Followers

Saturday, January 1, 2011

Khairy dan Rakan2 Telah Meninggalkan....


Khairy dan rakan-rakannya tidak ada option. Tidak semua perkara boleh dikuasainya

Terpaksah redho dan mnenerima dengan hati terbuka dan berpandangan jauh
Suka atau tak suka, terimalah ketentuan yang tidak dapat diubah lagi.

Khairy dan Rakan-rakan Setiakawannya telah meninggalkan Tahun 2010 dan bersama-sama dengan orang lain memasuki Tahun 2011. Jejak-jejaknya sudah tercatat dan tak boleh dipadam lagi.

Kita ucapkan selamat kepada Khairy dan Setiakawannya.
Kita yakin pemimpin-pemimpin pemuda yang lain akan terus mengendalikan parti dan ahli-ahli pemuda terus mara ke hadapan.

Kita yakin pemimpin-pemimpin pemuda yang lain akan menyemak daftar pemilih dan terus mendekati pengundi muda kita. Carilah dan dekali mereka walau dimana mereka berada. Jalankan program dan aktiviti walaupun tidak dihighlight melalui media massa. Motif kita adalah kejayaan bukan populariti peribadi.

Generasi muda ingin bersama kita. Ramai yang mahu menyertai kita kerana mereka percaya kita di atas track perjuangan yang benar dan berkeupayaan membawa negerasi muda maju ke hadapan. 

Teruskanlah wahai pemimpin-pemimpin penuda yang bersama DS Najib,  bersama UMNO bersama Barisan Nasional dan bersama Generasi Muda Rakyat Malaaysia.

anda juga meminati kisah NYONYA DAP?

Klik sini: Bahtera Merdeka



Bye Bye 2010, welcome 2011


Semoga tahun 2011 membawa rahmat kepada kita semua.

Daulah al-Watan mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 dengan azam yang lebih baik dari tahun 2010.

Sayangilah diri, keluarga, sahabat, jiran, masyarakat dan negara kita.

Friday, December 31, 2010

Apasal Khairy Benci Tun Mahathir

Tun: Kalau takdak angin masakan pokok bergoyang..
Khairy: Ada beruk tua yang goyangkan.

Setelah memilih untuk bersara, Tun Dr Mahathir tetap disayangi rakyat. Buah fikiran dan pandangannya masih ditunggu-tunggu oleh rakyat. Tun benar-benar berada dalam hati rakyat pelbagai bangsa dan agama, malah disayangi dan dikenang juga sehingga ke luar negara. 

Tetapi. apasal Khairy membenci Tun Dr Mahathir? Apa kesalahan Tun pada Khairy? Tun ada buat niaya Khairy ke?

Soalan ini sudah banyak kali ditanyakan oleh anak-anak muda kepada Daulah. Malas nak jawab sebab banyak kerja lain.

Tapi membiarkan soalan tanpa jawapan ibarat membiarkan pemandu berjalan tanpa peta. 

Daulah hanya nak terangkan sedikit jer apasal Khairy memilih untuk mengambil sikap membenci Tuan Mahathir.

  1. Khairy berhasrat nak angkat nama Pak Lah supaya menjadi nama besar dan terkenal di seluruh dunia. Malangnya Pak Lah tidak ada kemampuan memimpin sebuah parti yang sudah begitu establish. UMNO dan Malaysia sudah dibawa oleh Tun Mahathir dan disegani di peringkat antarabangsa. 
  2. Khairy nak cuba jadikan Pak Lah lebih popular dari Tun Mahathir. Malangnya populariti Tun Mahathir bukan dicapai secara dibuat-buat. Tun menjadi popular dari hasil kerja dan sumbangan baktinya kepada negara dan antarabangsa. 
  3. Khairy nak menghapuskan jasa bakti yang sudah dicipta oleh Tun Mahathir sepanjang 20 tahun beliau memperhambakan dirinya kepada agama, bangsa dan negara. Malangnya Khairy nak cuba delete jasa Tun dalam masa yang singkat supaya wajah Tun hilang serta merta dari minda rakyat Ma;laysia.
  4. Khairy mahu Pak Lah disayangi oleh rakyat melebihi dari rakyat sayang kepada Tun. Malangnya Tun tidak pernah memaksa rakysat berbilang bangsa dan agama menyayanginya. Tun menerima kesayangan rakyat secara natural dan genuine.
  5. Khairy mahu Tun mendiamkan diri. Biarlah Khairu membantu Pak Lah memerintah parti dan kerajaan. Malangnya Kahiry lupa bahawa parti dan kerajaan bukan kepunyaan keluarga Pak Lah.
Akhirnya, untuk menaikkan nama Pak Lah, Khairy terpaksa memilih sikap membenci Tun. Bermacam-macam cara, kaedah, dan medium digunakan. Maklumlah sudah ada kuasa sebagai Menantu Perdana Menteri.

Tetapi sokongan yang diberikan oleh Khairy kepada Pak Lah, ibarat sokong membawa rebah. UMNO punah-ranah dan kerajaan BN hilang 2/3 kerusi di Parlimen.

Kita berharap sikap buruk Khairy ini tidak menjadi ikutan mana-mana pemimpin UMNO yang sayangkan perjuangan parti untuk agama, bangsa dan negara.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...