Followers

Sunday, March 21, 2010

AGAMA PAS + DAP:SOLAT ADALAH ALAT PERANG SARAF

Solat Politik
Solat DAP

Majlis sembahyang hajat terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri bagi memohon hukuman Allah terhadap wakil rakyat itu yang keluar PKR 3 Mac lalu, masuk hari keempat hari ini. Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata, majlis solat hajat hari pertama dan kedua berlangsung di Balai Kuliah Tasawwur Islam di berdekatan Semanggol, Perak. Manakala solat hajat pada hari-hari berikutnya sehingga Jumaat ini akan diadakan di markas dan surau-surau berlainan dalam kawasan parlimen Bagan Serai. 'Pada hari Jumaat ini - hari terakhir solat hajat selama tujuh hari terhadap Mohsin - akan diadakan di Masjid Kampung Tinggi, yang terletak bersebelahan markas PAS Bagan Serai," katanya. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata, majlis solat hajat akan bermula selepas solat Isyak.-portal rasis

Mengapa apabila YB Mohsin Fadzli Samsuri ahli parlimen Bagan Serai Perak mengambil keputusan keluar PKR dan menjadi MP Bebas, dengan secepat kilat PAS mengambil tindakan drastik mengadakan solat hajat?

Jawapannya adalah Perang Psikologi.

PAS takut lebih ramai anggota Gerombolan Pakatan Pembangkang keluar parti.
YB Mohsin bukan wakil rakyat PAS tetapi mengapa PAs yang bersungguh-sungguh sehingga sanggup memperalat solat hajat menjadi solat politik.

DAP telah nampak lebih awal kerosakan yang bakal berlaku kepada Gerombolan Pakatan ini. Kerana itu mengarahkan PAS menggunakan solat hajat sebagai senjata "psikologi" untuk menakut-nakutkan MP atau ADUN yang lain.

DAP tahu orang Melayu-Islam percaya musibah akan menimpa mereka jika dikenakan "solat hajat" atau dijampi oleh bomoh. Sebab itu dengan cepat PAS menjadikan solat hajat sebagai solat Politik PAS-DAP.

Cuma yang DAP tidak tahu bahawa Allah iaitu Tuhan orang Islam tidak menerima arahan daripada manusia samada melalui solat politik atau jampi serapah. DAP tidak tahu bahawa "Allah maha mengetahui"

Lakonan solat hajat PAS itu adalah lakonan solat politik untuk meninggalkan kesan psikologi sahaja. Harapan mereka supada yang lain berasa takut dan dalam masa yang sama terus mengikat penyokong supaya menjadi lebih taksub. Kerajinan PAS merosakkan agama Islam memang dikagumi.

DAP dan PAS sepatutnya berdoa sepaya YB Mohsin dipelihara Allah dan mengharapkan dengan tindakaannya itu akan memberi kebaikan kepada semua. DAP jangan lupa bahawa YB Mohsin juga adalah "makhluk Allah" yang "beriman".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...