Followers

Friday, February 11, 2011

KJ Ada Saki Baki: DS Najib Berhati-hatilah! Jangan Biarkan Anai-anai Berkeliaran


YAB Dato' Seri najib wajar mengambil langkah berhati-hati.

Utamakan kepentingan negara dan rakyat dalam semua keputusan yang diambil. Kewaspadaan,  pemantauan dan penilaian menyeluruh dan  berterusan sangat penting untuk mempastikan wawasan 1Malaysia tercapai.

Anai-anai sentiasa merayap dan jika kita leka, boleh meruntuhkan sebuah rumah.

Baca seterusnya pendedahan Mykmu berikut:


Selepas Forum Ideas: Wajarkah Zafrul Kekal CEO Maybank 
Investment

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Invesment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan mengkritik perlantikan Tan Sri Isa samad sebagai Pengerusi Felda yang baru. Menurut beliau perlantikan Isa Samad mendapat maklum balas yang tidak menyenangkan daripada pasaran. Zafrul turut mendakwa bahawa perlantikan Isa memberi “wrong signal” kepada pasaran.
Sungguhpun tidak menjelaskan punca sebenar, namun Zafrul menggunakan Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Dr. Zainal Aznam Mohd Yusof untuk menyokongnya dan secara terang-terangan dilaporkan berkata, “rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran. Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005. Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda.”
Serangan ke atas Isa dalam satu forum yang dianjurkan oleh melalui organisasi bernama Ideas (Institute for Democracy and Economic Affairs) sangat mencurigakan. Ideas yang ditubuhkan oleh Wan Saiful Wan Jan merupakan penyokong Pas. Ideas dikatakan mempunyai dana yang sangat besar hasil sumbangan beberapa pertubuhan demokrasi dari Amerika Syarikat, Jerman dan Britain.


Namun tengku Zafrul adalah “pemain utama” zaman Abdullah Ahmad badawi yang masih dikekalkan oleh Dato Seri Najib seperti mana Omar Ong dan beberapa kerat manusia penjahanam negara.
Zafrul tidak layak mempertikaikan kredebiliti Tan Sri Isa kerana latar belakan beliau sendiri penuh tanda tanya dan skandal yang tidak terjawab. Layakkah Zafrul kekal sebagai CEO sebuah sayap pelaburan bank terbesar di Malaysia jika beliau membuat beberapa tindakan korporat yang meragukan sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi.
Sesiapa yang masih ingat isu penggabungan ECM LIbra dengan Avenue Capital dan menyaksikan syarikat kecil milik beberapa tokoh koporat yang rapat dengan Khairy Jamaluddin dan Kalimullah telah menelan syarikat GLC Avenue Capital. Zafrul sebagai Managing Director Avenue ketika itu dikatakan turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan “perompakan korporat” ini. (lihat arkib lama Mykmu untuk memahami isu Avenue-ECM ini: http://arkib.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5147)
Beliau meninggalkan Avenue dan kemudiannya menyertai Citibank. Penyertaan di Citibank dilihat sebagai tempoh senggang dari kontroversi dunia korporat tempatan. Dakwaan sandiwara ini mungkin ada benar kerana beberapa ketika kemudian beliau dilantik sebagai CEO Tune Money sebuah lagi syarikat yang ada kena mengena dengan Tony Frenandez, Kalimullah dan juga dikatankan Khairy Jamaluddin. Ramai yang melihat perlantikan ini sebagai membalas jasa Zafrul ketika usaha ECM mengambil alih Avenue dahulu.
Dalam pertikaian penjualan EON Cap Berhad kepada Hong Leong, Nama Zafrul turut disebut dan disapina oleh pelabur Hong Kong yang menyaman beberapa Pengarah EON Cap.
Jika dilihat rekod perkhidmatan Zafrul yang agak mencurigakan ini, wajarkah beliau mengetuai sebuah cabang perlaburan bank terkemuka Malaysia?

Thursday, February 10, 2011

Tahniah! Pemuda Perak Dah Mula Melangkah Ke Medan Tempor

...pastikan ialah kita menjalankan setiap aktiviti dengan jayanya 
dan bukan sekadar syok sendiri..
- Khairul Azwan Harun



Alhamdulillah, akhirnya Barisan kepimpinan baru Pemuda Umno dan Pemuda Barisan Nasional di Perak mula mengatur langkah.

Setelah sekian lama menyepi, tanpa tanda-tanda masih ada nyawa, kini kelihatanbergerak kembali. 

Kepimpinan baru bakal melakukan rombakan besar-besaran dalam barisan kepemimpinan Pergerakan Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional Perak sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Perubahan pertama dilakukan ialah terhadap jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda BN yang kini disandang Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Beliau mengambil alih daripada Maslin Sham Razman yang juga Ketua Pemuda Kuala Kangsar dan pertukaran berkenaan berkuatkuasa pada 4 Januari lalu.

Khairul Azwan berkata, beliau akan mengumumkan rombakan berkenaan dan beberapa perubahan termasuk mengecilkan struktur kepada hanya tujuh atau lapan unit sahaja dalam Pemuda UMNO negeri bagi menjadikannya lebih fokus.


Pemukiman Angkatan Pemuda BN Perak: Bincang Masalah Belia

Angkatan Pemuda Barisan Nasional Perak akan mengumpulkan semua pemimpin negeri parti itu termasuk dari parti komponen bagi memperhalusi strategi sebelum berdepan dengan Pilihanraya Umum akan datang.
Ketua Pemuda Umno negeri, Khairul Azwan Harun berkata Pemukiman Angkatan Pemuda negeri itu bakal menghimpunkan lebih 100 orang dikalangan pemimpin Umno, MCA, MIC selain kepimpinan dari parti Gerakan.
Jelas beliau, perjumpaan yang berlangsung selama dua hari itu bermula 19 sehinga 20 Mac ini akan membincangkan beberapa pendekatan yang disarankan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam usaha memperkukuhkan parti itu di peringkat akar umbi.
” kita akan mengadakan perjumpaan di Taiping, Perak dan akan membincangkan tiga fokus utama yang dikira boleh membantu parti selain memperkuatkan agenda politik dan pembangunan negeri,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama Menteri Besar Perak.
“perjumpaan ini sebenarnya dilaksanakan atas nasihat Pengerusi BN dimana beliau mahu angkatan pemuda mendekati golongan pengundi belia di Perak.
Katanya, antara pendekatabn utama yang akan diperbincangkan termasuk penambahbaikan struktur organisasi serta memperlihatkan program-program yang sesuai untuk diketengahkan oleh Angkatan Pemuda dalam usaha menarik lebih ramai pengundi berdaftar dikalangan belia.
Menurut Khairul Azwan lagi, setakat ini statistik menunjukkan kira-kira 34 peratus daripada jumlah besar pengundi di negeri itu adalah dikalangan belia.
Justeru beliau menambah, adalah penting untuk Angkatan Pemuda mengambil pendekatan strategik bagi mendekatkan diri serta memahami golongan itu menerusi program-program yang akan dibincangkan nanti.
“melalui perbincangan yang bakal diadakan kita harap bukan sahaja dapat melaksanakan program Perak Aman jaya malah mampu menjayakan setiap agenda pembangunan yang direncanakan kerajaan negeri supaya mendapat outcome yang berkesan.
Selain itu katanya, dalam perbincangan bersama Zambry, Angkatan Pemuda juga diminta untuk mengikis masalah jurang diantara kepimpinan tertinggi dengan di peringkat bawahan bagi mengukuhkan parti itu disetiap peringkat.
Apa yang lebih penting katanya, Angkatan Pemuda akan mengambil langkah yang proaktif di masa hadapan bagi membela nasib golongan belia di negeri itu.
“tidak guna kalau terus berpolitik tetapi mengabaikan golongan belia dinegara ini. Kita tidak mahu kehilangan walau satu undi pemuda pun menjelang pelihanraya akan datang.”


Lintau hanya ingin berpesan:

Pemuda perlu berani, tegas, bijaksana, ikhlas, menghormati kepimpinan dan jangan rasuah. Jadikan ajaran agama Islam sebagai pegangan dan landasan bagi setiap tindakan. Hormati dan jagalah keharmonian hubungan antara kaum dan agama.

Ingatlah!  Keberanian itu 
adalah anugerah Allah sejak dilahirkan..



Monday, February 7, 2011

KJ Tak Pandai Bersilat, Tapi Pandai Campak Duri Ke Dalam Gelanggang


Apahal la pulak anak dagang kecundang berkeris di gelanggang keramat UMNO ni.

Eloklah duduk diam-diam. Kalau nak kekal berkawan dengan kawan-kawan yang setiakawan, eloklah duduk baik-baik tepi gelanggang. Jangan campak apa-apa, tengok sahaja cukup.

Tengok bagaimana orang lain berkeris dengan langkah teratur. Penuh kesabaran. Berhemat dan berhemah. Setiap tapak langkah diatur, setiap tari ada maksud, setiap gerak ada jurus. 

Bukan ikut rasa, ikut sedap. Walaupun yang jaga gelanggang bapak mertua sendiri.

Hari ini gelanggang dah orang lain yang jaga. Janganlah buang duri ke dalam gelanggang. Orang nak berpencak jangan diganggu.

Bangsa kita dah teruk dihina, tak sedar lagikah.



Baca posting dari Parpukari seterusnya:

House PK: GEMPAR! KHAIRY KITOL MEGHINA PM DAN DS ROSMAH! MES...: "Si Kitol ni ta habis-habis nak buat hal la, kali ni si Khairy yang juga dikenali sebagai Beruk dalam web Google ini sudah komen benda yang t..."


Pemuda UMNO Dah Takde..Yg Ada Pemuda BN..Jadi la...


Dari takde...baik ada...


Baca seterusnya:

House PK: CILI KASI TARUK! PEMUDA UMNO! BERLAGAK, SOMBONG DA...: "Si Pokemon ni tau melantak dan buat benda glamer je! Rentetan dari pelancaran Gelombang Merah di Kelantan ni, blogger Kickdefella ada ceri..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...