Followers

Sunday, October 26, 2014

Lagi Peluang Keemasan

Angkasa peruntuk RM4.8 juta pinjaman pendidikan


KUANTAN: Yayasan Angkasa memperuntukkan RM4.8 juta untuk kemudahan pembiayaan pinjaman pendidikan kepada orang ramai dan kakitangannya, kata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Beliau berkata, pinjaman itu untuk pengajian peringkat ijazah pertama dan ke atas dan bagi ahli dan kakitangan Angkasa tidak dikenakan faedah.
"Setakat ini, kita telah membiayai 496 orang di mana 275 daripada mereka telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah.
"Bagi kakitangan Angkasa, kita menyasarkan 40 orang setahun untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah," katanya selepas Majlis Penganugerahan Kakitangan Angkasa 2014 di sini malam tadi.
Menurutnya ia meliputi pengajian dalam pelbagai bidang seperti perniagaan dan kewangan dengan perbelanjaan dianggar RM18,000 seorang sehingga tahun 2020.
Abdul Fattah berkata, dengan kemudahan ini, ia memberi lebih ruang kepada mereka untuk meningkatkan tahap pendidikan sedia ada tanpa begitu membebankan.
"Bagi kakitangan Angkasa juga, mereka berpeluang untuk menikmati kenaikan gaji jika didapati prestasi pendidikan mereka memuaskan," katanya. - BERNAMA
Aku harap geng-geng aku anak muda ambil peluang keemasan ini. Marilah kita bangunkan negara dan bangsa kita dengan ilmu dan amalan yang mulia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...