AP...: Gambar ini saja untuk perli si Kitol! Pada mulanya aku malas nak tulis pasal isu si Kitol aka Khairy ni, tapi bila aku tengok ada ramai ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...