Followers

Sunday, May 29, 2011

KJ Gagal Bersihkan Nama Buruk dan Gagal Juga Buktikan Diperlukan Dalam Perjuangan UMNO



PUTRAJAYA - Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 bermula semalam dengan pelbagai acara menarik.
Sejak awal pagi lagi, ribuan belia membanjiri pelbagai lokasi di sini bagi menyertai kira-kira 220 aktiviti yang dianjurkan sepanjang program tiga hari itu.
Dengan penganjuran aktiviti khusus bagi belia, sasaran untuk mencipta sejarah dengan mengumpul sejuta anak muda di Putrajaya dijangka menjadi kenyataan.

Tahniah kepada penganjur kerana sekurang-kurangnya mula berfikir ke arah mendekati generasi muda.

Program ini pasti melibatkan proses perancangan, pengurusan, perbelanjaan dan pelaksanaan yang rapi. Berbagai-bagai pihak rerlibat untuk membantu merealisasikannya.

Daulah melihat  program mega ini sebagai pencetus idea dan pelancaran awal. Selepas ini konsep yang sama perlu dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah.

Diharapkan di peringkat negeri dan daerah, seluruh tenaga kepimpinan belia dapat bergerak dalam usaha mendekati generasi muda yang ternanti-nanti program dan aktiviti yang disediakan untuk mereka.

Hasrat murni mendekati generasi muda hanya akan berjaya jika dapat dilakukan sampai ke peringkat akar umbi. Kerana itu peranan Kementerian bukanlah sekadar mengadakan program mega dengan perbelanjaan besar untuk menunjukkan kemampuan menghimpunan anak-anak muda pada satu-satu masa.

Daulah berpendapat himpunan sebenarnya patut dilakukan di seluruh negara selepas ini. Jika setiap negeri dan daerah dapat melaksanakan konsep himpunan ini, kita akan dapat menghimpunan lebih dari sejuta anak-anak muda di seluruh tanahair.

Tahniah kepada seluruh pegawai-pegawai Kementerian dan semua pihak yang membantu menggerakkan program pencetus ini dan diharap tidak berhenti di sini sahaja setelah perbelanjaan yang begitu besar dicurahkan.

HIMPUNAN SEJUTA BELIA ini tidak mampu memberi impak yang besar kepada politik negara.
HIMPUNAN SEPULUH BELIA di peringkat akar umbi dapat membantu membina masa depan agama, bangsa dan negara.

p/s: KJ semakin gagal membersihkan mnama buruknya dan tetap gagal membuktikan dia diperlukan dalam perjuangan UMNO. Baca seterusnya dari blog rakan Parpukari 

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Usaha kerajaan untuk menDEKATi golongan MUDA seperti menganjurkan acara Himpunan Sejuta BELIA di Putrajaya memang wajar diPUJI dan harapnya kerajaan menJADIkannya sebagai acara TAHUNAN dan bukannya acara berMUSIM atau untuk mencari POPULARITI.. Kita katakan sedemikian kerana golongan MUDA adalah medium 'CHECK & BALANCE' yang boleh dijadikan ukuran oleh pihak kerajaan untuk menentukan tahap SOKONGan rakyat.. Di samping itu, kita jugak berHARAP agar kerajaan menDAPATkan sebanyak mungkin 'FEEDBACK' dari golongan MUDA ini berhubung perlaksanaan dasar-dasar kerajaan dan kerajaan jugak patut meminta mereka berKONGSI idea demi meMAKMURkan negara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...