Followers

Friday, January 14, 2011

Khairy Makin Mengarut: Guna Pemuda UMNO Untuk Urusan Peribadi



Khairy dah sebut dengan jelas,  terang dan nyata. Disiarkan pula TV media arus perdana.

Bahawa urusan berdebat dengan Nuar Berahim adalah urusan peribadi. Dia tidak mewakili mana-mana pihak samada kerajaan atau parti. Eloklah pendirian itu.

Khairy terpaksa ambil pendirian itu setelah YAB DS Najib mengenepikan provokasi Nuar Berahim mengajaknya berdebat. Dengan tegas dan jelas DS Najib memberitahu "Biarlah rakyat yang membuat penilaian".

Pendirian DS Najib adalah signal supaya pemimpin UMNO dan BN jangan membuang masa. Rakyat sedang menunggu untuk membuat penilaian. Menawan hati rakyat adalah fokus dan keutamaan parti dan kerajaan masa kini.

Maka dengan sebab itu Khairy tidak ada pilihan. 

Nak berdebat mewakili UMNO atas tiket Pergerakan Pemuda, Presiden parti dah tolak ajakan Nuar Berahim ke tepi longkang. Nak berdebat atas tiket kerajaan, Khairy tidak ada kaitan dengan kerajaan. Nak berdebat atas tiket Ahli Parlimen pun tak sesuai sebab Khairy adalah Ahli Parlimen UMNO.

Akhir kalam, Khairy umumkan dia akan berdebat atas kapasiti dirinya sendiri. maksudnya perdebatan antara seorang yang bernama Khairy Jamaluddin dengan bekas banduan yang bernama Nuar berahim.

Tiba-tiba Khairy buat kerja mengarut lagi. Dia menggunakan beberapa orang dalam kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO untuk menjadi posman menghantar surat ke pejabat Parti Keluarga Bekas Banduan tersebut.


Alai Khairy...masih mampu menggerakkan saki baki rakan-rakan yang "setia kat wang" semata-mata nak membantu Nuar Berahim bernafas .

Tahniah dan syabas kepada pemimpin pergerakan pemuda yang lain yang kini sedang bertungkus-lumus mendekati pengundi muda di kawasan masing-masing. Teruskan perjuangan kerana anda semua masih ada maruah dalam wadah perjuangan parti keramat ini.

Biarlah Khairy terus mengarut.  

Thursday, January 13, 2011

Khairy Merusuh Kembali: Mula Minta Bantuan Nuar Berahim Pulak Dah..

..tolonng...tolooonggg...aku sedang hanyut kelemasan...

Tanpa menghiraukan pendirian YAB Perdana Menteri, Khairy mula menampakkan sikap biadap dan berhajat merusuh kembali.


Kali ini bukan merusuh di jalanan, tetapi mempamerkan penentangannya terhadap Kepimpinan UMNO yang tidak merestui hasratnya bermain sandiwara dengan Nuar Berahim. Rakyat sedia maklum bahawa Nuar Berahim sedang tenggelam dalam arus politik semasa dan memerlukan bantuan untuk terus bernafas. Khairy datang dan bersungguh-sungguh menghulurkan tangannya yang juga sedang kelemasan.

Keinginan Khairy berdebat dengan bekas banduan itu sememnagnya tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap survival UMNO, BN, Negara dan Rakyat. Malah lebih kepada keperluan peribadinya yang semakin hanyut dan tenggelam dalam arus perdana perjuangan parti dan kerajaan.

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengulangi pendirian bahawa beliau sedia mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya berhubung Pelan 100 Hari pembangkang.

Khairy berkata, beliau akan meneruskan usahanya termasuk menulis surat kepada Anwar berhubung pelawaan itu untuk berdebat tanpa meletakkan sebarang syarat.

Menurutnya, sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), beliau sedia menyambut cabaran Anwar untuk berdebat walaupun ditolak ketua pembangkang itu.

''Saya tawarkan diri dan terpulang kepada Anwar sama ada dia mahu menerima saya atau tidak," katanya di sini hari ini.

YAB DS najib dengan tegas dan jelas mengenepikan lakonan Nuar Berahim kerana hanya membazirkan masa sahaja. Beliau dengan ikhlas menyerahkan kepada rakyat untuk menilai di antara program yang sudah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk Rakyat dengan apa yang dijanjikan oleh bekas banduan itu.

Tak semena-mena pula Khairy menentang arus berusaha dengan ghairahnya untuk meneruskan debat sia-sia itu. Walaupun Khairy terpaksa mengisytiharkan dirinya tidak mewakili kerajaan tetapi perdebatan antara dua Ahli Parlimen.



Alahai tak bijaknya watak liabiliti ini!

Khairy lupa agaknya dia adalah Ahli Parlimen yang mewakili UMNO-BN. Khairy masih berfantasi bahawa dia adalah Ahli Parlimen yang dilantik oleh Pak Lah!

Paling nampak sangat tidak cerdik dan terlalu jauh berimaginasi apabila Khairy menyatakan:

"Saya mempunyai perspektif yang sedikit berbeza dan mungkin lagi kritis. Justeru, saya rasa tidak salah kalau kita bincang demi kebaikan rakyat dan masa depan ekonomi negara.

Apalah yang dapat Khairy sumbangkan melalui perspektif yang lebih kritis sedangkan semua Ahli UMNO dan rakyat sudah maklum dia adalah Ketua Pemuda Malaysia yang gagal dan terus menerus menjadi liabiliti.

Sebagai Ahli Parlimen UMNO-BN, eloklah Khairy akur dengan pendirian YAB DS Najib dalam hal ini. Usahlah tunjuk perasaan merusuh kerana itu adalah sifat-sifat peribadi bekas banduan yang juga sedang hanyut kelemasan.

Khairy dan Nuar Berahim dilihat sama-sama hanyut dan sedang kelemasan.

Bolehkah dua orang yang sedang tenggelam bergayutan untuk menyelamatkan diri? Sedangkan arus deras terus menerus mengalir tanpa mempedulikan mereka.

















Wednesday, January 12, 2011

Khairy: Tarikh Debat Dengan Nuar Berahim Telah Ditentukan



Tak habis-habis Khairy berusaha membuktikan dirinya tidak relevan lagi dengan UMNO.

Tak pasal-pasal dia sahut cabaran Nuar Berahim untuk berdebat. Isu ekonomi pulak tu. Dan tarikhnya sudah ditetapkan iaitu sebelum penamaan calon PRU ke-13.

Khairy ingat bila sahut cabaran Nuar tu dia akan dianggap hebat, berani, anak jantan dan menggambarkan citarasa generasi muda sekarang?

Silap besar! Oh Khairy apasal la kau jadi gini.

Tumpuan perjuangan UMNO sebagai sebuah parti sekarang adalah mendekati pengundi. UMNO perlu bertungkus lumus siang dan malam bekerja mempertahankan kerajaan yang UMNO sendiri adalah salah sebuah parti yang mendokongnya bersama rakan-rakan dalam BN.

Untuk memprtahankan kerajaan bukan dengan cara berdebat. Kena berkerja dengan strategi yang betul, berkesan dan berterusan. Kena kaji kelemahan dan kekuatan parti. Kemudian analisis pihak musuh dan cari strategi yang akan membenamkan mereka.

Berdebat hanya untuk popularkan diri sendiri atau pihak lawan. Debat politik yang dianjurkan oleh Nuar Berahim adalah strategi terdesak yang tidak perlu di layan. Nuar Berahim sedang lemas dihanyut arus masalah yang membawa dirinya semakin jauh ke lembah kehinaan. Nuar Berahim sedang mencari mangsa yang boleh diperbodohkannya melalui agenda berdebat.

Hanya barua Nuar berahim sahaja yang akan melompat-lompat melayan kehendak bekas banduan itu yang juga semakin hari semakin tidak popular dan dibenci.

Di saat dan ketika pemimpin pemuda dan pemimpin UMNO di semua peringkat sedang bertarung dalam perjuangan antara hidup dan mati untuk hadapi PRU 13 ini, nampaknya Khairy sudah terkeluar dari arus perjuangan.

Khairy semakin menjadi-jadi melakukan perkara yang tidak relevan dengan keperluan semasa UMNO.


 

Monday, January 10, 2011

Khairy Setiakawan: Rahsia 5 Minit Bersama DS Najib

...hidup Setiakawan...
Setiakawan...Setiakawan...

Khairy adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia yang kalah dan tidak diikhtiraf kemampuannya oleh seluruh Ahli dan Pemimpin UMNO, kecuali geng "setiakawan".

Tetiba Khairy Jamaluddin umumkan tidak mahu berkongsi rahsia pertemuannya dengan DS Najib. "Biarlah ia menjadi rahsia beliau dengan DS Najib".

Sebenarnya tidak ada siapapun yang ingin mengambil tahu tentang hal pertemuan itu. Tidak ada siapa yang ingin membuat spekulasi atau andaian yang tidak perlu. Bukan sahaja membuang masa tetapi semua beranggapan, apapun rahsianya, sudah tidak relevan dengan keperluan UMNO sekarang.

Fokus kita sekarang ialah bagaimana UMNO-BN harus menang PRU-13. Apa rahsia dan strategi kita yang paling berkesan. Apa rahsia pengundi muda mahu bersama-sama kita. Apa rahsia kita menundukkan dakyah dan tindakan subersif serta berbau gengterism Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Umum sudah mengetahui kemenangan Khairy merebut jawatan ketua pemuda diprcayai ada kaitan dengan rasuah. Kerana itu kemenangannya menjadi tidak sah dari sisi moral dan semangat tulen perjuangan Umno. Jadi hakikatnya Khairy tertolak dengan sendirinya lantas menjadi lliabiliti yang berterusan di dalam UMNO.

...mungkin benih yang ditanam Pak Lah itu baik..
Tapi Pak Lah salah pilih ladang agaknya...

Kerana itulah dalam menyusun kabinetnya Najib tidak menamakan Khairy sebagai menteri atau timbalan menteri. Sebaliknya DS Najib melantik pemuda yang dikalahkan oleh Khairy untuk menjadi timbalan menteri. Setersuanya naib ketua Pemuda, Razali Ismail juga dilantik jadi timbalan menteri.

Seluruh Ahli dan Pemimpin UMNO dapat melihat kebijakan DS Najib yang membuat perlantikan tersebut. Bukan sahaja mengiktiraf pemimpin pemuda tetapi memberi kepercayaan bahawa tokoh-tokoh pemuda juga mampu mengendaliakan kerajaan, negara dan parti dengan baik.

DS Najib tidak mahu membebankan Khairy dengan jawatan tambahan. Khairy dibiarkan dengan tugas yang dicarinya sebagai Ketua pemuda UMNO Malaysia. DS najaib berharap semoga Khairy dapat fokus kepada usaha menaikkan kembali peranan Pemuda UMNO dalam parti dan dengan itu boleh membantu kerajaan, parti dan negara.

Khairy dilihat dalam tempoh dua setengah tahun ini hanya mampu memikirkan dan menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah mempopularkan dirinya. Akibatnya Khairy semakin tenggelam dan hanyut dalam arus deras politik negara. Khairy membuktikan dirinya hanya mampu menyampaikan kerusi roda untuk OKU dan menampal simen pada batu-bata. 

Semakin malang, Khairy tidak mampu melaksanakannya harapan DS Najib. Khairy hanya mampu membuktikan bahawa beliau hanyalah liabiliti yang berterusan kepada UMNO-BN.

Eloklah rahsia 5 minit bersama DS Najib terus menjadi rahsia. Kita terlalu banyak kerja dan tugas untuk agama, bangsa dan negara yang sedang tercabar begitu teruk sekali.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...