Followers

Wednesday, April 21, 2010

Air Mata Ayah Di Hulu Selangor


Kasih ibu membawa kesyurga
Kasih ayah rela berkorban

BAHTERA MERDEKA

Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putera puteri sayang, putera puteri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah semenanjung, tanah semenanjung
Permata nilam

Jiwa dan raga buktikan lah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putera puteri datang sujud bakti
Ingin menunaikan, ingin menunaikan
Sumpah dan janji


Kalau ibu masih ada, pasti linangan air mata pilu mengalir di kelopak mata tuanya.

Betapa tidak, anak jantan yang dilahirnya dahulu, putera yang menumpahkan darah dari rahim ke bumi tercinta ini, telah kembali sujud mengabdi diri, akur pada ajaran agamanya yang suci.

Putera itulah Dr Halili Rahmat.

PRK HS: Focus..Focus..Focus

Yb Datuk Razali Ibrahim

Hulu Selangor, 19 April – Pengarah Jentera Pilihan Raya Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim mengingatkan seluruh jentera BN agar tidak mengambil sikap selesa dengan pergolakan yang berlaku di dalam PKR sebaliknya terus memberikan tumpuan penuh kepada usaha menemui pengundi bagi mendapat sokongan mereka.

Kebijaksanaa Yb Datuk Razali menyerlah apabila beliau mengambil pendekatan "focus" menemui sebanyak mungkin pengundi. Beliau tidak terperangkap dengan kempen berduyun-duyun kesana kemari dengan deretan kenderaan hebat yang diiringi pelbagai saiz pemuda yang berkacamata hitam.

YB Datuk Razali amat menyedari bahawa kemenangan adalah terletak pada keputusan akhir pengundi untuk memberikan undi mereka. Final decision pengundi bukan terletak pada berapa panjang deretan kereta pemuda UMNO, berapa hitam cermin mata mereka, atau berapa kuat tempikan dalam ceramah umum yang dihadiri oleh audiens yang sama.

Pendekatan fokus yang dibawa oleh YB Datuk Razali amat berkesan kerana sangat bersahaja, mesra, dua hala dan penuh sentuhan semangat 1Malaysia.

Diharapkan YB Datuk Razali mempercepatkan agihan kumpulan-kumpulan pemuda yang pergi menemui pengundi di seluruh kawasan pilihanraya. Gerakkan Exco Pemuda dan pemimpin-pemimpin pemuda yang berwibawa untuk melaksanakan misi ini. Elakkan dari keinginan mengadakan majlis yang besar, yang nampak hebat, tetapi hanya dihadiri oleh orang yang sama.

Fokus kepada kemenangan, bukan menjana populariti diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...