Calon pandai mengampu ditolak - Khairy
PULAU PINANG 7 Dis. - Calon Pergerakan Pemuda UMNO untuk pilihan raya umum akan datang perlu terdiri dalam kalangan mereka yang diterima rakyat serta mempunyai kemahiran, bukan individu yang hanya tahu mengampu.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin memberitahu, calon berpotensi yang sedang dikenal pasti juga tidak semestinya memegang jawatan tinggi atau perlu mengikut hierarki tetapi yang mampu 'mencuit' hati rakyat.
Pemuda kini sedang mengenal pasti calon yang kita boleh ketengahkan dan orang itu bukan hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin sahaja. Kita sedang cari mereka betul-betul bekerja dan mempunyai keperibadian yang boleh diterima rakyat.
"Antara sifatnya merendah diri, senang bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan ada intelek selain tahu mengaplikasi laman-laman sosial seperti Facebook kerana itu antara cara untuk raih sokongan orang muda," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Baca seterusnya Utusan Online
Nampaknya Khairy Jamaluddin telah sedar dan insaf bahawa perjuangan UMNO bukanlah sesuatu yang boleh di pandang ringan.
Kenyataan DS Najib untuk mewujudkan mekanisme khusus pemilihan calon bagi menggantikan pemilihan yang dibuat oleh parti komponen atau presiden sebelum ini, memberi tamparan yang amat kuat kemukanya. Dengan kata lain, budaya pemilihan yang diamalkan oleh Khairy dan Pak Lah semasa PRU ke-12 yang lalu telah menjahanamakan perjuangan murni UMNO untuk agama, bangsa dan tanahair tercinta. Pasti Najib dan kita semua tidak mahu perkara ini berulang lagi.
Seluruh ahli dan pemimpin UMNO serta rakyat Malaysia sedia maklum bahawa sejarah hitam yang diukir oleh Khairy semasa Pak Lah menerajui UMNO dan BN, tidak akan dapat dilupakan sama sekali.
Sikap gelojoh, biadap, konspirator dan perasuah yang dikatakan menjadi amalannya untuk menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tidak dapat diterima sama sekali oleh ahli-ahli dan pemimpin UMNO yang setia dan ikhlas pada perjuangan yang tulen.
Khairy dilihat menjadi Ketua Pemuda yang kalah. Beliau hanya menang dengan 2/3 menolaknya. Kerana itu Pergerakan Pemuda UMNO kini dilihat terencat pertumbuhannya dan kehadiran Khairy dalam UMNO tidak memberi apa-apa makna melainkan hanya sebagai benih kehancuran yang ditanam oleh Pak Lah dalam tubuh UMNO.
Kita berharap Khairy faham apa yang dikatakannya dan nasihat yang diberikan kepada anggota pemuda adalah sebagai peringatan kepada dirinya yang kini tidak diperlukan lagi dalam perjuangan UMNO.
Ramai ahli-ahli pemuda yang menunaikan haji pada tahun ini mengaku memanjatkan doa semoga pergerakan Pemuda UMNO dikembalikan kegemilangannya dan mohon watak-watak seperti Khairy tidak ada dalam perjuangan UMNO.
Amin ya rabbal alamin.