Followers

Tuesday, May 4, 2010

Konspirator akan terus berkonspirasi II


Tentu kita masih ingat sekitar tahun 2008, satu gerakan yang sangat kuat untuk menggoncang Petronas sehingga memanggil Tan Sri Hasan merican muncul di kaca TV memberi penjelasan.

Siapakah konspirator di belakang konspirasi ini?

Baca seterusnya posting berikut:
http://parpukari.blogspot.com/

Tuesday, May 4, 2010
ISU PETRONAS! KOMEN DARI PEMBACA YANG SANGAT MENGEMPARKAN!
Aku agak tertarik dengan satu komen yang telah ditinggalkan oleh seorang Hamba Allah di blog aku, dimana beliau telah menulis seperti berikut:


Sekiranya Petronas dibenarkan participate dlm kedua blok tersebut adakah memberi keuntungan semaksima kepada negara ?


Sebab itu "timing" pertukaran pimpinan Petronas dan kemasukan PUSSY serta Omar Ong adalah terutamanya untuk fokus dalam kedua blok itu. Dan itu adalah matlamat jangka pendek.


Jangka panjangnya menguasai PETRONAS secara total melalui proksi mereka.


Persoalannya, adakah Tun Mahathir akan membiarkan mereka memperkosakan PETRONAS dan membiarkan negara MUFLIS saperti GREECE sehingga bermacam-macam dasar baru diciptakan yang akan menyusahkan rakyat marhaen.


Dan apabila rakyat rasa susah akan pasti mempengaruhi rakyat tidak mengundi BN pada PRU13 nanti.
Merompak keuntungan PETRONAS adalah satu alat untuk membinasakan BN. Sekiranya mereka berjaya mengurangkan 'RESERVE NEGARA', rakyat akan derita kerana Kerajaan akan berhutang demi pembangunan untuk mengekalkan sokongan rakyat dalam PRU khasnya.


NWO telah berjaya mengkucar-kacirkan banyak negara dengan merampas kekayaan negara tersebut masuk kedalam kocek proksi mereka yang berada dalam kerajaan. Contohnya USA, FINLAND DAN GREECE.
Untuk ambil alih negara melalui politik agak susah kerana MELAYU masih berpegang pada AGAMA ISLAM dan RAJA-RAJA MELAYU. Menarik sokongan Melayu kepada ISLAM & DEMOKRASI ( PR )melalui politik hanyalah 50%. Bakinya adalah menciptakan kegawatan ekonomi dalam negara dengan mengurangkan pendapatan negara melalui PETRONAS khasnya.


Saya yakin semasa Tun Abdullah sebagai PM, semua atau sebahagian besar GLC telah diperkosa yang telah, sedang dan akan memiskinkan negara.


Matlamat utama dalam konspirasi itu adalah menghancurkan INSTITIUSI RAJA-RAJA MELAYU yang didokong Kerajaan BN dan digantikan dengan ISLAM & DEMOKRASI yang "NABI"nya adalah ANWAR IBRAHIM.


Sekiranya " KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG ( breaking point bangsa melayu ) tidak tercapai rakyat berbangsa MELAYU khasnya, akan pasti tumbangnya KERAJAAN BN serta INSTITIUSI RAJA-RAJA MELAYU dalam PRU nanti.


Yang boleh menggagalkan konspirasi mereka adalah Tun Mahathir, TS Musa ( PDRM ) dan ATM.
Saya tidak mahu menyalahkan Tun Abdullah secara total kerana beliau dikuasai secara 'sihir' oleh KJ dan kuncu2nya.


OTISA1766
Aku rasa orang yang tinggalkan komen mungkin salah seorang kakitangan Petronas yang tahu apa yang sedang berlaku kat dalam syarikat mengawal EMAS HITAM ni! Aku letakkan kat sini untuk dikongsi bersama kalian.


Itu la pasal aku nakkan supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, supaya rakyat boleh tahu apa yang telah berlaku dengan perjanjian tersebut! Dah la 2 blok L&M tu hilang Limbang pun Brunei masih tuntut, macamana ni?


Brunei telah menukarkan kedua blok tersebut kepada Blok K dan J, eh macam biasa dengar je kan nama tu? SI penyangak SKUM(Si Kitol Utama Negara) ni masih berlegar dalam UMNO dan masih lagi meneruskan misinya untuk menghancurkan negara, takkan nak dibiarkan je kot?


Apa kita nak duduk dan tengok je Khazanah Negara kita dimusnahkan begitu saja? Kita nak tahu apa yang KJ dan kawan-kawan dia dapat dengan perjanjian tersebut, mungkin juga ini akan menerangkan bagaimana seorang yang muda tanpa pekerjaan boleh hidup dengan gaya hidup RICH AND FAMOUS?!


KAMI MAHUKAN SUPAYA SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN sebelum perkara ini melarat!


Kita sangat mengharapkan DS Najib, TS Muhyiddin dan kepimpinan UMNO yang ada sekarang tidak melakukan kesilapan yang boleh menjerumus negara ke lembah kehancuran yang muktamad.

Monday, May 3, 2010

Sah Khalid Gagap Alat Racist


Rakyat Selangor yang pening lalat dengan racun fitnah Gerombolan Pakatan Pembangkan dalam PRU 12 yang lalu, kini nampak jelas hasilnya. Khalid gagap yang diangkat jadi MB hanyalah boneka kepada beberapa ahli politik racist dalam Gerombolan Pakatan Haram itu.

Sepatutnya setelah dapat kuasa, mereka utamakan kebajikan untuk rakyat, tetapi fokus mereka tersasar jauh untuk memenuhi keinginan tersirat golongan racist dalam Gerombolan itu.

Baca seterusnya:
http://belantan.blogspot.com/

Menamakan jalan atau bangunan sempena nama pemimpin atau penggiat kelompok tertentu biasanya dibuat demi mengenang jasa mereka kepada negara. Tiap kali kita melalui Jalan P. Ramlee di tengah Kuala Lumpur pasti kita akan terkenang betapa besar jasa Seniman Negara kita itu telah menghiburkan seluruh penduduk negara dan Nusantara dengan lagu dan filem arahan dan lakonan beliau selama ini.

Begitu juga apabila kita melihat sekolah rendah dan menengah bernama Khir Johari yang terdapat di merata-rata tempat di negara kita. Jasa pemimpin negara ini dalam bidang pendidikan dan politik tidak boleh dilupakan.

Tetapi isu negatif membabitkan pemimpin dan penggiat seni biasanya akan tenggelam berbanding jasa besar mereka yang tersendiri.
Sebab itu, apabila ada pihak ingin menamakan sebuah jalan di negeri Selangor dengan nama pemimpin mereka semasa mereka berkuasa secara asasnya tiada apa yang salah, namun kisah yang dianggap negatif sesetengah pihak yang membayangi pemimpin tersebut akan disebut-sebut orang juga dan ia akan memberi kesan kepada pengguna setiap kali jalan itu dilalui. Terpulang kepada pihak pengguna untuk berasa apa sahaja kerana ia bergantung kepada siapa yang menggunakan jalan tersebut.

Jika kita biasa menggunakan jalan di negeri Selangor, sebaik-baiknya lebih afdal menggunakan nama sultan-sultan yang pernah memerintah negeri termaju di Malaysia itu. Di Shah Alam sendiri persiaran dan sekolah dinamakan sempena nama sultan dan kerabat diraja Selangor dan ia memang sesuai dengan kedudukan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan.

Sebaik-baiknya jika nama jalan di Petaling Jaya turut menggunakan nama di kalangan kerabat diraja Selangor yang pernah berjasa memerintah negeri tersebut hingga mampu menjadi negeri termaju di negara ini.
Jika di Perak pula nama pembesar yang berjasa seperti Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab, Datuk Seri Maharaja Lela dan Datuk Sagor menghiasi jalan di negeri itu selain nama Sultan dan Raja Muda menunjukkan jasa raja-raja dan pembesar lebih bermakna menyatukan rakyat secara Perlembagaan berbanding pemimpin kelompok tertentu yang berjuang demi kelompok mereka secara total.

Era ini pemimpin perlu berjuang menukar nasib rakyat bukannya nama jalan dan sejenis dengannya. Rakyat tidak nampak isu mengangkat pemimpin tertentu sebagai hero dan berjasa mempunyai merit dalam sesuatu perjuangan melainkan mengelirukan rakyat yang sudah biasa dengan nama jalan yang sudah dikenali selama 53 tahun.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu lebih rasional dan teliti akan asas perjuangan kita sebagai pemimpin agar tidak menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat yang langsung tiada kena mengena dengan pendekatan kita yang ada kala menyusahkan mereka.

Pemimpin politik dan NGO ada kala berjuang demi memastikan kejayaan kesatuan mereka dan rakyat yang tidak selesa dengan situasi itu tetap akan menyimpan kegusaran mereka akibat percaturan melaga-lagakan mereka antara satu sama lain.

Apabila pemimpin sedemikian diangkat menjadi idola dan diabadikan nama beliau di sebatang jalan maka sejarah akan diadili dan ia bukan sesuatu yang baik apabila justifikasi kepada tindakan penamaan itu akan menjadi bahan politik.

Dalam situasi hari ini, di mana politik mempolitikkan isu semakin hebat, masyarakat akan diletakkan dalam situasi keliru dan langkah menamakan jalan lama kepada baru hanya menjadikan kekeliruan lebih serius lagi.
Sebaik-baiknya kita cermin diri sebelum menimbulkan idea yang lebih menyusahkan rakyat yang sewajarnya dibela kebajikan mereka. Janji manifesto semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 masih banyak tersisa dan perlu dilunaskan sebelum Hulu Selangor menjadi political precedent bagi rakyat Selangor yang ingin nasib mereka ditukar bukan sekadar nama sebatang jalan yang langsung tidak relevan dengan denyut nadi mereka.


Komen : Tertunggu-tunggu juga bilakah agaknya akan ada jalan di Shah Alam yang akan ditukar kepada Jalan Khalid Gagap @ Jalan Khalid Gereja!


Abdul Razak Idris
Suara Politik
Taminsari
 
Perjuangan politik yang berasaskan kekecewaan akan menggunakan fitnah dan dendam kesumat untuk mencapai kejayaan. Musuh yang racist dan cauvinist akan mengambil peluang terbuka ini untuk mencapai matlamat mereka.

Pengundi kaum Melayu, China dan India telah menyedari hakikat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...