Followers

Friday, February 18, 2011

KJ Pemuda BN tu dah pandai terjun...tapi nak mendarat kat mana?


Diam tak diam, KJ Pemuda BN tu dah pandai terjun.

Eloklah tu. Kita hidup atas muka bumi ni kena pandai banyak perkara. Pandai bercakap, pandai berkomuniaksi, pandai memimpin, pandai buat kerja dan segala macam kepandaian yang boleh membantu kita hidup tanpa masalah.

Kali ini kita mendengar berita KJ dah pandai terjun parachut. Bukan semua orang dapat peluang itu kalau tidak mendaftar sebagai tentera yang sah. Kecualilah mendaftar sebagai pasukan pertahanan awam atau belajar di syarikat swata dengan perbelanjaan sendiri.


Bila dapat tau KJ dah pandai terjun, Daulah berasa bangga. Sebabnya kemahiran tinggi macam ini eloklah ada pada setiap pemuda kita, walaupun tidak diwajibkan.

Dari sudut psikologi pula, penerjun memerlukan kemantapan psikologi dan persediaan mental dan fizikal yang tinggi. Tanpa kedua-dua unsur asas ini boleh menyebabkan  kecelakaan maut. 

Apabila penerjunan bermula, penerjun cuma ada masa beberapa saat. Masa dikira dalam hati dan selepas itu kekunci payung terjun ditarik dan payung akan kembang untuk mendarat. 

Sebab itu orang yang gagap tidak sesuai menjadi penerjun kerana dibimbabngi dia mengambil masa yang lebih panjang untuk mengira masa yang hanya beberapa saat sahaja kerana kegagapannya.

Bagaimanapun, Daulah amat memahami mengapa KJ memilih mengikuti latihan payung terjun.

Dalam perjuangan UMNO juga kadangkala wujud peristiwa pemimpin payung terjun. Maksudnya pemimpin yang diangkat dengan cara menurunkannya dari atas ke bawah. Walaupun orang ramai terkejut dengan kehadiran tiba-tiba, tetapi dengan cepat menerima maklum akan hal tersebut dan ambil sikap berdiam diri sahaja.

Sejarah politik KJ dalam Pergerakan Pemuda UMNO bermula dengan kaedah payung terjun. Dia mendarat dengan baik walaupun tidak terlatih menjadi penerjun. Akibatnya, walaupun selamat mendarat, tetapi KJ tak tahu nak buat apa kerana tempat dia mendarat sangat asing baginya. 

Di tempat KJ mendarat orang bercakap tentang Melayu, tapi KJ cakap tentang Malaysian. Orang bercakap tentang perubahan, KJ berminat pasal setiakawan. Orang bercakap tentang Islam, KJ kata valentine tak mengapa. Pendeka kata KJ menajdi orang asing di tempat pendaratan payung terjunnya itu.

Ringkaskan cerita, KJ mendarat di tempat yang salah. 

Daulah percaya, selepas KJ dah pandai dan ditauliahkan dengan sayap terjun, pastilah dia akan mula menjadi lebih cerdik dari dahulu. 

Pertama KJ akan menentukan bahawa persiapan yang rapi perlu dibuat sebelum mengambil keputusan untuk terjun.

Kedua menentukan di manakah dia perlu mendarat supaya usaha bersusah payah menggadai nyawa melakukan penerjuanan itu tidaklah sia-sia sahaja.

Ketiga, KJ akan pastikan tindakan penerjunan yang akan dilakukannya selepas ini tidak akan menyusahkan dirinya, keluarganya, dan masyarakat di tempat dia mendarat.

Daulah ingin nasihatkan KJ supaya mulalah dewasakan fikiran dan janganlah mendarat lagi di lapangan yang lama.  

Masih banyak lapangan lain yang lebih menjanjikan kemewahan tanpa menghancurkan agama, bangsa dan negara. Daulah pasti Kalimullah & Company amat bijak menyediakan tempat mendarat yang baru unjtuk KJ.


Baca juga berkaitan: Parpukari   GAP   Anakomak


Sunday, February 13, 2011

KJ: Sah Terkeluar Dari Sistem dan Kerangka Pemikiran UMNO


Cara KJ berfikir amat mudah. Tidak salah hanya masukkan arak ke dalam mulut asalkan tidak ditelan! Maka  maksiatpun tidak berlaku. Jadi apa salahnya?.

Kalau itu salah, maka kita juga kena haramkan amalan berkhatan, kerana jelas amalan itu meminda kejadian semulajadi ciptaan Tuhan.

Aduhai KJ...

KOTA BARU: Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has joined in the chorus hitting out at PAS Youth’s plan to play moral police on Valentine’s Day, saying that as long as people are not committing sin, it was all right to observe the special day.
He said: “Yes, I’ve given my wife flowers and taken her for dinner on Valentine’s Day before. Sometimes, we even get jiggy with it. I am still a Muslim,” said Khairy in one of his tweets message yesterday.
When asked why Muslims need to celebrate love and affection specifically on Valentine’s Day, Khairy said: “If people want to do it because they feel it’s a nice occasion, as long as they are not committing sin, why not? Of course you can do it anytime. That’s not the point.”
Khairy cynically said the annual Jan 1 public holiday should be banned as it signifies the start of the Gregorian calendar introduced by Pope Gregory.
Daulah mencadangkan KJ pergilah bertemu empat bijk mata dengan YAB DS Najib secepat mungkin. Tanya PM secara anak jantan samada PM suka atau tidak padanya lagi.

Kalau PM kata "suka", merayulah supaya PM mengubah kepada "tak suka".

Kalau PM kata "tak suka",  eloklah cepat-cepat buat kerja lain dan tinggalkan barisan kepimpinan UMNO, jadi ahli biasa sahaja dan duduk diam-diam bersama Kalimullah dll.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...