Followers

Monday, March 22, 2010

Kerosakan yang telah dilakukan semasa Era Pak Lah tidak boleh ditebus dengan lakonan ini

Sumber: http://www.pemuda.com.my/
Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur, 21 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata rakyat harus menilai kredibiliti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan "16 Sept" di Parlimen baru-baru ini

Menurut beliau, hakikatnya semua pendedahan Zahrain datang daripada pengalaman beliau sepanjang berada dalam pakatan pembangkang dan bukannya sandiwara Barisan Nasional (BN) seperti yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang.


Sdra Khairy Jamaludin...

Kredibiliti Nuar Brahim memang sudah dinilai oleh rakyat. Nuar Brahim difahami sebagai seorang konspirator, perasuah, rakus, biadap dan pengamal machiavelli yang setia. Rakyat tidak pernah menerima Nuar Brahim selepas ia dipecat.

Nuar Brahim hanya dapat beraksi dan mula mencaturi padang politik Malaysia sebaik sahaja ia dibebaskan dan membentuk gerombolan pembangkang yang kotor dalam politik tanahair.

Kemenangan Gerombolan Pakatan Pembangkang semasa PRU 12 bukan kerana rakyat menerima mereka. Tetapi rakyat benci dengaan kelemahan Pak Lah.

Pepatah ada menyatakan "Buat Baik Berpada-pada, Buat jahat jangan Sekali"

Khairy Jamaludin tidak pernah berbuat baik tetapi banyak kali berbuat jahat dalam perjuangan UMNO.

Khairy Jamaludin telah berjaya merakam sejarah kerakusan, sejarah perasuah, sejarah konspirator dan sejarah kebiadapan selama era Pak Lah dalam lipatan sejarah perjuangan UMNO dan negara. Lakaran sejarah ini adalah sambungan dari apa yang sudah dirakamkan oleh Nuar Brahim. Sejarah ini tidak dapat dipadam lagi.

Jalan terbaik yang ada pada Kahiry jamaludin ialah berhentilah dari mencampuri urusan perjuangan UMNO. Lebih baik tumpukan kepada rangkaian perniagaan yang telah disusun. Sebagai konspirator Khairy telah berjaya...tetapi itu hanya untuk zaman Pak Lah sahaja. Tinggalkan urusan perjuangan UMNI ini untuk kami teruskan, kalau masih boleh dipertahankan.

Sememangnya kita memerlukan perubahan dan pendekatan baru dalam pergerakan pemuda UMNO, tetapi bukan diketuai oleh makhluk perosak yang rakus, perasuah, biadap dan rendah mentalitinya. Maaf, kami bukan benci pada Khairy tetapi kami lebih sayangkan agama, bangsa dan tanahair mengatasi individu.

Janganlah ganggu perjuangan kami dan kami sesekali tidak memerlukan Nuar Brahim yang kedua.

"Buat Baik Tak Pernah Ada - Buat Jahat banyak Kali"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...