Followers

Friday, December 31, 2010

Apasal Khairy Benci Tun Mahathir

Tun: Kalau takdak angin masakan pokok bergoyang..
Khairy: Ada beruk tua yang goyangkan.

Setelah memilih untuk bersara, Tun Dr Mahathir tetap disayangi rakyat. Buah fikiran dan pandangannya masih ditunggu-tunggu oleh rakyat. Tun benar-benar berada dalam hati rakyat pelbagai bangsa dan agama, malah disayangi dan dikenang juga sehingga ke luar negara. 

Tetapi. apasal Khairy membenci Tun Dr Mahathir? Apa kesalahan Tun pada Khairy? Tun ada buat niaya Khairy ke?

Soalan ini sudah banyak kali ditanyakan oleh anak-anak muda kepada Daulah. Malas nak jawab sebab banyak kerja lain.

Tapi membiarkan soalan tanpa jawapan ibarat membiarkan pemandu berjalan tanpa peta. 

Daulah hanya nak terangkan sedikit jer apasal Khairy memilih untuk mengambil sikap membenci Tuan Mahathir.

  1. Khairy berhasrat nak angkat nama Pak Lah supaya menjadi nama besar dan terkenal di seluruh dunia. Malangnya Pak Lah tidak ada kemampuan memimpin sebuah parti yang sudah begitu establish. UMNO dan Malaysia sudah dibawa oleh Tun Mahathir dan disegani di peringkat antarabangsa. 
  2. Khairy nak cuba jadikan Pak Lah lebih popular dari Tun Mahathir. Malangnya populariti Tun Mahathir bukan dicapai secara dibuat-buat. Tun menjadi popular dari hasil kerja dan sumbangan baktinya kepada negara dan antarabangsa. 
  3. Khairy nak menghapuskan jasa bakti yang sudah dicipta oleh Tun Mahathir sepanjang 20 tahun beliau memperhambakan dirinya kepada agama, bangsa dan negara. Malangnya Khairy nak cuba delete jasa Tun dalam masa yang singkat supaya wajah Tun hilang serta merta dari minda rakyat Ma;laysia.
  4. Khairy mahu Pak Lah disayangi oleh rakyat melebihi dari rakyat sayang kepada Tun. Malangnya Tun tidak pernah memaksa rakysat berbilang bangsa dan agama menyayanginya. Tun menerima kesayangan rakyat secara natural dan genuine.
  5. Khairy mahu Tun mendiamkan diri. Biarlah Khairu membantu Pak Lah memerintah parti dan kerajaan. Malangnya Kahiry lupa bahawa parti dan kerajaan bukan kepunyaan keluarga Pak Lah.
Akhirnya, untuk menaikkan nama Pak Lah, Khairy terpaksa memilih sikap membenci Tun. Bermacam-macam cara, kaedah, dan medium digunakan. Maklumlah sudah ada kuasa sebagai Menantu Perdana Menteri.

Tetapi sokongan yang diberikan oleh Khairy kepada Pak Lah, ibarat sokong membawa rebah. UMNO punah-ranah dan kerajaan BN hilang 2/3 kerusi di Parlimen.

Kita berharap sikap buruk Khairy ini tidak menjadi ikutan mana-mana pemimpin UMNO yang sayangkan perjuangan parti untuk agama, bangsa dan negara.

 

2 comments:

Helang Buana said...

mohon link kan blog saya. tq

Daulah-alWatan said...

Saya link tuan Jebat..
Mari kita berkongsi perjuangan.
Salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...