Followers

Friday, October 8, 2010

Perhimpunan Kesedaran dan Penyatuan Mutlak


Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, berkata: “Perhimpunan ini mesti mampu menyuburkan kesedaran mutlak untuk ahli dan pemimpin UMNO benar-benar bersetia, berbakti dan berkhidmat. UMNO mesti menyahut gagasan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’ Parti juga perlu mempertingkatkan perjuangan dalam pendidikan sebagai alat penyatuan dan menyuntik semangat nasionalisme yang tertinggi.

Dalam soal ekonomi Melayu, ia mesti diperkukuhkan dengan kerjasama tulen dalam mengejar pembangunan dan kesejahteraan secara adil serta menyeluruh.

Malangnya saranan yang amat baik ini tidak dapat dilaksanakan. Kemenangan Khairy dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekaligus merupakan kemusnahan yang meranapkan perjuangan pemuda UMNO.

Inilah akibatnya jika proses pemilihan untuk memilih pemimpin parti dikotori dengan budaya rasuah, perjanjian setiakawan, janji-janji habuan ekonomi dan perbuatan biadap kepada pemimpin veteran.

Kini setahun telah berlalu setelah Perhimpunan Agung UMNO menyuntik semangat baru tetapi tiada apa-apa yang berlaku kepada pergerakan pemuda. Malah semakin menjadi lesu, tidak bermaya, tidak ada arah tuju perjuangan dan menjadi liability pulak kepada UMNO.

Kita berharap perhimpunan kali ini akan menjadi titik tolak kepada nafas baru dalam perjuangan pemuda. Kita juga amat yakin barisan kepimpinan pemuda di peringkat pusat, negeri dan bahagian akan mengatur strategi perjuangan dengan memberi focus kepada menguatkan parti di samping menjamin kemenangan dalam PRU ke-13 nanti.

Tidak ada apa-apa yang akan dikenang di masa hadapan melainkan jasa bakti dan sumbangan ikhlas pemuda kepada UMNO, agama, bangsa dan tanahairnya..


Wednesday, October 6, 2010

Khairy Pembodek Yang Tak Ada Akal


Sumber:
Pemuda UMNO Tidak Cerdik oleh rbf Tuesday, October 5, 2010

Bernama hari ini melaporkan yang Pemuda Umno akan memberi penghargaan kepada bekas-bekas Ketua Pemuda mereka dan penghargaan akan disampaikan oleh PM pada jumaat ini.

Lama dah kita beritau. Khairy tak sesuai langsung melibatkan diri dengan perjuangan UMNO. Dia hanya sesuai berkonspirasi dengan Kalimullah, Brendon Pareirra dan lain-lain. Itupun zamannya sudah tamat sebab Pak Lah dah bergelar Tun.

Untuk menghadapi PRU-13, UMNO kena tambah pengundi. Sebahagian besar pengundi yang menentukan kemenangan datangnya dari generasi muda. Siapa yang paling layak menghampiri, bergaul dan menawan hati pengundi muda kalau bukan pemuda sendiri.

Berapa kali nak cakap perkara ini. Khairy memang sudah terkeluar dari senarai pemuda UMNO. Memanglah tidak boleh diharap lagi. Tetapi barisan Exco pemuda yang lain kenalah terus mengayuh bahtera pemuda ini. Biarlah Khairy terjun dengan labu-labunya. Atau pakat ramai-ramai tolak jer dia gedebum ke dalam air. Ringanlah sikit beban DS Najib, Muhyiddin dan parti.

Yang wajib atas tanggungan tak mau buat. Yang tak diperlukan pulak diutamakan sehingga perlu melibatkan YAB PM yang dah sedia sibuk banyak tugas penting.

Idea Khairy ini sangat memalukan. Bukan sahaja tidak patut dan tidak penting, malah bukan masanya ia diadakan. Inilah akibatnya apabila pemimpin dinaikkan buka kerana faktor kewibawaan, pemikiran dan wawasan yang jitu. Inilah padahnya jika dalam pergerakan pemuda sudah diresapi elemen rasuah, gelojoh, biadap, konspirasi dan tamak haloba.

Ada baiknya pemuda memusatkan pemikiran dan daya usaha mereka ke arah meningkatkan jumlah pengundi muda menyokong UMNO-BN. Kalau sokongan ini meningkat dengan ketara, dengan sendirinya pemuda dihargai, disayangi dan diberi pengiktirafan. Paling penting perjuangan pemuda UMNO akan dikenang sepanjang zaman.

Tetapi kalau hasrat pemuda nak membodek DS Najib, kerana salah seorang yang bakal menerima penghargaan itu adalah YAB PM sendiri, maka pemuda akan dilihat sebagai kaki bodek yang rendah akal kerana membodek tanpa menggunakan pemikiran intelektual.

Marilah kita berdoa supaya YAB PM tidak membuang masa dengan agenda bodek membodek ini.

 Anda juga meminati:

Tahap Pemikiran Khairy Lebih Kurang Otak Pas Kelantan

Tuesday, October 5, 2010

Khairy Secara Diam-diam berasa seronok Tun Dr Mahathir dihina


Apabila Tun Dr Mahathir sakit, seluruh rakyat malaysia menyatakan simpati dan turut mendoakan kesihatannya. Doa ikhlas dari orang ramai adalah kerana Tun merupakan negarawan ulung yang banyak jasa kepada negara dan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Berkat doa rakyat Malaysia, Tun kembali sihat. Ramai yang menitiskan air mata apabila mendapat tahu Tun sakit. Tetapi ramai juga yang menitiskan air mata kegembiraan apabila mendengar berita Tun kembali sihat. Begitulah kesan perasaan kasih sayang antara manusia yang dianugerahkan Allah.

Bagaimanapun terdapat juga manusia yang tidak mampu menghayati ajaran agama Islam yang maha suci ini. Bukan sahaja gagal menikmati betapa indahnya rasa kasih sayang yang sejati antara manusia, tetapi sebaliknya tunduk kepada bisikan jahat dan dendam kesumat yang tidak terkawal.

Contoh manusia dari golongan ini termasuklah YB Azmin Ali dari Parti PKR yang terang-terangan menghina Tun semasa beliau menerima rawatan di Australia. Mungkin kita boleh faham mengapa Azmin berkelakuan begitu. Azmin adalah pemimpin politik didikan Nuar Berahim. Sudah tentulah dia akan menggunakan apa sahaja isu yang boleh membantu menggembirakan taukehnya. Antara yang paling disukai oleh Nuar Berahim ialah apabila ada pihak yang menghina Tun Dr Mahathir dan juga pemimpin UMNO yang lain. Jadi Azmin akan berbuat apa sahaja yang disukai oleh Nuar Berahim.

Bagaimanapun kita kurang faham mengapa anak-anak muda penyokong Partai Islam Semalaysia juga menghina Tun Dr Mahathir semasa beliau sakit. Apakah kesalahan Tun kepada mereka. Tidak pernahkah terlintas sedikitpun dalam hati sanubari mereka bahawa perbuatan itu tidak selari dengan ajaran Islam. Atau sekurang-kurangnya berasa segan dengan pemimpin-pemimpin Pas yang saban hari bercakap tentang Islam. Perbuatan anak-anak muda hasil tarbiyyah Pas ini bukan sahaja memalukan umat Islam tetapi telah menyebabkan semakin ramai yang menolak parti tersebut di atas kesesatannya.

Kerana itu kita mendapati apabila Tun dihina, ada pihak yang terdiri daripada rakyat Malaysia terutamanya pemimpin UMNO akan mempertahankan Tun dan menyerang balas pihak-pihak yang biadap itu. Tidak sanggup membiarkan Tun dihina sedemikian rupa dan tidak sanggup anak bangsa sendiri yang seagama bertindak demikian.

Di sinilah kita mendapat bukti yang semakin nyata bahawa Khairy juga amat membenci Tun Dr Mahathir. Kalau dahulu Khairy terlalu lantang dan kurang ajar menyanggah Tun dengan berbagai gelaran yang tak sepatutnya, tetapi kini Khairy tidak berani lagi berbuat demikian.

Khairy hanya membiarkan sahaja budak-budak muda Pas menghina Tun Mahathir bekas Presiden UMNO yang banyak jasanya itu. Khairy tidak lagi seperti pemuda sebelum ini yang akan bangun melenting mempertahankan apa sahaja yang menyerang UMNO, samada organisasi atau pemimpinnya.

Benarlah seperti yang diperbualkan di merata-rata tempat di seluruh tanahair bahawa Khairy adalah species pemuda yang tidak diperlukan dalam UMNO. Bukan kerana namanya Khairy tetapi kerana dia telah membuktikan sikap biadap terhadap pemimpin UMNO, seorang yang rakus, konspirator, perasuah dan tidak boleh diharap dan dipercayai untuk mencampuri urusan perjuangan UMNO. Kerana itu ramai pihak yang tidak berasa pelik jika melihat Khairy hanya merayau-rayau dalam gelanggang UMNO tanpa tujuan dan tidak pulak diterima di mana-mana.

Alhamdulillah, Tun semakin sembuh.

Monday, October 4, 2010

Sdra Hishamudin Yahya

Tak tau la apa nak jadi pemuda kita ni. Takde strategi langsung!

Cuba kita hayati berita terbaru berkaitan DUN Galas ini.

Baca berita ini; sinarharian

Galas: Pemuda UMNO pastikan lebih 1,000 anggotanya balik mengundi


PARIT - Pergerakan Pemuda Umno akan memastikan lebih 1,000 anggotanya yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.


Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno Hisamudin Yahya berkata, sekiranya semua anggotanya yang berada di luar Galas terutama di ibu negara dapat pulang mengundi, peluang calon Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya kecil itu cerah.


"Pada pilihan raya umum yang lepas, kerusi DUN Galas dimenangi calon PAS dengan majoriti undi sebanyak 646 undi sahaja.


"Mereka (PAS) hanya menang dengan jumlah undi yang cukup kecil sahaja dan sekiranya kita mampu memastikan kepulangan pengundi luar khasnya di kalangan Pemuda, pasti kerusi DUN Galas akan dapat dirampas kembali," katanya kepada pemberita selepas program ziarah Pemuda Umno bersama-sama penghuni Rumah Amal Nur Kasih Bestari di Bota Kanan di sini, hari ini.


Beliau berkata, Pemuda Umno Bahagian Gua Musang telah diminta menyerahkan senarai nama anggota Pemuda yang berada di luar Galas terutama ibu negara untuk dikesan dan dihubungi oleh pihak biro....

Berita di atas memberi gambaran yang amat teruk kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

  1. PRK DUN Galas sudah tidak lama lagi. tetapi Pergerakan Pemuda baru nak mengesan pengundi muda yang tinggal di luar Galas.
  2. Pemuda UMNO Pusat percaya sekiranya pengundi muda yang tinggal di luar mahu balik mengundi, UMNO kemungkinan boleh menang.
  3. Biro telah mendedahkan strategi parti kepada musuh iaitu rancangannya untuk mengesan pengundi muda yang tinggal di luar Galas.
Hal ini menampakkan bahawa selama ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak cukup bergerak. Tidak bekerja untuk menghampiri PRU-13. Atau tidak mempunyai wawasan perjuangan yang strategik.

Memberitahu pihak lawan apakah perancangan mereka untuk menghadapi PRK ini bukanlah strategi yang baik. Apatah lagi pada ketika Pergerakan Pemuda Pusat dalam keadaan tidak stabil, tidak ada Ketua Pemuda yang sesuai dan barisan Exco yang tidak semuanya berwibawa.

Pihak lawan akan mentertawakan Pemuda UMNO di atas pengumuman di atas yang menampakkan jentera pemuda masih di peringkat hendak mengesan pengundi dan berharap sekiranya mereka boleh pulang mengundi.

Bagaimana pula dengan pengundi muda di dalam Galas sendiri? Adakah tenaga pemuda yang akan bekerja atau setakat mampu memasang bendera sahaja.

Pemuda Pas sudahpun menggerakkan unit indoktrinasi perangnya melalui Ijtimak Tarbawi. Semangat tempur berani mati sudah dituang ke dalam dada anak-anak muda mereka. Bersedia untuk merempoh apa sahaja kerana setiap gerak langkah dan perbuatan adalah ditafsir sebagai jalan agama fisabilillah. Mereka telah cukup bersedia dan sanggup menderhaka kepada Sultan, mengenepikan Perlembagaan, melanggar Undang-undang, menerajang Polis, mencipta dan menabur fitnah, malah memperalatkan agama Islam yang maha suci.

Mampukah pemuda kita menghadapi pengganas-pengganas yang dipimpin oleh DAP dan Nuar berahim ini?

Bagaimanapun, kita ucapkan tahniah kepada Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno Sdra Hisamudin Yahya walaupun hanya setakat itu sahaja yang mampu dilakukan oleh mereka. Sekurang-kurangnya kita dapat maklum bahawa masih wujud apa yang dinamakan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia walaupun Ketua Pergerakannya sudah membawa diri berkeliaran tanpa arah tujuan.

Kepada pemimpin dan ahli-ahli pergerakan pemuda yang lain, kita berharap teruskan perjuangan dengan meletakkan maruah bangsa, agama dan negara di hadapan dan pinggirkan sama sekali sifat-sifat berkronisme, berkonspirasi, tamak haloba, biadap dan rasuah, seperti yang telah dilakukan oleh Ketuanya sedikit masa dahulu.

Pas mendahului, sila klik:
  1. Indoktrinasi Pas bakar Hidup-Hidup Pengundi Galas
  2. Tarbiah Menanam Kebencian Sudah Bermula
  3. Lidah Ustaz Politik Pas Lebih Berkuasa Dari perintah Allah

Sunday, October 3, 2010

KJ Nak Bunuh Diri Dengan membawa UMNO Bersama


Kesian gak kat DS Najib. Wawasannya jelas, keinginan nak jadikan Malaysia lebih maju amat tinggi, kesungguhannya bekerja tidak dapat pertikaikan.

Tapi pergerakan pemudanya lesu. Dah jadi macam bujang impotent. Gaya ada, rupapun ada, tapi tak boleh buat kerja.

Ini semua adalah kerja KJ yang sengaja nak wujudkan tekanan pada DS Najib, DS Muhyiddin, MKT UMNO dan BN. Bila dah benar-benar terdesak nanti, KJ akan ugut supaya ikut kehendaknya. Kalau tidak dia akan bunuh pergerakan pemuda yang sudah setengah mati itu.

Inilah nasib DS Najib sebaik memegang teraju kepimpinan UMNO dan negara yang kita amat kasihi ini.

Bila nak selesai, tak seorangpun yang tahu.

Baca seterusnya artikel berikut yg dipetik dari blog parpukari.blogspot.com

Antara faktor-faktor yang SERING menJEJASkan peluang UMNO untuk menang mana-mana PRK yang ditandingi mereka ialah keKERAPan para pemimpin UMNO memBUAT kenyataan BODOH dan keKERAPan mereka pulak meLAYAN kenyataan BODOH pihak lawan.. Dengan KATA lain, semakin banyak kenyataan BODOH yang dikeluarkan oleh kedua-dua PIHAK semasa PRK ini, maka semakin kuranglah peluang UMNO untuk menang walaupun seHEBAT mana pun calon yang diletakkan oleh mereka.. Walaupun HAKIKATnya peluang jelas terbentang luas di hadapan MATA, semestinya UMNO gagal meMANFAATkan peluang tersebut akibat melayan kenyataan BODOH sesama sendiri..

Khairy Takde Kerja, Tapi Terus Menyibuk Dalam UMNO


Hasrat Khairy nak rosakkan UMNO, bangsa dan negara sudah tercapai. Di seluruh negara Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah hancur lebur tidak berkesan lagi. Khairy dah berpuas hati.

Jadi memang Khairy memang dah takde kerja. Tidak ada tempat untuk dia pergi kerana tidak ada siapa yang inginkan dia. Kecuali beberapa kerat yang "setiawang" dengannya iaitu yang masih belum membetulkan diri dan kesilapan dengan meletakkan kepentingan UMNO di hadapan dari segala-galanya.

Khairy dilihat merayau-rayau tak tentu hala. Mencari-cari kerja untuk terus merosakkan UMNO dan perjuangan parti keramat Melayu-Bumiputera dan BN.

Kerana dan tak ada fokus dalam hidup politiknya, Khairy mula merapu asalkan dapat sedikit publisiti untuk menyambung hayatnya.

Punyalah banyak isu yang boleh digunakan untuk mendapat pulisiti murah, tetapi Khairy tetap memilih isu yang boleh merosakkan UMNO dan Melayu.

Sebab itu ramai orang dah beri pendapat, eloklah Khairy jangan libatkan diri dalam perjuangan yang terlalu asing bagi dirinya ini, tumpulah pada Kalimullah, Musa Hitam dan yang lain yang dah berkonspirasi dengannya dahulu.

Biar UMNO diteruskan oleh DS Najib, Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain serta pemimpin-pemimpin BN. Perjuangan pemuda UMNO akan lebih bertenaga tanpa Khairy. 

baca seterusnya:

Klik: KJ burung-kakak-tua   oleh anakomak
dan Otak KJ Lebih kurang ustaz Nik Aziz jer.. oleh Laksamana Bentan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...