Followers

Friday, February 4, 2011

Dah Takde Kerja Marilah Kita Berpantun Seloka



Pantun Ceritera Anak Dagang


Kalau berkayuh di tasik Chini, 
Jangan ditegur jumpa buaya;
Anak dagang tak lama di sini,
Sampai musim pergilah dia.


Istana Raja nampaknya indah,
Waktu malam terang cahaya;
Musim bertandang tamatlah sudah,
Bidukpun sampai pulanglah jua. 


Tidak bertaji jangan bersabung,
Kelak langkah sumbang terhuyung;
Kalau saudagar tidak beruntung,
Kalau pendekar kalah bertarung.


Batu delima dibuat cincin,
Dikat suasa sarung ke jari;
Dagang tak hina kerana miskin,
Dagang terlanjur hinalah diri.


Baik-baiklah bermain cemeti,
Takut terpalu kaki sendiri;
Saya berdagang tumpang berhenti,
Dah tiba musim nak kayuh pergi.


Dari Rembau berdayung pulang,
Dayung pendek ruas sejengkal;
Tinggallah kasih tinggallah sayang,
Kalau rindu tepuklah bantal.
   

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...