Followers

Friday, January 7, 2011

Khairy: Masih Mengasah Bakat Buat Kecoh


Nampaknya Khairy hanya mampu menonjolkan bakat yang tidak diperlukan oleh perjuangan UMNO.

Hampir seluruh pemimpin pemuda dan ahli-ahli pergerakan pemuda di peringkat Kebangsaan, Negeri, Bahagian dan Cawangan telah mula sibuk mendekati pengundi muda di kawasan masing-masing, tetapi Khairy masih lagi berkhayal dan berfantasi tentang dirinya.

SEREMBAN, Jan 5 (Bernama) -- Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said he would meet Umno Youth chief Khairy Jamaluddin over the latter''s Twitter''s posting that he would stay out of the next general election.

Dalam waktu yang sama, ada la pulak Menteri Besar yang memiliki bakat dan keinginan yang juga tidak berapa diperlukan dalam perjuangan UMNO semasa. 
Seluruh pemimpin UMNO-BN sudah menumpukan perhatian terhadap melaksanakan strategi parti untuk menghadapi pilihanraya yang semakin hampir. Kemenangan atau kekalahan adalah bergantung kepada kerja dan kesungguhan semua pihak.

Tiba-tiba pula Khairy dan Menteri Besar ini memberi tumpuan di luar fokus dan keutamaan parti. Keadaan ini bukan sahaja tidak selaras dengan momentum yang telah diusahakan oleh DS Najib, malah mengkhianati perjalanan parti yang semakin sukar ini.
Calon yang bakal mewakili parti untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya ditentukan oleh pucuk pimpinan. Khairy tidak perlu mengambilalih kuasa ini walaupun dengan tidak menamakan dirinya sebagai calon bagi pilihanraya yang akan datang. Biarlah pucuk pimpinan yang menentukannya.

Pucuk pimpinan UMNO amat berwibawa untuk menentukan siapa bertanding jawatan apa dan di kawasan mana.

Kalau Khairy masih nak mengasah bakat membuat kecoh, janganlah gunakan UMNO. Buatlah di tempat lain. Manalah tau, kalau ada pihak yang perlukan Ketua Pemuda yang gagal ini.


1 comment:

wanzal said...

HARAM JADAH PUNYA KJ TAK HABIS2 BUAT HAL..DAH PAK MENTUA TAKDA, SUDAH2LA....boleh bllllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...