Followers

Friday, September 3, 2010

KJ: GAGAL DAN TIDAK DIPERLUKAN OLEH UMNO


Pemimpin dan Ahli UMNO perlu fokus kepada perjuangan.
Jangan nak buang masa lagi.
Kuasa politik Melayu sudah berada di hujung tanduk.
Salah percaturan dan silap strategi, boleh lingkup.
Kaum China sudah nekad tak mahu Melayu berkuasa lebih 2/3.
Kemaraan mereka untuk melenyapkan Perlembagaan sekarang semakin menjadi kenyataan.

Tumpu pada perjuangan...
Tumpu pada perjuangan!!

UMNO-BN yang kerja kuat selama ini..
Mengapa DAP racist yang bakal kaut untung?

Jangan buang masa, dan berwaspadalah dengan budak ini.

Sumber:  http://www.mykmu.net/?p=1379

KJ gagal sepenuhnya sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Kapten Hussein, Tun Abdul Razak dan Tun Sardon. Nama-nama inilah yang menjadi pencetus kepada penubuhan penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Nama-nama ini telah mendapat mandat dari seluruh pemuda Melayu dari segenap ceruk rantau untuk mengetui sebuah sayap UMNO yang kemudiannya digeruni kawan dan lawan. Ketiga-tiga mantan Ketua Pemuda UMNO inilah yang memulakan era kegemilangan Pemuda UMNO untuk bertindak sebagai “kumpulan pendesak” dipersada politik negara. Mungkin KJ tidak kenal mereka ini dan tidak tahu menahu tentang sejarah tokoh Pemuda UMNO terbilang ini. Maklumlah, tokoh bertiga ini hanya menyandang jawatan KJ di zaman sebelum Malaya merdeka.


Kemudian, nama-nama seperti Tan Sri Senu Abdul Rahman, Dato’ Harun Idris, Tan Sri Jaafar Albar, Dato’ Suhaimi Kamaruddin, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (sekarang lebih dikenali sebagai “si kitul” atau “al-jub”), Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussien. Nama-nama ini mewarnai kem Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selepas era menuntut kemerdekaan.


Nama-nama yang penulis sebut di atas begitu signifikan dan berkesan sekali di era kepimpinan masing-masing mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, benteng keras yang menjadi faktor pendesak yang jitu. Begitu kukuh, ditakuti, disegani dan dihormati oleh semua golongan sama ada pihak Barisan Nasional (Perikatan) ataupun pihak pembangkang.


Sejarah dan fakta membuktikan kemahuan yang ditonjolkan sebagai kumpulan “pendesak”. Pemuda UMNO ketika itu tidak takut getir payah untuk muncul sebagai pendesak utama dalam pelbagai isu. Kerajaan juga selalu “pening kepala” akibat tindakan dan desakan Pemuda UMNO ini dahulu. Adakalanya Pemuda UMNO “menang” dan adakalanya Pemuda terpaksa akur dengan keputusan kerajaan. Itu pun setelah puas diyakinkan oleh pihak kerajaan, barulah mereka mengalah. Jika tidak, jangan harap mereka mengundur langkah. Kuda-kuda Pemuda UMNO ketika itu kukuh terpasak di bumi betuah ini.


KJ mungkin tidak pernah tahu sejarah Pemuda UMNO Malaysia. KJ mungkin tidak tahu bahawa slogan “hidup Melayu” pernah berjaya diubah oleh Pemuda UMNO kepada slogan “Merdeka!”. Mungkin KJ tidak tahu bagaimana Tan Sri Senu mendesak agar “sahabat baik” KJ iaitu Lee Kuan Yew diambil tindakan oleh Tunku Abdul Rahman. KJ mungkin tidak pernah mahu ambil tahu tentang Dato’ Harun Idris yang berani masuk penjara demi memelihara maruah bangsa Melayu suatu ketika dahulu. KJ mungkin tidak tahu bahawa Dato’ Harunlah yang bertanggungjawab memujuk “musuh politik”nya, Tun Dr. Mahathir, untuk kembali menyertai UMNO.


Pernahkah KJ mendengar tentang “Pemuda Kumpulan Halia” yang diilhamkan oleh Tan Sri Syed Jaafar Albar? Tahukah KJ bahawa Syed Jaafar Albar ini pernah membuktikan pembabitan beberapa tokoh politik pro kerajaan yang terlibat dengan fahaman Komunis? Kenalkah KJ kepada Dato’ Suhaimi Kamaruddin? Dato’ Suhaimi pernah menjawat Timbalan Menteri Pertanian dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Namun, Dato’ Suhaimi ini hanyalah seorang individu yang “low profile” berbanding KJ yang gah dengan T-shirt ketat berjenama mahal “ala-ala metroseksual”nya. Manalah KJ kenal orang yang tidak se”glamour” dirinya!


Ya! Tentu KJ kenal benar dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan “mentor”nya. Pemuda UMNO dibawah Anwar, tidak kurang hebatnya. Dengan jolokan “anak emas” kepada Tun Dr. Mahathir ketika itu, Anwar sangat berjaya dalam mendominasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. “Pemuda Era Wawasan” di zaman Anwar berjaya mengungguli pelbagai isu terutamanya isu-isu semasa. Teruk juga PAS dan DAP di”belasah” Anwar!


Kemudian ialah giliran Dato’ Seri Najib Tun Razak pula mengambil alih kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Tidak dapat dipertikaikan, kehebatan Dato’ Seri Najib mengetuai kepimpinan Pemuda UMNO jauh lebih hebat lagi dari Anwar. Jika tidak, masakan kini Dato’ Seri Najib berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 berbanding Anwar yang terus berangan-angan! Slogan “Pemuda Berakar Teguh Berakal Canggih” begitu kena dengan era kepimpinan Najib di mana beliau memperkenalkan “Wira Waja” dan “Majlis Dialog Malindo”. Tahukah KJ tentang semua ini?R


ahim Tamby Chik mengambil alih jawatan Ketua Pemuda UMNO ketika Pemuda UMNO berada ditahap yang cukup membanggakan bangsa Melayu. Namun, di atas satu insiden yang membabitkan tuduhan peribadi kepada Rahim Tamby Chik, maka secara “gentleman”, beliau mengundur diri. Lalu kekosongan jawatan itu diambil pula oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi. Zahid ketika itu juga agak vokal. Zahid aktif menangkis dan menyerang Lee Kuan Yew yang menuduh negeri Johor dengan pusat jenayah yang mengancam Singapura. Namun, selepas Anwar dipecat dari UMNO dan Kerajaan, Zahid Hamidi membuat keputusan untuk meletak jawatannya. Mungkin sebagai tanda protesnya terhadap insiden pemecatan itu. Namun begitulah prinsip pegangan seorang Pemuda Melayu, hatinya keras dan utuh dengan kepercayaannya. Zahid akhirnya akur dengan kegiatan “gelap” Anwar dan mula “memutihkan” kembali hatinya yang kelam memakan budi seorang “peliwat”!


Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussien telah menjadi Ketua Pemuda UMNO yang ke-12, selepas Zahid Hamidi. Ketika ini, Pemuda UMNO Malaysia kelihatan agak “goyah” dengan insiden “cium keris, minta maaf”. Pemuda UMNO Malaysia di zaman Hisyamuddin agak “lembik” dan imej sebagai “pendesak” agak tergugat. Tindakan Hisyamuddin mencium keris dan kemudiannya “meminta maaf” sukar dimaafkan oleh pemuda Melayu dan majoriti bangsa Melayu. Salahkah mencium keris di majlis sendiri? Lainlah jika menghunus keris dan mengamuk di Petaling Street!


Dan..tibalah saat KJ mengambil alih Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO disambut dengan gemuruh sorakan padu yang menjerit “KJ..rasuah! KJ..rasuah! KJ..rasuah!”. Masih terngiang-ngiang sorakan “gembira” itu ditelinga penulis. Terdahulunya, imej KJ di mata akar umbi begitu “suci” sekali. Pencalonan di peringkat bahagian membuktikan bahawa KJ bukanlah pilihan akar umbi. Namun dengan kuasa Allah, suara akar umbi itu telah dikhianati oleh perwakilan mereka sendiri dengan sumber kewangan dari KJ yang melimpah ruah sehingga ke Sabah! Akibat timbunan wang yang mampu ”menggelapkan mata” perwakilan, maka KJ menang. Walaupun KJ di dapati bersalah, namun dia terlepas. Mungkin kerana status “menantu”nya kepada Presiden yang sedang “tidur” di atas pentas Perhimpunan!


Apa yang hebatnya Pemuda UMNO di era kepimpinan KJ ini? KJ menang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, namun dia tidak dilantik menganggotai kabinet kerajaan. Malah “yang kalah” pula yang dilantik? Kenapa KJ diperlakukan sedemikian? Dimana silapnya? Tentu KJ menggunakan modal “kasihanilah dirinya” dan menjaja diri dari satu negeri ke satu negeri. KJ juga pernah ditempelak dan didesak oleh exco-exconya untuk meletak jawatan. Kenapa jadi begitu? Bukankah KJ begitu “besar” di mata Pak Lah mantan PM itu meletak jawatan dan meneruskan “mimpi indah”nya?


Jawapannya ada pada KJ sendiri. Tepuk dada, tanya sejarah dirinya sendiri. Siapa KJ sebelum Pak Lah menjadi PM? Apa pula yang dibuat oleh KJ ketika menjawat jawatan Pegawai Khas kepada Pak Lah? Apa yang terjadi kepada ECM Libra? Siapa mentornya? Kenapa sikapnya begitu kurang ajar sekali kepada Tun Dr. Mahathir? Berapa billion RM yang telah di”rompak” dari Kerajaan dan rakyat? Bagaimana KJ memeras kontraktor bumiputera kelas F? Bagaimana “takbur”nya yang mengidam mahu menjadi Perdana Menteri seawal usia 40 tahun? Dan yang paling besar, bagaimana aksinya sebagai di antara faktor utama kekalahan Barisan Nasional pada PRU-12 yang lalu? Semuanya KJ kena tanya dirinya.


Apakah pencapaian KJ sebagai Ketua Pemuda yang boleh dibanggakan olah bangsa Melayu. Apa isu yang dijuarainya selain dari meniru budaya Anwar Ibrahim yang berkejaran berdemo ke sana ke mari. KJ menggelar orang lain sebagai “beruk”, sedangkan dirinya sendiri bersifat lebih teruk dari “beruk”. Cuba senaraikan apa jasanya kepada bangsa Melayu yang semakin merempat di bumi sendiri. Ketika Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini di “serang” secara subversif oleh bangsa bukan bumiputera, dimanakah Khairi Jamaluddin bin Abu Bakar?


KJ sepatutnya belajar dari pengalaman mantan-mantan Ketua Pemuda sebelumnya. KJ sepatutnya menghayati semangat Melayu yang sepatutnya mengalir dalam darahnya. KJ bagaikan seorang Ketua Pemuda yang “tidak pernah tumbuh gigi”, apatah lagi mahu bertaring! Sebaliknya, KJ lebih selesa terperuk dibawah celah ketiak “omak”nya. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bagaikan “lumpuh” sepenuhnya di semua negeri. Pemuda Melayu bagai kehilangan arah dan mula memilih untuk menyertai parti pembangkang yang lebih aggresif walaupun mereka yang bermodalkan “penipuan demi penipuan” terhadap rakyat. Entah dimana letaknya “otak Oxford”nya itu? Yang boleh di ambil kesimpulannya ialah “Khairy Jamaludin gagal dalam peranannya sebagai Ketua Pergerakan UMNO Malaysia”. KJ yang paling lembik dan harus meletak jawatan segera jika punya “harga diri”. KJ menang Ketua Pemuda, namun kalah dalam serba serbi yang lain. Noktah!

NAJIB...Jangan buang masa dengan budak ini.
Gelojoh dan memiliki sifat2 Nuar Berahim.
Jangan ada Nuar Berahim kedua dlm UMNO.
Pemuda UMNO...Bangun...Bangun...
Bangunlah sebagai pahlwan bangsamu!!

Thursday, September 2, 2010

Khairy: Ibarat Melukut Tepi Gantang

Zaman-zaman dulu, orang kita yang berbendang di kampung-kampung, atau lebih baik disebut orang kampung (selama ini aset kepada perjuangan murni UMNO), apabila mereka menampi beras, maka akan ada beras yang tidak bernas. Apabila beras dituang ke dalam gantang (bekas) maka beras yang tidak bernas itu ada yang tidak memasuki gantang. Terjatuh bersepah di atas lantai di sekeliling gantang, dan itulah dinamakan "melukut di tepi gantang". Beras jenis ini tidak dipedulikan. Sekiranya banyak, diambil penyapu, lalu disapu ke celah-celah lantai, dibuang ke tanah.

Bila orang tua-tua kata "melukut di tepi gantang" maknanya "masuk tak menambah, keluar tak mengurang"

bacalah seterusnya:
http://parpukari.blogspot.com/2010/09/panas-berapi-si-kitol-kini-bergelar-pak.html

Setelah beberapa hari isu Namewee hangat diperkatakan oleh banyak pihak maka barulah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut bersuara. Dia mahu supaya orang Melayu bertindak tegas dan bersatu padu memastikan tidak ada individu seperti Wee Meng Hee menghina Melayu.

Sepatutnya Khairylah yang mendahului semua orang untuk bersuara keras dan tegas dalam soal ini tetapi nampaknya dia hanya berkemampuan menjadi Pak Turut sahaja.Sebannya dia takut tidak popular di kalangan orang Cina.

Akhir akhir ini nampak seperti ada usaha untuk memulehkan dirinya dengan bantuan media tetapi dengan stratiji dan perhetongannya yang selalu silap maka dia tidak mungkin akan berjaya.

Kesilapan besar terbaru yang dilakukannya adalah dengan menyatakan kesediaan untuk keluar dari UMNO jika PERKASA diterima oleh UMNO. Tujuannya adalah untuk memulihkan imejnya di kalangan orang Cina kerana kenyatannya yang silap dalam soal keris dan kerana orang Cina tahu dia membuat wang yang sangat besar dalam masa yang sangat singkat.D

ia tidak sedar bahawa Perkasa adalah menggantikan Pas sebagai pressure group terhadap UMNO dalam soal Melayu.Pas sekarang sudah jadi alat Cina.

Khairy tidak nampak bahawa pada umumnya Melayu termasuk dalam UMNO lebih bersedia untuk menerima Perkasa dari menerimanya.

Orang Melayu tidak akan lupa bahawa Khairy dan Kalimullah (NST)adalah pencita Western Liberalism yang bertanggungjawab dalam mempengaruhi bapa mertuanya Abdullah Badawi untuk merongkaikan asas asas perpaduan yang diletakan oleh Tun Razak. Merekalah yang bertanggungjawab memberikan demokrasi baru kepada Malaysia dengan tujuan untuk menunjukan kepada rakyat bahawa zaman Mahathir adalah zaman diktator, zaman authoritarian dan zaman penekanan.

Kekacauan fikiran dan kekeliruan rakyat yang sedang mengancam Kontrak Sosial dan kestabilan negara sekarang adalah akibat dari demokrasi baru itu.Ini adalah suatu trajidi paling buruk dalam sejarah negara yang sedang berkembang dengan mantap kehadapan.

Khairy juga menjadi penasihat dalam pemilihan calon calon UMNO dalam pilihanraya 2008yang menyebabkan merudumnya sokongan kepada UMNO dibanyak kawasan kerana Khairy menggantikan dengan pemimpin pemimpin muda yang diharap akan menyokongnya ke tangga menjadi Perdana Menteri paling muda.

Apabila dia menyatakan hendak keluar dari UMNO maka banyak orang mengatakan: Keluar! Keluar! dan Keluar!. Tidak ada suara yang mengatakan jangan.

Hanya pemuda pemuda UMNO yang bergantung kepada poketnya yang akan terus bergantung kepadanhya.

Silap perhetongan jika Presiden UMNO Datuk Najib mahu membantu memperomokan semula Ketua Pemuda ini kerana kemenangannya pun bukan atas popularinya sendiri.


Maharaja Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...