Followers

Wednesday, September 8, 2010

KHAIRI DITOLAK PERKASA DAN UMNO: PERKASA adalah Denyut Nadi Melayu


KHAIRY GAGAL LAGI
MENTAFSIR PERJUANGAN MELAYU

KELAHIRAN PERKASA
ADALAH UNTUK MENAMBAH
DENYUTAN NADI BANGSA MELAYU...
AGAR SEMANGATNYA...
MENGALIR KE JANTUNG UMNO 

KHAIRY TETAP TIDAK FAHAM!
MASIH NAK TUNJUK PADIR!

Baca seterusnya:
Sumber:  http://musramrakunman.blogspot.com/2010/09/perkasa-menurut-khairy.html

Ketika pengaruh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat menggelisahkan beberapa pemimpin Umno, Ketua Pemuda Umno pula melihatnya seolah-olah tidak akan menyinggung langsung sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

"Saya tidak menipu, saya rasa banyak ahli PERKASA sebenarnya ahli Umno. Jadi, secara impiralnya, mereka ini tidak menambahkan sokongan pada Umno.

"Itu sebabnya saya saya ambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli PERKSA, apa yang kamu boleh dapat daripada PERKASA? Tak banyak," kata Khairy (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau.

"Mereka tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan berikan undi pada Umno juga. Jadi kesan politik PERKASA kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu."

"Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan PERKSA, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (PERKASA) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya," jelasnya.

Justeru, ekoran senario ini, kenapa Umno tidak mengambil pendirian lebih tegas terhadap pertubuhan pro hak-hak bumiputera itu?

"Soalan yang bagus. Saya tidak tahu. Saya rasa patut," katanya sambil mengambil masa untuk menjawab serta ketawa kecil.

Sehubungan itu, Khairy berkata, adalah penting untuk Umno menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka berbeza sama sekali dengan PERKASA.

"Saya tahu apa PM fikir tentang mereka ini. Tetapi terpulang pada beliaulah untuk memberitahu rakyat apa yang beliau rasa," katanya yang nampak keberatan mengulas lanjut.

Ditanya sama ada Umno akan terus relevan di kalangan Melayu, Khairy terus mempertahankan bahawa parti berusian 64 tahun itu akan terus ada dalam lanskap politik Malaysia.

"Kami akan sentiasa lebih besar daripada PERKASA," katanya sambil menyamakan Umno umpama sebuah khemah yang besar.

KUASA MELAYU SEMAKIN HANYUT
DAYA JUANG PEMUDA SEMAKIN MENURUN

LENYAPLAH SERAPAH ORANG-ORANG TUA
"PEMUDA ITU HARAPAN BANGSA"

SEMUANYA BERLAKU
DI TANGAN KHAIRY
BENIH PENINGGALAN BAPA MERTUA

KITA SEMUA AMAT YAKIN
NAJIB AKAN BETULKAN KEMBALI
MENAIKKAN DAYA JUANG PEMUDA
MENGUKUHKAN PERJUANGAN UMNO
MENSEJAHTERAKAN SELURUH RAKYAT
DENGAN BERANI DAN BIJAKSANA

*Kita tidak membenci Khairy kerana namanya Khairy.
Kita cuma tidak sanggup perjuangan UMNO dilacurkan untuk kepentingan peribadi.
Kita juga tidak rela sama sekali membiarkan individu yang telah terbukti tamak, rakus, gelojoh, biadap dan konspirator, turut mencampuri urusan perjuangan UMNO.

Tuesday, September 7, 2010

KJ MERAPU LAGI: PERKASA Adalah Denyut Nadi Melayu


PERKASA LAHIR DI TENGAH-TENGAH
BANGSA MELAYU MEMERLUKAN KEKUATAN
PERKASA ADALAH DENYUT NADI BANGSA

LEBIH 60 TAHUN DAHULU...
SELURUH KESATUAN MELAYU BERSATU
AKHIRNYA WUJUD SEBERKAS KUASA
LANTAS MENGHALAU PENJAJAH
LALU MENGIBARKAN PANJI-PANJI MERDEKA
KINI SEJARAH BERULANG LAGI



JAWAPAN KEPADA KENYATAAN KJ DALAM MALAYSIA KINI


.by Dato Ibrahim Ali on Tuesday, September 7, 2010 at 5:33pm.


Perkasa punca BN hilang undi kata KJ. Cakap org tak ada akal, bodoh, cakap macam org gila.
Perkasa baru tubuh selepas PRU ke 12 BN kalah teruk sebab org benci beliau (KJ), bolot projek semua org tahu, besar kepala kerana bapa mertua jadi PM.
Masuk politik baru 2-3 tahun dan dapat tempat kerana bapa mertua jadi PM.
Menang Ketua Pemuda kerana politik wang.
Perkasa di tubuh sebab tak mahu Melayu berpecah.
Kenyataan KJ adalah kenyataan tolol, budak yg sudah sasau, nafsu besar tapi dah hilang taring.
Org benci Pak Lah sebab KJ kontrol Pak Lah.
Kalau Perkasa di tubuh sebelum PRU ke 12 ada logik.
Memang bodoh KJ ini. UMNO lagi rosak ada org akal putus macam KJ.
TQ.

SELURUH RAKYAT SUDAH MEMBENCI KJ
CUMA UMNO SAHAJA YANG MENYIMPANYA
MUNGKIN NAK TUNGGU PRU 13
SEHINGGA MELAYU TERUS HILANG KUASA
 
PERKASAKAN PEMUDA SEKARANG!!!!
PERKASAKAN PEMUDA SEKARANG!!!!

*Kita tidak membenci Khairy kerana namanya Khairy.
Kita cuma tidak sanggup perjuangan UMNO dilacurkan untuk kepentingan peribadi.
Kita juga tidak rela sama sekali membiarkan individu yang telah terbukti tamak, rakus, gelojoh, biadap dan konspirator, turut mencampuri urusan perjuangan UMNO.

KJ Pemusnah Perjuangan UMNO: Kuasa Melayu Kian Hanyut

Kalau setakat nak pegang telor sendiri
Tak payah sibuk jadi Ketua Pemuda UMNO kami

KEPUPUSAN KUASA POLITIK MELAYU..
SUDAH MENJADI REALITI!!
SURVIVAL SATU TAMADUN BANGSA..
SEDANG MENGALAMI MALA PETAKA

MALANGNYA...
DI SAAT TENAGA ANAK MUDA DIPERLUKAN...
TENAGA MUDA ITU DIMUSNAHKAN...LEBIH AWAL..
MALANGNYA LAGI...
PEMUSNAH ITU MASIH BERSAMA KITA!!


Mungkin Aidil Fitri kali ini adalah Aidil Fitri terakhir bagi kita. Tahun depan, mungkin masa depan kita sebagai umat Islam di negara ini dan masa depan budaya kita sebagai orang Melayu akan ditentukan oleh Khalid Samad, Dr Dzul dan Dr. Hatta setelah hanya berunding dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Tian Chua, Ronnie Liu, Chua Jui Ming, dan lain-lain pimpinan bukan Islam yang menguasai majoriti Kerajaan seterusnya.

Semata-mata kerana ada pihak yang terlalu takut untuk menyebut kalimah Melayu.

Di manakah Melayu? Usahkan gagah di Nusantara, di bumi sendiri pun kita sudah hampir pupus.

Dua malam lepas saya dimaklumkan bahawa terdapat lebih 1 juta orang pemilih baru didaftarkan oleh DAP yang kebanyakannya terdiri daripada warganegara Malaysia berketurunan Cina yang telah lama menetap atau berkerja di luar negara. Selain usaha-usaha memindahkan pengundi-pengundi Cina dari kawasan pemilih Melayu kurang daripada 20% ke kawasan pemilih Melayu yang lebih tinggi. Ia adalah satu usaha untuk mencairkan pengaruh pemilih Melayu dan berharap dengan perpecahan orang-orang Melayu, mereka hanya memerlukan 20% pengundi Melayu untuk mengundi mereka maka, kebanyakan konstituensi di mana pemilih Melayu 70% ke bawah akan tidak lagi dikuasai oleh Melayu.

Saya akan lengkapkan data-data itu untuk posting selepas Aidl Fitri.

Tetapi sementara itu kita harus bertanya pada diri kita, usaha kita mengagungkan Pimpinan Bukan Islam masuk ke ruang-ruang sembahyang surau kita itu untuk apa. Adakah untuk mengagungkan Islam atau untuk membuka pintu hati orang-orang Melayu di saf-saf sholat supaya membuka mata mereka dan membuka hati mereka menerima pimpinan DAP dan pimpinan Bukan Islam PKR. Menerima politik DAP?

Adakah DAP dan PKR membuka ruang kepada ulama-ulama kita untuk masuk ke ruang-ruang ibadat mereka supaya pemilih-pemilih mereka terbuka mata dan hati untuk menerima Islam?

Apakah kita bangga dengan usaha mendoakan supaya Lim Guan Eng dibuka hati untuk menerima hidayah dan seruan Islam atau mungkinkah itu hanya satu agenda politik supaya kita merasa tenang dan aman dengan pemerintahan Lim Guan Eng.

Cuba bayangkan senario sebaliknya, bila di Gereja-Gereja, di Kuil-Kuil dan di Tokong-Tokong mendoakan pula supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz dibuka hati dan diberi hidayah supaya keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian, Buddha atau Hindu.

*Kita tidak membenci Khairy kerana namanya Khairy.
Kita cuma tidak sanggup perjuangan UMNO dilacurkan untuk kepentingan peribadi.
Kita juga tidak rela sama sekali membiarkan individu yang telah terbukti tamak, rakus, gelojoh, biadap dan konspirator, turut mencampuri urusan perjuangan UMNO.

Sunday, September 5, 2010

KHAIRY: PERAKUS BERI NASIHAT


Selamatkan Negara Dari Agenda Pecah Belahkan Masyarakat – Khairy


Bolehkah jika kita memiliki sifat-sifat tamak, rakus, gelojoh, biadap dan seorang konspirator zaman yang lalu, masih berminat untuk bercakap mengenai menyelamatkan negara!!

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyifatkan kemerdekaan tahun ini berkisar tentang keberanian yang perlu ada bagi setiap diri sebagai rakyat Malaysia.

“Keberanian untuk tampil kehadapan bagi membela rakyat Malaysia yang lain, terutama sekali apabila mereka bukan daripada keturunan, bangsa, agama mahupun latar belakang sosial yang sama seperti kita.

“Keberanian untuk memperjuangkan mana yang benar serta wajar dan bukannya sesuatu yang populis atau didorong oleh belenggu perasaan dan kekangan emosi, yang mengugut kita menilainya sebagai patut dan betul”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena hari kemerdekaan negara ke 57 di sini, hari ini.

Wahai Khairy! Tak payahlah menyeru supaya rakyat berani. Selama ini orang-orang Melayu dan Bumiputera memang berani. Kami dalam UMNO sudah lama berjuang sehingga berjaya menghalang Union Jack dari terus berkibar di bumi ini. Kami memang terbukti berani menghadapi segala macam ancaman terhadap agama, bangsa negara. Buktinya hari ini rakyat hidup dalam sejahtera, sehinggalah lahir dan muncul manusia hipokrit, rakus, gelojoh, biadap dan konspirator, yang membawa cita-cita peribadi.

Jelas beliau lagi sempena hari kemerdekaan Negara tahun ini juga adalah keberanian untuk membebaskan diri dari acuan lapuk agar kita dapat melangkah dengan yakin bagi menerokai masa hadapan.

Acuan lapuk!!! Dalam UMNO tidak pernah wujud acuan lapuk. Apa yang menjadi tradisi adalah kesinambungan kepimpinan dan nilai-nilai perjuangan zaman-berzaman. Para pemimpin UMNO, iaitu parti keramat kami, tidak pernah sekali-kali meminggirkan sebarang bentuk kepimpinan, dasar, pendekatan yang telah diambil sebelum ini. Perjuangan UMNO meneruskan tradisi dari generasi ke generasi. Kita tidak pernah menjadi maju kerana menolak dan menganggap yang lama itu sebagai acuan lapuk. Kecualilah kita kehilangan arah tuju dan roh perjuangan UMNO yang sebenarnya.

“Keberanian untuk menyelamatkan negara ini daripada mereka yang ingin memecah belahkan kita
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara.

Memang benar, sekarang kita memerlukan keberanian luar biasa untuk menghadapi puak-puak yang ingin memecahbelahkan negara. Tetapi ini tidak dapat dilakukan oleh mereka yang terbukti telah merosakkan UMNO dan kerajaan di era yang lepas.

“Marilah kita semua menjadi rakyat Malaysia yang berani. Berani menyatukan Malaysia semula”, ujarnya. -MediaUMNO

Malysia tidak berpecah. Sama sekali tidak berpecah. Melainkan telah wujud beberapa individu di kalangan ahli politik dan NGO yang mula mengamalkan sikap cauvinist-racit untuk kepentingan politik diri sendiri. Mereka telah berjaya mewujudkan senario politik kelamkabut di negara kita dan dibantu pula oleh species yang tamak, rakus, gelojoh, biadap dan konspirator yang mementingkan diri sendiri.

Tetapi rakyat terbanyak telah boleh berfikir dengan matang. Kesejahteraan dan ketenangan hidup bersama dalam masyarakat majmuk tetapi menjadi keutamaan semua kaum.

Orang Melayu/Bumiputera, China, India dan lain-lain akan terus mempertahankan keharmonian dan kejayaan yang telah kita capai bersama selama ini.

Rakyatlah yang menolak Malayan Union dengan jayanya.
Rakyatlah yang menolak gerombolan komunis dengan jayanya.
Rakyatlah yang telah membetulkan keangkuhan cauvinist-racist 13 Mei
Rakyatlah yang tahu denyut nadi mereka.
dan Rakyatlah yang akan menolak gerombolan pakatan pembangkang.


Di bawah kepimpinan DS Najib,
insyaAlah kekuatan Pemuda UMNO Malaysia
dapat diangkat semula maruahnya.


* Kita tidak membenci Khairy kerana namanya Khairy.
Kita cuma tidak sanggup perjuangan UMNO dilacurkan untuk kepentingan peribadi.
Kita juga tidak rela sama sekali membiarkan individu yang telah terbukti tamak, rakus, gelojoh, biadap dan konspirator, turut mencampuri urusan perjuangan UMNO.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...