Followers

Sunday, May 17, 2015

Saturday, April 25, 2015

1MDB wajib bertindakbalas.
Pendedahan SR (Sarawak Report) ini sangat berbahaya sekiranya tidak benar!

ROMPAKAN TERBESAR ABAD INI – Bagaimana Jho Low Mempergunakan PetroSaudi Sebagai Syarikat “Pendahulu” Untuk Menyedut Berbilion-Bilion Dari 1MDB!

THIS POST IS ALSO AVAILABLE IN: ENGLISHIBAN
We previously featured here a picture of  Jho Low carrying home a drunk Paris Hilton at a lavish champagne party.
We previously featured here a picture of Jho Low carrying home a drunk Paris Hilton at a lavish champagne party.
Turut bersama dengan akhbar Sunday Times London, Sarawak Report telah menyempurnakan suatu laporan lengkap ke dalam skandal kehilangan berbilion-bilion ringgit wang dari dana 1MDB.
Pihak kami telah mendapat akses pada beratus ribu dokumen dan bukti pertukaran emel berkenaan transaksi kewangan oleh 1MDB, termasuk permulaan usahasamanya dengan syarikat carigali minyak yang tidak dikenali, PetroSaudi International, dalam tahun 2009.
Apa yang telah diikhtirafkan oleh dokumen-dokumen adalah, walaupun sentiasa dinafikan secara rasmi oleh pihak-pihak yang berwibawa, telah menguruskan dan dipacu sepenuhnya oleh rakan-rakan Perdana Menteri dan rakan keluarganya, Jho Low, yang amat gemar menghadiri pesta dan majlis keramaian.
Dokumen-dokumen itu juga membuktikan bahawa “pinjaman” USD$700 juta yang seharusnya dijelaskan kepada PSI sebagai sebahagian dari perjanjian usahasama itu, sebenarnya telah disalurkan ke dalam akaun bank Swiss milik sebuah syarikat, Good Star, yang dikendalikan oleh Jho Low.
Sebahagian dari wang itu kemudiannya digunakan untuk mengambil-alih bank UBG Taib Mahmud pada harga yang menarik, kerana ketua menteri itu dan ahli keluarganya telah gagal membuat urusan di pasaraan terbuka.
PetroSaudi telah bersetuju untuk bertindak selaku “syarikat hadapan” untuk Jho Low dalam urusan-urusan itu, dan ianya merupakan anak syarikat kepada PetroSaudi International yang didaftarkan di Seychelles, yang mengambi-alih UBG, menggunakan wang yang disedut dari 1MDB.
Ahli fikir di sebalik PetroSaudi, Pengarahnya Patrick Mahony
Ahli fikir di sebalik PetroSaudi, Pengarahnya Patrick Mahony
Di antara emel-emel yang diperolehi oleh Sarawak Report adalah dokumen-dokumen dari pertemuan awal yang bertempat di New York pada 9hb September 2009, antara pengerusi Wynton Capital yang dahulu, Jho Low dan seorang ahli perniagaan UK Patrick Mahony, yang telah terlebih dahulu diperkenalkan oleh CEO PetroSaudi, Tarek Obaid.
Patrick Mahony bekerja untuk kumpulan pelaburan Ashmore, yang membiayai operasi utama PetroSaudi, iaitu sebuah telaga minyak di Argentina.
Dua orang rakan karib Jho Low yang turut hadir pada mesyuarat itu adalah Li Lin Seet dan seorang peguam bank UBG, Tiffany Heah.
Dalam sebuah emel yang diutuskan kepada “Jho, Seet dan Tiffany” pada hari berikutnya, Mahony telah menjelaskan bagi pihak PetroSaudi bahawa syarikat itu bersedia terlibat dalam beberapa siri urusniaga yang dicadangkan oleh Jho Low, yang dijangka membabitkan 1MDB dan juga Petronas.
Mahony juga faham bahawa Jho Low ingin”menggunakan PetroSaudi International sebagai syarikat hadapan” bagi beberapa urusniaga dan dia berkata bahawa “kami berasa gembira melakukannya”.
Surat yang diutuskan oleh Mahony ini juga jelas bahawa ianya mengaklui bahawa PetroSaudi tidak mempunyai sebarang “asset” nyata walaupun syarikat itu merancang untuk mencapai penilaian untuk membolehkannya menyertai usahasama yang bernilai lebih $2 bilion iyu.
Penilaian ini bersandarkan konsesi minyak di Turkmenistan, yang masih dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Kanada yang berasingan, Buried Hill, dengan mana Mahony telah memulakan rundingan untuk usahasama yang mungkin dapat dicapai daalam bulan Julai.
Walaupun PetroSaudi pada asas tiada nilai, namun ianya menjadikan dirinya sebagai syarikat hadaapan untuk Jho low – pemilik, rakan karib kepada Pengarah Tarek Obaid, adalah Putera Turki, salah seorang dari putera Raja Arab Saudi.
Pemilik PSI, Putera Turki bin Abdullah
Pemilik PSI, Putera Turki bin Abdullah
Jho Low dilihat amat bersungguh-sungguh untuk mencapai usahasama ini kerana mulai dari tarikh surat menyurat urusniaga untuk 1MDB PetroSaudi dilakukan dengan begitu pantas, semua atas inisiatif Jho Low dan rakan-rakannya, yang bersubahat dengan ahli perniagaan UK Patrick Mahony.
Juga pada tarikh yang sama 9hb September, adalah sebuah emel yang dihantar oleh rakan Jho Low, Li Lin Seet kepada Tarek Obaid dan Patrick Mahony yang bertajuk: “Proposed Timeline For Joint Venture with PetroSaudi”.
Dalam emel itu Li Lin Seet mengatakan bahawa Jho Low telah “bercakap dengan Bos Tertinggi” dan terdapat “sasaran untuk memeterai usahasama itu pada 20hb September di mana semua perjanjian telah ditandatangani dan wang dapat dibayar kepada PetroSaudi sebelum akhir bulan September itu”.
Jho Low, yang telah diutuskan sesalinan emel itu, telah ‘membalas kepada semua’ pada hari berikutnya.
Jelaslah bahawa tiada sepucukpun emel-emel berkenaan masa terakhir yang dicadangkan untuk Usahasama itu telah disalinkan kepada sesiapa dalam 1MDB.
Dalam emel-emel yang berikutnya bahawa sebelum 15hb September CEO 1MDB, Shahrol Halmi, dan rakan-rakannya dari Malaysia turut terlibat dalam prosiding-prosiding itu dan sekali lagi ianya atas inisiatif Jho Low, yang mengatur perbincangan atas talian antara pihak-pihak terlibat.
Pertukaran emel-emel menunjukkan bagaimana para Pengarah PetroSaudi berunding dengan Jho Low, Li Lin Seet dan Tiffany Heah tentang bagaimana mereka akan mempersembahkan syarikat itu kepada pasukan dari 1MDB. Mereka telah melakarkan apa yang mereka namakan sebagai Jalan Cerita untuk konferens atas talian itu dan Seet ditugaskan untuk mengemukakan beberapa cadangan.
Patrick Mahony telah memberikan respon kepada para pembantu Jhp Low dengan memberikan beberapa nasihat berjaga-jaga.
Dalam masa yang sama kedua belah pihak telah bersetuju bahawa tidak “perlu menyebut mengenai sebarang aset atau perkara berkaitan minyak dan gas dalam perbincangan” itu kerana perkara itu akan dikendalikan kemudian.
Selepas perbincangan ini Jho Low sekali lagi telah memulakan lebih arahan bertulis antara pasukan 1MDB dan rakan-rakaniaga mereka di masa hadapan, menerusi emelnya yang bertajuk “re-Introduction for PSI and 1MDB” – pada peringkat itu kedua-dua syarikat itu hanya mempunyai baki 10 hari dari masa memeterai usahasama berbilion-bilion dollar pertama mereka pada 29hb September.
YAB PM Malaysia Najib Razak – rakan kepada Jho Low
YAB PM Malaysia Najib Razak – rakan kepada Jho Low
Pada emel pengenalan awal itu yang bertarikh 18hb September, Jho Low telah mengatakan bahawa dia mewakili pihak-pihak tertinggi, dalam kes ini “YAB PM” secara terus, dalam urusniaga itu.
Jutawan muda itu sekali lagi telah memfokuskan pada peranannya memperkenalkan pemilik PetroSaudi, Putera Turki, mempunyai pertalian di-Raja, bagi menambat hati CEO 1MDB, yang sebenarnya tidak benar, dengan mengatakan bahawa usahasama itu berkait secara rasmi untuk “mengukuhkan persahabatan Arab Saudi – Malaysia”.
Ini bukanlah kali pertama di mana surat-menyurat menunjukkan Jho Low menjalankan status urusniaga mewakili kerajaan dan berdiplomatik antara Malaysia dengan Timur Tengah. Adakah pihak Kementerian Luar Negara mengetahui tentang ini dan jika tidak, siapakah yang diwakili oleh Jho Low.
Sharol Halmi
Sharol Halmi
Shahrol Halmi masih ada perkaitan yang kemudiannya didedahkan dalam laluan emel yang sama, apabila ketua 1MDB itu mengakui dua hari kemudiannya iaitu pada 20hb September dia mengatakan bahawa dia masih belum menerima atau mengetahui mengenai syarikat usahasama yang akan turut terlibat dalam rundingan berbilion-bilion dollar pada minggu berikutnya di kota London.
Tiga hari kemudian iaitu pada 23hb September sepasukan pegawai dari 1MDB termasuk Shahrol Halmi, telah berada di London, dipercayai untuk menyertai rundingan usahasama itu.
Namun sekali lagi, perutusan emel itu menunjukkan bahawa keseluruhan set itu telah diatur oleh Jho Low dan pembantunya Li Lin Seet yang menghubungi PetroSaudi terlebih dahulu untuk memulakan mesyuarat di pejabat-pejabat peguam syarikat minyak itu, White & Case.
Jho Low hanya akan menghadiri mesyuarat itu sebagai pengantara, seperti yang dijelaskan dalam emel-emel itu.
Dalam pertukaran emel yang sama Li Lin Seet menjelaskan kepada ketua PetroSaudi Patrick Mahony bahawa, selagi 1MDB terlibat, usahasama itu dianggap sebagai sempurna.
Emel-emel sama ini memberikan maklumat yang jelas bahawa deraf pertama usahasama yang bakal dirundingkan dengan 1MDB itu telah dilakar oleh pejabat Jho Low sendiri.
Pada 21hb September, dua hari sebelum rundingan itu dicapai untuk usahasama berbilion-bilion dollar itu dimulakan, deraf itu masih dijangkakan oleh kenalan-kenalan Jho Low dalam PetroSaudi.
Patrick Mahony dari PetroSaudi kemudiannya mencadangkan kepada Li Lin Seet bahawa para peguamnya dan juga para peguam Jho Low perlu terlebih dahulu bersetuju sesama mereka sebelum mereka menghubungi para peguam 1MDB, berkenaan kandungan dokumen Usahasama yang sedang dirangka oleh pasukan Jho Low di London.
Rumusan yang tidak dapat dinafikan itu bahawa pasukan dari Malaysia pada hari berikutnya telah berperanan sebagai pemerhati dalam pemeteraian ‘usahasama’ ini, di mana mereka akan menyerahkan wang tunai bagi pihak orang awam Malaysia.
Menurut kontrak yang akan dibentangkan di hadapan mereka adalah USD$1 bilion yang telah tertunggak pada hari pertama, dengan hak-hak pengeluaran sehingga USD$5 billion lagi.
Pada minggu lalu Sarawak Report telah mencetuskan kemarahan sesetengah pihak apabila ia mendedahkan butir-butir Perjanjian Usahasama yang asal, ditandatangani oleh 1MDB dan PetroSaudi ada29hb September 2009, yang telah sehingga ianya terbongkar, teah dirahsiakan.
Pemain peranan utama – rakan Jho Low, Li Lin Seet, penandatangan Good Star
Pemain peranan utama – rakan Jho Low, Li Lin Seet, penandatangan Good Star
Sebab tercetusnya rasa marah itu kerana pendedahan obligasi “pembayaran pinjaman” yang amat besar, berjumlah USD$700 juta 1MDB, yang sepatutnya dilangsaikan sebagai bayaran balik pinjaman kepada induk syarikat PetroSaudi seperti yang terdapat dalam perjanjian itu.
Seperti yang telah dipersetujui bahawa wang ini harus dijelaskan sehingga mencecah berbilion-bilion dollar yang dikeluarkan oleh 1MDB, dengan mengeluarkan 2/3 dari pelaburannya.
Namun emel-emel yang diutuskan oleh Patrick Mahony pada masa yang sama kepada sebuah bank persendirian di Switzerland, BSI, menunjukkan pada ketika itu bahawa wang itu dianggap sebagai wang untuk membaayar balik pinjaman di bawah terma-terma usahasama, yang dikatakannya sebagai “premium” (atau bonus) kepada bakal bank yang menerima.
Penjelasan yang diberikan oleh Patrick Mahony kepada BSI ini jelas bercanggah dengan alasan yang termaktub dalam perjanjian usahasama itu untuk mengeluarkan wang itu, yang mengatakan bahawa induk syarikat PetroSaudi telah menyuntik masuk pinjaman ke dalam anak syarikat yang telah ditubuhkannya untuk menyertai usahasama itu – namun kemudian (seperti biasanya) mengharapkan wang itu kembali apabila termeterainya usahasama itu.
Peguam kepada Jho Low, Tiffany Heah
Peguam kepada Jho Low, Tiffany Heah
Siasatan kami menunjukkan bahawa peruntukan pembayaran balik yang berwaspada ini telah dituliskan ke dalam deraf pertama perjanjian itu, yang dibuat oleh pasukan peguam Jho Low sendiri di New York, yang dihantar kepada PetroSaudi oleh peguam Tiffany Heah.
Ianya dapat dilihat dari beberapaa siri deraf beberapa minggu berikutnya bahawa pasukan guaman White & Case bagi PetroSaudi dari London, yang diketuai oleh Tim Buckland, kemudiannya menuliskan semula, menambah dan menghalusi klausa-klausa, menguatkan lagi peruntukannya, dalam masa membuatkan kata dan ayatnya lebih sesuai.
Keseluruhan prose situ mengambil masa satu minggu, antara persembahan versi pertama Jho Low pada kontrak itu di mesyuarat di London pada 23hb September dan majlis memeterai perjanjian usahasama iu pada 29hb September.
Dan dalam masa yang hangat itu, pasukan peguam yang mahal dari London itu telah menggunakan beberapa persembahan slaid PowerPoint, bagi membantu penonton yang kurang berkemampuan untuk memahami prosedur-prosedur yang dilibatkan.
Salah satu dari aspek menarik dalam persembahan slaid White & Case, yang dibuat untuk rundingan bagi 1MDB pada 23hb September, adalah ianya hampir serupa dengan persembahan slaid yang dihantar kepada PetroSaudi oleh Jho Low.
Sebaik sahaja selesai memeterai perjanjian itu peguam Tim Buckland meletak jawatannya dalam firma guaman White & Case dan menjawat jawatannya sebagai Pengarah PetroSaudi.
“Tiada bukti” bahawa Jho Low pernah terbabit – CEO baru 1MDB, Arul Kanda Kandasamy
“Tiada bukti” bahawa Jho Low pernah terbabit – CEO baru 1MDB, Arul Kanda Kandasamy
Begitu juga, Patrick Mahony, yang bekerja sebagai pengurus pelaburan oleh syarikat kewangan Ashmore dalam masa perkaitannya dalam rundinga usahaniaga PetroSaudi, juga meletakkan jawatannya serta-merta, bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah dalam PetroSaudi yang baru berpejabat di Curzon Street di tengah-tengah daeraah Mayfair di London.
Namun walaupun sudah terdapat banyak bukti, CEO 1MDB yang baru, Arul Kanda Kandasamy, masih tetaap dengan kenyataan medianya dari minggu lepas dengan mengatakan kepada para wartawan bahawa dia tidak mendapat sebarang bukti mengenai pembabitan Jho Low dalam skandal 1MDB itu.
Apa yang dapat dibuktikan adalah pengendalian kritikal untuk memindahkan “pinjaman” dan juga “premium” sebanyak USD$700 juta ke dalam kawalan Jho Low yang mengambil tempat sebaik sahaja selesainya pemeteraian perjanjian itu pada 29hb September – bahawa Jho Low sememangnya terbabit dan diberikan sesalinan maklumat pada setiap langkah dan prosidur urusniaga itu.
Jho Low – boleh disabitkan dalam kes 1MDB
Jho Low – boleh disabitkan dalam kes 1MDB
Kami telah berjaya mendapatkan “Perjanjian Pinjaman PetroSaudi”, yang telah dibuat oleh White & Case, menunjukkan bahawa jumlah wang yang amat banyak ini telah dipinjamkan daripada syarikat induk PetroSaudi Cayman Holdings kepada 1MDB PetroSaudi pada 25hb September.
Surat itu telah ditandatangani oleh bos muda PetroSaudi, Tarek Obaid.
Namun tiada bukti yang mencadangkan bahawa ‘pinjaman’ adalah selain dari transaksi antara dua anak syarikat PetroSaudi, sebuah syarikat yang memilik modal kerja yang kecil.
Tiga hari kemudiannya 1MDB dipertanggungjawabkan membayar balik menggunakan jumlah wang yang begitu besar.
Bagi melengkapkan selewengan $700 juta dari 1MDB ke dalam akaun bank kawalan Jho Low yang sedang menunggu, CEO 1MDB Shahrol Halmi harus akur dengan terma ‘bayaran balik’ yang dibuat oleh Jho Low.
Dokumentasi untuk melengkapkan perjanjian usahasama ini sekali lagi jelas dibuat antara Jho Low dan pasukan peguam kepada Patrick Mahony dari firma guaman White & Case.
Patrick Mahony telah mengutuskan sebuah emel kepada Jho Low pada 30hb September yang bertajuk “Funding/ Completion Instructions and Documentation” yang turut mengandungi 7 buah dokumen penting, termasuk surat tuntutan bagi bayaran balik ‘pinjaman’ $700 juta dan juga arahan saat-saat akhir berkenaan perubahan pada akaun bank.
Surat tuntutan itu, yang ditandatangani oleh CEO PetroSaudi Tarek Obaid, kepada 1MDB itu memerlukan ‘bayaran balik pinjaman’ $700 juta dengan segera daripada usahasama 1MDB PetroSaudi kepada apa yang dikatakannya sebagai “akaun bank milik rakaniaga kami PetroSaudi International Limited”.
CEO PetroSaudi telah bercerita mengenai Good Star
CEO PetroSaudi telah bercerita mengenai Good Star
Namun, Sarawak Report telah berjaya membuktikan menerusi dokumen-dokumen yang menyeluruh bahawa akaun di atas di RBS Courts di Zurich bukannya milik PetroSaudi, atau milik mana-mana rakankongsi mereka.
Sebaliknya ianya didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat dikenali sebagai Good Star Limited, iaitu sebuah syarikat yang dikawal oleh Jho Low.
Patrick Mahony dan Tarek Obaid menerima bayaran daripada syarikat Good Star – butir-butir akaun bagi Good Star adalah berpadanan dengan bayaran daripada 1MDB
Patrick Mahony dan Tarek Obaid menerima bayaran daripada syarikat Good Star – butir-butir akaun bagi Good Star adalah berpadanan dengan bayaran daripada 1MDB
Ini bermakna wang yang dicatatkan sebagai dibayar balik kepada PetroSaudi sebagai sebahagian dari perjanjian usahasama itu sebenarnya ditandatangi oleh Tarek Obaid kepada pihak ketiga yang berasingan, Good Star Limited.
Penandatangan untuk Good Star adalah Li Lin Seet
Penandatangan untuk Good Star adalah Li Lin Seet
Jho Low telah beberaapa kali mengisytiharkan di khalayak umum bahawa dia tiada kaitan dalam pelaburan 1MDB dan dia tidak pernah menerima apa-apa bayaran dari dana pembangunan itu.
Namun Sarawak Report telah mengesahkan dari dokumentasi bahawa penandatangan dan Ketua Pegawai Pelaaburan untuk Good Star adalah timbalan Jho Low, iaitu Li Lin Seet.
Li Lin Seet bertindak selaku orang kanan jutawan muda itu di sepanjang urusan mendapatkan usahasama itu di antara 9hb – 29hb September 2009 dan telah diberikan sesalinan surat menyurat yang kami terima berkaitan urusniaga ini.
Ketua Pegawai Pelaburan dan penandatangan untuk Good Star
Ketua Pegawai Pelaburan dan penandatangan untuk Good Star
Nombor Singapura yang disenaraikan di atas telah dirangkumi dalam kontrak yang ditandatangani pada 29hb September antara Good Star dan Patrick Mahony, sebaik saja selesainya pemeteraian perjanjian dengan 1MDB.
Kami telah mengesahkan bahawa ianya dipunyai oleh Li Lin Seet, yang bertindak selaku Timbalan Presiden kepada syarikat Jynwel Capital milik Jho Low.
Li Lin Seet telah menjawab panggilan kami di nombor ini pada minggu lepas, mengesahkan identitinya dan juga peranannya dalam syarikat Jynwel. Namun apabila kami betanya berkenaan peranannya selaku Ketua Pegawai Pelaburan dia telah kedengaran berpura-pura tidak mengetahui atau memahami persoalan kami itu.
Namun dalam sebuah lagi pertukaran emel melibatkan dokumen-dokumen antara bank-bank yang memindahkan wang yang begitu besar jumlahnya kepada Good Star.
Ini jelas menunjukkan bahawa ketua 1MDB amat mengetahui syarikat ini merupakan destinasi terakhir $700juta, bukannya seorang rakankongsi kepada PetroSaudi.
Kerana apabila bank 1MDB sendiri, Deutsche Bank Malaysia, kembali untuk bertanya pengesahan bagi pihak RBS Courts di Zurich sebagai mengenalpasti “penerima bayaran 1MDB” Shahrol Halmi menjawab kepada pegawai bank Jacqueline Ho dengan merujukkan pertanyaan itu kepada Good Star.
Pasukan etroSaudi dan Jho Low turut diberikan sesalinan emel ini.
Sudah pastinya ketua 1MDB sedar bahawa Good Star adalah merupakan akaun yang tiada perkaitan dengan struktur syarikat rasmi bagi PetroSaudi, kerana tiada rekod mengenainya dalam kumpulan syarikat-syarikat PetroSaudi International.
Terima kasih pada campurtangan positif Shahrol Halmi, wang berjumlah $700juta itu akhirnya berjaya dipindahkan lewat hari itu.
Li Lin Seet bagi pihak Jho Loww memberikan beberapa siri komen dalam laman Facebooknya sepanjang tempoh urusniaga ini dilakukan. Pada 30hb September, pada hari wang itu dipindahkan dia telah terburu-buru mengesahkan kejayaan mereka itu.
Usahasama itu akhirnya tercapai
Usahasama itu akhirnya tercapai
Sepuluh hari kemudian, apabila kesemua wang itu telah selamat berada dalam genggamannya, dia dan rakan-rakannya meraikan kejayaan mereka itu di Vegas, berdasarkan komen-komen dalam laman Facebook mereka.
Raining Crystal – jenama minuman champagne paling mahal di dunia – adakah ini bagi menunjukkan tanda kesyukuran mereka pada wang dana pembangunan dari Malaysia?
Raining Crystal – jenama minuman champagne paling mahal di dunia – adakah ini bagi menunjukkan tanda kesyukuran mereka pada wang dana pembangunan dari Malaysia?
Pasukan Jho Low bukanlah satu-satunya kumpulan orang yang mempunyai alasan untuk berpesta.
Pada hari yang sama di mana Tarek Obaid mengutuskan surat tuntutannya kepada 1MDB, pada 29hb September, Good Star juga diberikan dua buah kontrak, ditandatangi oleh orang kanan Jho Low, Li Lin Seet.
Sebuah kontrak adalah untuk Tarek Obaid sendiri, membayarnya “yuran orang tengah sebanyak USD$85juta”.
Sebuah lagi kontrak adalah daripada Good Star kepada Patrick Mahony, sebagai bayaran upahannya selaku Pengurus Pelaburan berjumlah USD$85juta, namun bersama suntikan tambahan sebanyak USD$500juta.
Kontrak ini mtelah melayakkan Patrick Mahony untuk menerima dan menikmati asas bayaran yuran pengurusan bernilai 2% setahun.
Jho Low sendiri, dalam pada itu, telah bertambah baik kariernya sebagai salah seorang hartawan paling muda dan paling kaya di dunia.
Hasil siasatan Sarawak Report mendapati bahawa dalam tahun 2012 Jho Low telah membeli sebuah rumah mewah paling mahal di Hollywood Hills di No. 1423 Oriole Drive, dengan harga USD39juta, mengatasi USD$17.5juta nilai rumah yang dibelinya untuk rakannya, anak tiri PM Malaysia, Riza Aziz.
Rumah mewah USD$39juta
Rumah mewah USD$39juta
Dia juga dipercayai selaku pemilik bangga sebuah kapal layar paling mewah, yang kini belayar dari Tahitiu menuju ke Timur Jauh.
Jho Low merupakan pemilik Equanimity, kapal layar ke-34 terbesar di dunia dalam bulan Julai 2014
Jho Low merupakan pemilik Equanimity, kapal layar ke-34 terbesar di dunia dalam bulan Julai 2014
Tindakan Jho Low yang suka menyimbah-nyimbahkan minuman champagne Crystal telah menjadi terkenal di beberapa kedai judi mewah dan juga kelab-kelab malam terkemuka dunia. Fenomena ini turut dirakamkan oleh kolum-kolum gossip terkenal dunia mulai akhir Oktober 2009, apabila dia menarik perhatian penulis-penulis kisah selebriti di Amerika Syarikat.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ‘jutawan muda’ ini telah menumpukan usaha menempa nama untuk dirinya sebagai dermawan di Barat, dengan berkata kepada majalah Forbes minggu lepas bahawa “menderma adalah baik … baik untuk perniagaan dan juga untuk hubungan awam”.
Penampilan baru – addakah Jho Low benar-benar seorang Dermawan?
Penampilan baru – addakah Jho Low benar-benar seorang Dermawan?
Adalah jelas bahawa kita patut bertanya sama ada wang dana 1MDB itu telah disalurkan untuk keseronokan sesetengah orang, dan niat baik di negara Barat, selain digunakan untuk membantu orang-orang yang miskin di negara asal wang itu?


Sunday, October 26, 2014

Lagi Peluang Keemasan

Angkasa peruntuk RM4.8 juta pinjaman pendidikan


KUANTAN: Yayasan Angkasa memperuntukkan RM4.8 juta untuk kemudahan pembiayaan pinjaman pendidikan kepada orang ramai dan kakitangannya, kata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Beliau berkata, pinjaman itu untuk pengajian peringkat ijazah pertama dan ke atas dan bagi ahli dan kakitangan Angkasa tidak dikenakan faedah.
"Setakat ini, kita telah membiayai 496 orang di mana 275 daripada mereka telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah.
"Bagi kakitangan Angkasa, kita menyasarkan 40 orang setahun untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah," katanya selepas Majlis Penganugerahan Kakitangan Angkasa 2014 di sini malam tadi.
Menurutnya ia meliputi pengajian dalam pelbagai bidang seperti perniagaan dan kewangan dengan perbelanjaan dianggar RM18,000 seorang sehingga tahun 2020.
Abdul Fattah berkata, dengan kemudahan ini, ia memberi lebih ruang kepada mereka untuk meningkatkan tahap pendidikan sedia ada tanpa begitu membebankan.
"Bagi kakitangan Angkasa juga, mereka berpeluang untuk menikmati kenaikan gaji jika didapati prestasi pendidikan mereka memuaskan," katanya. - BERNAMA
Aku harap geng-geng aku anak muda ambil peluang keemasan ini. Marilah kita bangunkan negara dan bangsa kita dengan ilmu dan amalan yang mulia.

Friday, May 17, 2013

ALaHai Si LunCAi: PENGUNDI AKAN LARI PADA PRU 14 !!

Telahan Luncai memang tepat kerana bayangan dan bunga-bunga ke arah itu sudah terserlah.
Sandiwara yang menggunakan Rafizi sudahpun dipentaskan.
KECUALI ZAHID DAPAT MEMBUKTIKAN SEBALIKNYA.


Baca seterusnya: http://alahaisiluncai.blogspot.com/

ALaHai Si LunCAi: PENGUNDI AKAN LARI PADA PRU 14 !!

Wednesday, May 15, 2013

KJ Dalam Perancangan Allah - harap faham

Tahniah KJ kerana DIBERI KEPERCAYAAN mengetuai Kementerian Belia dan Sukan.

Aku memang tak percaya kau akan menjadi Menteri yang baik kerana kau bukan ahli UMNO yang baik,
Segala perilaku yang kau telah tunjukkan sebelum ini amat berbahaya kepada agama, bangsa dan tanahairku.
Bagaimanapun perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Aku akur.
Buanglah sifat-sifat buruk yang kau miliki kerana kami tidak mampu mempunyai Anuwar Berahim II dalam UMNO dan dalam negara yang s angat kami cintai ini.

Aku akan terus berdoa semoga kau berubah dan sertailah UMNO kami sebagaimana yang sewajarnya untuk agama, bangsa dan tanahair.

Aku percaya manusia akan berubah dan bertambah matang jika ada keikhlasan dan roh Islam yang tulen dalam dirinya. Sekurang-kurangnya jangan jadikan UMNO kami sebagai batu loncatan untuk diri kau dan kroni sebagaimana yang pernah kau buktikan.

Selamat menjalankan tugas kerana Allah untuk agama, bangsa dan tanahair kami.

Tun Mahathir Semakin Risau

Aku juga risau sebagaimana yang dirasai oleh Tun.
Apatah lagi generasiku adalah penyambung segala daya usaha yang telah dilaksanakan dengan cemerlang oleh generasi Tun.
Apapun alasan tidak akan dapat menyelesaikan kerisauan ini, melainkan Bumiputera bersatu untuk menghentikan agenda china Dap.


Baca seterusnya: http://paneh.blogspot.com

PANEH MIANG©: Saya Kesal - Tun Mahathir: MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN TUN MAHATHIR. MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH? SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana...

Tuesday, May 14, 2013

DS Najib risks losing the support of ALL Malaysians by PRU14 if he chooses KJ!


How DS Najib Could Make Things Worse?



There are 2 creatures on stage during the BN Victory 'celebration', very visible behind DS Najib - they are seen clearly in the photo above. The 2 creatures are the Icons of Corruption, Khairy Jamaluddin (KJ) and DS Shahrizat Jalil of NFC infamy. DS Shahrizat has no Parliamentary seat and I believe can no longer be a Senator, so best that she retire. The real problem is with KJ, who's lust for power sees him lobbying for a cabinet post in the press - TAK MALU BETUI!

The Chinese rejection of BN was able to mask also the rejection of BN by the young urban youth, in particular young urban Malay youths. They hate BN as the face of BN Youth is KJ. Whilst some may admire him at the outset of knowing him, many are then corrected by their elders by the retelling of KJ's corruption, such was his negative influence on Pak Lah's administration. DS Najib risks losing the support of ALL Malaysians by PRU14 if he chooses KJ!

Instead, DS Najib should give a clear signal to all by NOT selecting KJ. Give the signal such that UMNO picks up on this signal and also rejects KJ and the like. Let DS Najib's non-selection of KJ be the beginning of the re-birth of BN and UMNO! In PRU14, DS Anwar Ibrahim should no longer be a factor, but lets not have KJ as the new spectre to haunt UMNO and BN, driving it to oblivion.

And maybe hence when we are really cleaner for Corruption, we can begin to really cleanse the country of Crime, and the Chinese will return their votes to BN without need of any new rhetoric such as 1Malaysia...   Sumber: Thoughtsintangents.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...