Followers

Wednesday, December 22, 2010

Khairy Salah Focus: Pemuda Gagal Berfungsi






Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pemuda BN Salah Fokus.

Khairy tidak memahami kehendak semasa parti. Program dan aktiviti yang dilakukannya benar-benar membuang masa dan tidak mendatangkan impak yang besar kepada ke arah UMNO-BN memenangi PRU 13.

Khairy hanya mampu menghasilkan aktiviti yang retorik. Dengan hasrat memperaga diri menggunakan Pemuda UMNO Negeri atas nama Pemuda BN.
Kita sangat mengharapkan pemimpin-pemimpin pemuda yang lain dapat mengaturkan program dan aktiviti yang menjurus kepada menambah pengundi muda yang menyokong UMNO-BN.

Kegagalan yang dilakukan oleh Khairy ini hendaklah diatasi dengan segera jika kita tidak mahu kecundang lagi dalam PRU ke-13 nanti.

Semua golongan dan kategori pengundi muda haruslah didekati sepenuhnya. Aktiviti tidak semestinya dalam skala besar dan dihebohkan dalam media massa. Pemimpin-pemimpin pemuda yang lain di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan harus mengatur aktiviti yang benar-benar focus kepada usaha headcount bagi mendapatkan gambaran sebenar gelongan pengundi muda yang menyokong UMNO-BN.

Pemuda janganlah terikut-ikut perbuatan Khairy yang jelas telah hilang matlamat dan salah fokus. Program JOM yang dihebohkan sehari dua ini dikatakan sebagai contoh Ketua Pemuda turun padang memabntu rakyat.

Dalam situasi keadaan tugas pemuda bukan membantu rakyat. Peranan membantu rakyat adalah fungsi kerajaan melalui kementerian dan jabatan. Tugas pemuda UMNO adalah menggerakkan sokongan terhadap parti dan fokus sebenarnya ialah generasi muda. Bukan tugas pemuda pada masa ini memberi bantuan golongan miskin, membaiki rumah, memberi kerusi roda.

Mudah-mudahan masih ada masa pemimpin-pemimpin pemuda kita yang ikhlas dalam perjuangan UMNO untuk membetulkan keadaan.

   

  
  
  

2 comments:

Anonymous said...

Mungkin KJ boleh kerja kontrak buat rumah kalau hilang jawatan dalam UMNO,pengalaman yang amat berguna.....kah...kah..kah.Pura-pura prihatin duit negara dah berbillion disonglap lagi mau berlakun ...pirah...aktiviti yang tak mendatangkan manfaat pada UMNO cuma untuk memperpopularkan dirinya saja...proggram syok sendiri.

Anonymous said...

Ye la, program tu langkah ke belakang, politik lapuk, mendedahkan macam UMNO tak berubah, cara lama gak, buat kebajikan.. turun padang time nampak nak pilihanraya je.. Nampak sumbang la pemuda UMNO ni..
PM kata transformasi.. Pemuda dekatilah pengundi muda, daftar undi sebanyak yang mgkin.. tu nampak mcm menyindir senior UMNO tak buat keje..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...