Followers

Tuesday, April 13, 2010

PRK HS: Khairy Kata..kalau nak vitamin..jumpa saya


Wanita MCA Yang Berani Melepaskan Jawatan Walaupun Disayangi Ahli Parti dan Tidak Ditekan Oleh Mana-mana Pihak

SECEBIS KISAH DARI PRK HULU SELANGOR

Perkara pertama yang Penulis ingin sentuh ialah mengenai budaya sogokan yang digunapakai oleh Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pemuda BN, khususnya dalam kempen PRK Hulu Selangor.

Dalam satu ceramah, (rujuk video clips yang disiarkan dlm blog rasmi Pemuda UMNO Malaysia) dengan bangga dan sombongnya, Khairy mengumumkan secara terbuka di dalam majlis ceramah pemuda BN di Hulu Selangor:

"....Saya sebagai pengerusi Pemuda BN, saya datang sini janji, kita akan jaga, tuan-tuan buat kerja kuat-kuat, kerja keras, saya ada di sini akan bantu, kalau perlu vitamin datang jumpa saya..Petikan Ucapan Khairy di Hulu Selangor

Itulah Khairy Jamaludin. Bergerak atas dasar sogokan. Di mana-manapun itulah amalannya. Itulah kebolehannya. Dan paling menarik intonasi, gesture dan posture public speakingnya hampir menyamai lakonlayar Nuar Brahim.

Kita faham bahawa peruntukan pengurusan memang diperlukan dalam setiap aktiviti parti. Apatah lagi ketika menghadapi pilihanraya kecil, tentulah peruntukan yang lebih harus disediakan.

Selama ini kita urus hal ini secara dalaman, teratur dan penuh tanggungjawab. Belum pernah kita gunakan peruntukan wang poengurusan ini sebagai janji untuk mendapatkan kerjasama dan komitmen jentera parti. Tapi Khairy nampaknya telah memulakan budaya negatif ini tanpa segan silu dan bertentangan dengan amalan parti selama ini.

Kerana itulah kita melihat betapa kurangnya sambutan daripada ahli-ahli dalam jentera pemuda di beberapa PRK sebelum ini. Sebabnya kerana faktor wang pengurusan dan "Wang (vitamin) Ketua Pemuda" dijadikan bahan sogokan. Apabila pemimpin pemuda menyogok barulah jentera bergerak. Sebenarnya pendekatan Khairy ini salah.

Saya percaya semua ahli pemuda sanggup turun dan memberi khidmat bakti secara ikhlas dan bertanggungjawab pada agama, bangsa dan tanahair. Peruntukan wang pengurusan memang perlu disediakan supaya semua agenda, aktiviti dan program tidak tersangkut di mana-mana. Tetapi bukan menjadikan wang pengurusan itu sebagai umpan supaya orang bekerja.."saya ada di sini...kalau nak vitamin...datang jumpa saya...

(Nota: semasa khairy menyebut perkara ini, ada beberapa orang pemuda yang bertepuk tangan dan bersorak "HIDUP KJ"..tetapi yang telah biasa dalam UMNO dan BN pasti menggeleng dan berkerut dahi)

Perkara kedua yang Penulis ingin sentuh adalah berkaitan dakwaan Khairy melalui petikan ucapannya ini:

….PRK HS ini bukan hanya membawa erti yang besar kepada rakyat Hulu Selangor, bawa erti yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Di isni menjadi titik tolak perubahan, turning point bagi Malaysia sama ada BN akan kembali menang dalam pilihanraya akan datang.

Beberapa bulan yang lepas kita melihat pilihanraya kecil di negeri saya di Negeri Sembilan Bagan Piang Port Dickson, dikatakan di situ titik perubahan turning point yang mengatakan BN sudah kembali kukuh dan sudah pulih daripada pilihanraya ke 12 2008.

Tapi saya nak bagi tahu saudara-saudara di Bagan Pinang hari itu di Negeri Sembilan walaupun di negeri saya, kawasan itu kawasan kita, wakil rakyat yang meninggal itu wakil rakyat BN, Bagan Pinang adalah kubu kuat BN.

Tetapi di Hulu Selangor lain tuan-tuan, ini bukan kawasan kita, parlimennya bukan kawasan kita, parlimennya dimenangi oleh Keadilan. Kalau kita pada 25 haribulan nanti berjaya menang di Hulu Selangor, isyarat kita hantar kepada rakyat Malaysia kita dapat sokongan daripada rakyat BN akan kembali pada pilihanraya akan datang.


Apabila Khairy mendakwa "..Hulu Selangor bukan kawasan kita.." ini membuktikan Kahiry adalah liability kepada UMNO/BN. Kata-kata yang keluar dari mulutnya boleh merosakkan momentum kempen secara sengaja. Analisanya tidak betul malah bercanggah sama sekali dan konsep kempen.

Perbandingannya antara Bagan Pinang dan Hulu Selangor adalah tidak benar. Kedua-duanya adalah sama iaitu "Kawasan KIta". Malah seluruh kawaasan pilihanraya di Malaysia adalah "Kawasan Kita"

Dengan mengatakan "bukan kawasan kita", Khairy menafikan kerja kuat UMNO-BN Hulu Selangor selama ini, turun temurun dari generasi ke generasi sehingga 3 DUN berada dalam tangan BN. Kejahilan Khairy dalam hal ini amat memalukan dan tidak dapat diterima. Itupun Parlimen Hulu Selangor terlepas dari BN akibat dari perbuatannya bersama Pak Lah dan kuncu-kuncunya yang telah diketahui oleh rakyat.

Yang ketiga Dakwaan Khairy bahawa PRK Hulu Selangor adalah turning point kepada pemulihan UMNO/BN adalah meleset dan tidak dapat diterima. Sebenarnya Turning Point telah berlaku semasa seluruh ahli UMNO dan rakyat bersepakat menolak Pak Lah berundur dari kepimpinan parti dan negara. Proses "turning" memang mengambil masa untuk bertemu dengan "point" kejayaan. Kerana itu dalam beberapa PRK yang diadakan, UMNO/BN dapat menguasainya perlahan-lahan termasuk prestasi yang ditunjukkan di Manik Urai dan Bagan Pinang.

Penulis benar-benar risau...sekiranya Khairy dibenarkan terus campur tangan dalam urusan PRK Hulu Selangor ini. Diharap pengarah pilihanraya memantau perkara ini dengan teliti. Tidak ada sebab Kahiry tidak boleh dihalang dari mencampuri urusan penting ini kerana jelas beliau tidak memiliki nilai-nilai perjuangan UMNO/BN tulen dan jauh sekali memahami apa yang dikatakan oleh DS Najib berkaitan "hati nurani rakyat".

Akhir sekali, perkataan yang paling mengeceewakan yang dilontarkan oleh Khairy dalam ucapannya ialah:

…kita minta calon itu mesra kepada orang muda.

Pada ketika ini didapati ramai penonton yang tergelak. Mungkin kerana teringatkan Khairy memang mesra dengan orang-orang muda melalui rasuah dan konspirasi setiakawan (ada blogger yang menamakannya "Setia Kat Wang")

Apapun kita bersamalah menjayakan semua program dan aktiviti UMNO/BN untuk menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor untuk menambah point-point yang sudah di turn di zaman Pak Lah dahulu.

Khairy masih kebudak-budakan yang hanya mampu terpekik terlolong sebagai cara mencari dan menarik perhatian sama ada diluar atau di dalam dewan parlimen. Peranan dan tanggungjawab UMNO/BN lebih besar dari menyediakan pentas untuk Khairy mempromosikan dirinya.

Selamat berjuang kepada Barisan Pemuda UMNO yang masih akhlas kepada pejuangan yang sebenar

Monday, April 12, 2010

Silap Mata Ku Li: Apa Pula Muslihat Khairy



Petikan Sumber: http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9645

Penulis menurunkan petikan daripada laman web rasmi Pemuda UMNO Malaysia ini, bukanlah berhasarat untuk melaga-lagakan exco pemuda atau sebarang niat lain. Pada pandangan Penulis ramai Exco Pemuda telah mula insaf, sedar dan berpijak pada realiti yang akhirnya menampakkan arah tumpuan adalah kepada perjuangan UMNO yang sebenar. Pencemaran yang telah berlaku nampaknya telah difahami dan pemuda pusat telah berani dan tegas membetulkannya sebelum terlambat.

Tujuan penulis memetik posting ini adalah untuk membuka minda kita semua terhadap bukti-bukti kelemahan semasa Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang meletakkan diri beliau tidak layak memimpin pemuda UMNO. Penulis tidak berhasrat menghalang beliau dari memegang jawatan dalam kepimpinan UMNO tetapi Penulis hanya berhasrat memelihara UMNO/BN daripada dicemari oleh watak-watak yang terbukti tidak diperlukan dalam perjuangan UMNO.

Dalam isu Ku Li dan royalti minyak Kelantan, sekali lagi beliau gagal dan membukti beliau tidak diperlukan dalam perjuangan UMNO.

UMNO, BN dan Kerajaan Malaysia tidak menghadapi apa-apa masalah dengan isu tersebut yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang yang sudah terdesak. Isu ini menjadi gempar sedikit apabila Ku Li Hero Gua Musang masuk campur sedangkan beliau adalah pemimpin UMNO. Cara dan langkah Ku Li itu menyebabkan seluruh ahli dan pemimpin UMNO/BN berasa tidak selesa dan menyampah. Jadi isunya di sini adalah sikap Ku Li itu sendiri dan bukannya tuntutan isu royalti sama ada dari sudut undang-undang atau dari sudut lain.

Tetapi Khairy yang mendakwa membawa suara Pemuda UMNO Malaysia beranggapan sebaliknya. Pandangan dan pendiriannya bercanggah dengan pendirian ahli dan pemimpin UMNO yang lain. Tindakan Ku Li itu tidak ada keperluannya kepada UMNO dan sepatutnya disergah oleh semua pihak. Tetapi Khairy gagal berbuat demikian.

Ku Li, sebagaimana anggapan ramai pemimpin UMNO sebagai sedang bermain silap mata, maka Khairy dilihat menyimpan muslihat yang tidak diperlukan oleh UMNO.

Sekarang kita sibuk untuk menghadapi PRK Hulu Selangor, kita juga amat risau sekiranya Khairy dibenarkan berceramah, pasti pemikiran songsang beliau akan merosakkan hujah-hujah kita untuk melawan pihak pembangkang. Agenda peribadi dan watak semulajadi beliau akan dibawa kemana-mana sedangkan kita tidak memerlukannya.

Kita akan terus memantau dan memberi pandangan supaya UMNO benar-benar dapat diselamatkan daripada unsur-unsur yang merosakkan hasil sumbangan watak-watak yang tidak diperlukan oleh UMNO/BN.

Terus membaca petikan berikut:

Tun Faisal Ismail Aziz

Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tentang Tengku Razaleigh Hamzah, Ku Li, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pemudanya YB Khairy Jamaluddin adalah mudah, iaitu;

Pertama, ia adalah berkaitan isu tuntutan hasil petroleum dan bukan mengenai Ku Li. Pendekatan Pemuda UMNO adalah untuk menerangkan bahawa dari segi tafsiran Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang seharusnya dibaca bersama Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969, yang menyebut bahawa negeri dalam Malaysia mempunyai hanya setakat 3 batu nautika diukur dari paras air surut.

Kedua, oleh kerana terdapat perbezaan tafsiran tentang peruntukan undang-undang ini, maka sewajarnya ia di bawa ke mahkamah agar penyelesaian dapat diputuskan.

Itu juga merupakan kehendak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Disebabkan itu Pemuda UMNO menyokong agar ia dibawa ke mahkamah.

Penulis bersetuju dengan pendirian Pemuda UMNO ini. Bagaimanapun secara peribadi penulis melihat isu ini melangkaui isu tuntutan hasil petroleum. Sebaliknya melihat dari sudut kerakusan pemimpin Pas Kelantan dan Ku Li untuk merebut penguasaan hasil petroleum ini, walaupun Kerajaan telah menjamin bahawa wang ini akan disalurkan kepada rakyat.

Ia adalah hak rakyat, bukan hak Ku Li, Nik Aziz Nik Mat dan kroni-kroni mereka. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Negeri Kelantan menghadapi krisis keyakinan yang parah dari segi urus tadbir melibatkan pengeluaran hasil balak yang tidak setimpal dengan pembangunan serta kemajuan negeri Kelantan.

Krisis keyakinan terhadap kerajaan Pas juga kritikal apabila Menteri Besar didakwa mengamalkan kronisme dan menerima tajaan untuk menunaikan ibadah Haji.

Kedua, dari segi sikap tidak berdisiplin yang dipamerkan oleh seorang pemimpin bahagian dan veteran. Sikap Ku Li yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden Parti menghairankan. Ku Li mendakwa setia kepada parti, tetapi tidak dibuktikan dengan perbuatan.

Tindakan Ku Li seolah-olah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat beliau. Beliau mungkin belajar dari pengalaman, bahawa jika beliau keluar parti, beliau akan menjadi tidak relevan dalam masa yang singkat.

Akhirnya dia terpaksa merangkak kembali kepada UMNO. Mungkin jika beliau dipecat, beliau boleh menjadi hero dan kisah beliau akan terus disensasikan seperti kisah Anwar Ibrahim.

Nampaknya Datuk Seri Najib dapat membaca tindakan Ku Li ini sejak awal lagi.

Ketiga, dari segi sikap khianat Ku Li terhadap parti dan negara. Dalam wawancaranya dengan Malaysian Insider, Ku Li telah berbohong dan memberi gambaran yang salah tentang Malaysia beberapa kali. Seolah-olah Ku Li mahu mensabotaj usaha Datuk Seri Najib memulihkan ekonomi negara dengan mewujudkan persepsi bahawa negara ini tidak selamat dan kacau bilau.

Perbualan twitter Ku Li dan Lim Kit Siang sungguh mencurigakan. Kit Siang dan Ku Li bukan tidak boleh menggunakan telefon dan SMS untuk berbual, tetapi memilih untuk menggunakan twitter.

Ia seolah-olah sengaja dilakon dan dihebahkan sebagai build-up kepada gerakan untuk menghidupkan kembali Gagasan Rakyat tajaan Ku Li semasa berada dalam Semangat 46 bersama-sama pemimpin DAP dan Pas.

Manifesto Gagasan Rakyat pada tahun 1990 yang tidak relevan, gagal dan sudah lapuk bertajuk`Save Malaysia'cuba dihidupkan semula oleh Kit Siang dan dilaungkan oleh Anwar Ibrahim.

Kenyataan Ku Li dalam wawancara Malaysian Insider dibaca ramai sebagai usaha memberikan gambaran buruk tentang negara sebagai justifikasi agar manifesto 'Save Malaysia'ini dapat dihidupkan.

Disebabkan itu penulis mempersoalkan kesetiaan Ku Li terhadap parti.

Dari segi track record, Ku Li pernah mengkhianati parti. Ku Li juga pernah bercakap bohong.

Kenyataannya tentang hak kerajaan Pusat untuk menentukan sama ada untuk memberi royalti atau wang ehsan pada 1 November 2000 seperti yang disiarkan oleh Bernama jelas bertentangan dengan kenyataannya di Stadium Sultan Mohamad keIV, Kota Baru pada 28 Januari 2010.

Kata beliau, pada 1 November, "semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung yang berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar wilayah mereka."

Apakah yang menghalang Ku Li untuk menipu untuk kesekian kalinya?

Bagi penulis mudah saja - "kesetiaan itu dibuktikan dengan perbuatan, bukan hanya dengan kata-kata". Perbuatan Ku Li menjolok mata!!!

* Kit Siang - jangan curi tagline saya - Selamatkan Malaysia!!! Kenapa tidak digunakan Middle Malaysia yang dah jadi macam Meddle Malaysia je?

PEMUDA UMNO MALAYSIA: Teruskan..Teruskan..


Tahniah kepada YB Datuk Razali daripada pemuda dan kepimpinan UMNO dan BN seluruh negara di atas peranan yang pantas dan jitu dalam menghadapi PRK Hulu Selangor.

Kita yakin YB Datuk bersama-sama pergerakan pemuda UMNO dan komponen BN yang lain akan berjaya menawan hati nurani pengundi Hulu Selangor. Kita juga yakin YB Datuk akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memberi kemenangan kepada BN tanpa sebarang niat untuk menonjol-nonjolkan atau membawa agenda diri sendiri.

Hulu Selangor, 12 Mac – Pengarah Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim mengingatkan seluruh jentera pergerakan itu agar menjadikan pilihan raya lalu sebagai pengajaran bagi mengelakkan sebarang pergaduhan dan insiden lain.

Menurut beliau, mereka tidak perlu melayani taktik kotor dan sebarang provokasi yang ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana tugas utama yang paling penting adalah mengesan pengundi khususnya pengundi muda.

“Kita tengok bagaimana pilihan raya DUN Bagan Pinang dan beberapa pilihan raya kecil lain yang cukup ketara dengan insiden pergaduhan dan sebab itulah saya mengingatkan jentera kita agar sentiasa berwaspada dan tidak terperangkap dengan jejak lawan.

“Kita berada di sini adalah untuk merayu pengundi bagi membantu kemenangan calon kita pada 25 April ini. Namun dalam politik, kesabaran ada had dan batasannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda selepas majlis ramah mesra dengan keluarga angkat di peti undi Kampung Air Jerneh, di sini, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 April ini sebagai hari penamaan calon dan 25 April depan sebagai hari pembuangan undi.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata, pergerakan itu akan bergerak dalam satu barisan dalam usaha memenangi hati para pengundi kelak.

“Saya telah pun berbincang dengan Pemuda parti komponen lain dan mereka sudah pun menyatakan komitmen untuk bergerak bersama-sama dalam satu saf. Insya Allah, kita yakin BN akan memperoleh kejayaan pada 25 April nanti,” katanya. -webPemuda

Sunday, April 11, 2010

Khairy: BERPUISI MERAYU PILU


Dipetik dari tepakbersulam.com
Kuala Lumpur, 5 April - Demi kemanusiaan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin serta Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama tokoh-tokoh korporat negara malam tadi mendeklamasi sajak pada Malam Puisi Korporat Prihatin 1Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) bertemakanKemanusiaan dan Prihatin Kepada Masyarakat itu berjaya mengumpulkan RM90,000 untuk membantu mereka yang memerlukan.

Rosmah mendeklamasikan puisi nukilan Rahman Shaari bertajuk Menapak Ke Puncak dan antara tokoh korporat lain yang bersama-sama mendeklamasikan puisi ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah; Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (M) Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly dan Presiden Universiti Teknologi Lim Kok Wing, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Lim Kok Wing.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut mendeklamasikan sajak yang turut menarik tumpuan penonton yang hadir.Rosmah dalam kata alu-aluan di dalam buku cenderamata berkata, puisi sebenarnya adalah suara kemanusiaan dan dari segi tema ia mendukung tema kekeluargaan, pendidikan serta percintaan yang kesemuanya ditunjangi oleh rasa kemanusiaan.


Sumber: http://www.tepakbersulam.com/2010/04/rosmah-dan-khairy-berdeklamasi-bantu.html#comment-form

Mengadakan acara baca sajak, deklamasi puisi, persembahan kebudayaan, teater dan sebagainya adalah digalakkan. Melaluinya kita dapat menanamkan berbagai-bagai nilai seperti kasih sayang, patriotime, semangat juang, keikhklasan serta banyak lagi nilai yang perlu disemai di dalam masyarakat.

Kerana itu acara-acara begini eloklah digiatkan oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan NGO melalui majlis-majlis amal seperti yang diusaha oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Tetapi sayangnya kebijaksanaan yang tersirat di sebalik keindahan majlis tersebut tercemar apabila ia dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Pada ketika Pergerakan Pemuda UMNO dilihat sebagai amat lemah (kecuali yang terus gigih berkerja), tidak berupaya membawa aspirasi UMNO, tidak mampu menterjemah wawasan Presiden dan gagal memberi sumbangan kepada keutuhan parti, tetapi Ketua Pemudanya dilihat hanya mampu menyurung muka merayu pilu untuk diterima kembali.

Kita tidak mengganggu hak YB Haji Khairy berpuisi tetapi kita melihat beliau hanya mampu membuktikan kegagalannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kepada barisan pemuda UMNO yang lain di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan, diharapkan terus memberi sumbangan kepada parti dan BN kerana itulah sebenarnya peranan pemuda dalam parti. Bukan menonjolkan diri dengan terus merayu pilu yang tak berkesuahan.

KHAIRY: PEMBANGKANG BERMASALAH Jika Anwar Terus Jadi Ketua Pembangkang



Dari: http://senapang-patah.blogspot.com/

Khairy berkata:

"Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) yang diketuai oleh ketuanya Jamaludin Gulamhan, di sini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata pengekalan itu juga jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang tidak mempunyai pelan kepimpinan seterusnya dan hanya bergantung kepada Anwar.

"Rentak mereka dah jadi teruk dan tidak ada pelan kepimpinan pula, maka saya percaya ini tidak akan memberi keyakinan kepada rakyat," katanya.


Perkembangan dan kekuatan politik Pemuda UMNO Malaysia tidak terletak pada kata-kata dan kupasan-kupasan-kupasan yang nampak macam hebat. Apatah lagi jika kata-kata itu sendiri berpatah balik menghentam ke arah muka sendiri.

Kepimpinan UMNO memerlukan pemuda yang bertenaga, bekerja menguatkan parti dan bukannya retorik sepanjang jalan. Misalnya, Perdana Menteri sendiri sebagai pemimpin, mempunyai pelan kepimpinan yang memandu arah pergerakan UMNO dan negara. Sebab itu DS Najib disenangi, disayangi bukan sahaja oleh UMNO tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun kita sedia maklum dalam negara demokrasi ini setiap orang bebas bercakap. Maka biarlah kalau ada orang yang nak bercakap. Pemimpin yang lain akan teruskan kerja senafas dengan kepimpinan parti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...