Followers

Friday, August 13, 2010

Khairy Jamaludin: Mengapa Senyap?

Kalau adapun jasa Pak Lah, hanyalah kerana berjaya meninggalkan Khairy Jamaludin untuk terus menjahanamkan UMNO dan negara.

Orang-orang Melayu sedang menghadapi masalah survival. Samada mampu atau tidak untuk mengekalkan kuasa politik, terpulanglah kepada kesedaran dan tindakan yang bakal diambil.

Pengkhianat-pengkhianat sedang dan terus bermaharajalela. Segala strategi yang diatur dan dilaksanakan oleh politikus murahan PAS, PKR dan DAP, nampaknya semakin berjaya melemahkan dan mempercepatkan keruntuhan kuasa politik Melayu yang selama ini menjadi teras kejayaan hidup bersama pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Kita masih belum nampak keberkesanan dan arah tuju kepimpinan UMNO, selain dari menumpang kerja-kerja agensi kerajaan.

Harapan kita bahawa PRU 13 akan mengekalkan keruntuhan kuasa politik Melayu yang sememangnya telah kalah apabila dinafikan majoriti dua pertiga untuk selama-lamanya, agar tidak menjadi lebih buruk lagi.

Teruslah membaca posting rakan kita:
http://maharajablogger.blogspot.com/
JUTAWAN AIR ASIA CEMARKAN NAMA ABDULLAH BADAWI

Thursday, July 22, 2010


Jaringan Melayu Malaysia(JMM) tidak semestinya merasa terancam dengan penapian seorang wartawan yang bertukar menjadi jutawan Kalimullah Hassan bahawa dia tidak terlibat dalam apa juga cara dengan Malaysian Insider.


Penapian ini adalah suatu pembohongan dan penghinaan terhadap rakan rakan perofesionalnya terutama di kalangan kaum wartawan yang terkemuka di Malaysia. Semua orang tahu bahawa dia pandai membaling batu sembunyi tangan.Dia amat profesional dalam hal ini.


Ini termasuklah dalam dakwaannya bahwa dia tidak mendapat sebarang kontrak kerajaan Malaysia sepanjang hidupnya. Mungkin dia bukan pemegang saham VPI International tetapi apakah dia bukan pelobi kepada pihak yang memegang sahamnya dan apakah dia tidak mendapat faedah satu sen pun?.


Salah laku orang ini terhadap kepimpinan negara dan kepada bangsa dan negara ini adalah terlalu besar untuk dimaafkan dan mesti didedahkan habis habisan.Dia adalah traitor negara yang telah menjijak dasar dasar negara ini dengan berkonspirasi dengan seorang paria dan juga orang tingkat empat yang dicucuk hidung mereka.


Bahawa dia menapikan pernah mendapat kontrak kerajaan dalam seumur hidupnya adalah menandakan betapa tidak berterima kasihnya kepada negara ini.Dia kayaraya dengan menjadi alat pelobi kepada konglomerat besar, kepada Air Asia dan juga lain lain dan sekrang dia menapikan semua ini secara profesional. Berapa ramai profesional negara yang membohongi rakyat? Mereka menggunakan perkataan profesional untuk menyembunyikan penipuan dan pembohongan.


JMM mesti meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Khairi Jamaluddin untuk bersumpah dengan Quran bahawa dia berkonspirasi dengan Kalimullah dalam perancangan politik dan perancangan perniagaan di zaman Abdullah Badawi berkuasa?. Apakah seorang PARIA dari NST yang bernama Brendanparia tidak berkonspirasi untuk menjalankan dasar Malaysian Malaysia?.


Dia juga yang mengajar Khairi membawa pasport kepada Anwar Ibrahim sebaik sahaja dibebaskan untuk berubat keluar negara dengan meyakinkan Khairi bahawa dia akan popular dengan perbuatan itu di kalangan UMNO sebaliknya Khairi telah di maki hamun oleh ahli ahli UMNO.Di sini bermulanya hakisan keyakinan UMNO kepada Abdullah.


Dia juga yang menasihatkan Datuk Hishamuddin (Sekarang Menteri Dalam Negeri) supaya meminta maaf kepada rakyat kerana mengangkat keris yang kemudiannya permintaan maaf ini dijadikannya bahan berita dan bahan rencana pengarang muka satu NST dan Berita Harian( ditulis oleh Kalimullah sendiri) untuk mengkeritik Hishamuddin sebagai turut bertanggungjawab menyebabkan Tsunami 2008.


Kalimullah memainkan isu isu yang menimbulkan kemarahan orang Melayu menerusi NST dalam soal Mahathir, agama Islam dan DEB disamping membesarkan berita mengenai ketidak adilan kepada masyarakat India dan juga agama lain.


Selepas Anwar dibebaskan, Kalimullah telah menulis sebuah rencana dalam NST supaya orang Melayu memaafkan Anwar dan melupakan sengketa dahulu ,membuang yang keroh dan mengambil yang jernih. Dia mahu Abdullah Badawi berbaik baik semula dengan Anwar. Rencana itu dalam ada dalam simpanan blogger ini disamping lain lain keratan memburukan Mahathir,menyentoh kesucian Islam dan memprovokasi umat Islam di negara ini.


Sesiapapun jangan takut kepada ugutan orang ini yang buktinya sangat banyak untuk ditunjukan sebagai pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara. Jangan membiarkan dia bersembunyi disebalik kata kata profesional. Dia mesti ditelanjangkan habis habisan dengan apa cara sekalipun.


JMM jangan takut dan gentar untuk terus kehadapan mendedahkan segala galanya. Ajar orang ini supaya dia sedar bahawa tidak semua orang bodoh. Jangan biar dia berfikir bahawa dengan wang dia akan dapt mengancam ,mengugut dan memperkecilkan daya berfikir semua manusia.


Tanyalah kekotoran dan kenajisan manusia ini pada Rocky, Datuk Kadir Yassan dan lain lain yang dimusuhi dan yang mahu dihancurkannya.


Dia berfikir dia boleh menjadi King Maker untuk menjadikan Abdullah Badawi lebih besar dan lebih hebat imejnya dari Mahathir dan malangnya perbuatannya lebih banyak mencemarkan nama Abdullah Badawi sebagai seorang manusia yang jujur dan lurus.


Ingat bagaimana Abdullah Badawi pada saart akhir kariernya sebagai perdana dipertemukan dengan Anwar Ibahim disuatu Majlis Ulama palsu?


Abdullah Badawi juga dimalukan dengan berita kunonnya Brunei mahu menyerahkan Lembang kepada Malaysia seolah olah beliau akan meninggalkan suatu jasa yang sangat besar.Tetapi berita ini dinapikan kemudiannya. Kerja siapakah ini? Apakah Khairi tidak tahu dan Kalimullah tidak tahu.


Tidak ada negara dalam dunia yang akan membiarklan penderhaka seperti ini terus bermaharajalela mencemarkan negara dengan berselindong disebalik aksi dan kata kata profesional.
 posted by Maharaja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...