Followers
Monday, May 3, 2010
Sah Khalid Gagap Alat Racist
Rakyat Selangor yang pening lalat dengan racun fitnah Gerombolan Pakatan Pembangkan dalam PRU 12 yang lalu, kini nampak jelas hasilnya. Khalid gagap yang diangkat jadi MB hanyalah boneka kepada beberapa ahli politik racist dalam Gerombolan Pakatan Haram itu.
Sepatutnya setelah dapat kuasa, mereka utamakan kebajikan untuk rakyat, tetapi fokus mereka tersasar jauh untuk memenuhi keinginan tersirat golongan racist dalam Gerombolan itu.
Baca seterusnya:
http://belantan.blogspot.com/
Menamakan jalan atau bangunan sempena nama pemimpin atau penggiat kelompok tertentu biasanya dibuat demi mengenang jasa mereka kepada negara. Tiap kali kita melalui Jalan P. Ramlee di tengah Kuala Lumpur pasti kita akan terkenang betapa besar jasa Seniman Negara kita itu telah menghiburkan seluruh penduduk negara dan Nusantara dengan lagu dan filem arahan dan lakonan beliau selama ini.
Begitu juga apabila kita melihat sekolah rendah dan menengah bernama Khir Johari yang terdapat di merata-rata tempat di negara kita. Jasa pemimpin negara ini dalam bidang pendidikan dan politik tidak boleh dilupakan.
Tetapi isu negatif membabitkan pemimpin dan penggiat seni biasanya akan tenggelam berbanding jasa besar mereka yang tersendiri.
Sebab itu, apabila ada pihak ingin menamakan sebuah jalan di negeri Selangor dengan nama pemimpin mereka semasa mereka berkuasa secara asasnya tiada apa yang salah, namun kisah yang dianggap negatif sesetengah pihak yang membayangi pemimpin tersebut akan disebut-sebut orang juga dan ia akan memberi kesan kepada pengguna setiap kali jalan itu dilalui. Terpulang kepada pihak pengguna untuk berasa apa sahaja kerana ia bergantung kepada siapa yang menggunakan jalan tersebut.
Jika kita biasa menggunakan jalan di negeri Selangor, sebaik-baiknya lebih afdal menggunakan nama sultan-sultan yang pernah memerintah negeri termaju di Malaysia itu. Di Shah Alam sendiri persiaran dan sekolah dinamakan sempena nama sultan dan kerabat diraja Selangor dan ia memang sesuai dengan kedudukan Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor Darul Ehsan.
Sebaik-baiknya jika nama jalan di Petaling Jaya turut menggunakan nama di kalangan kerabat diraja Selangor yang pernah berjasa memerintah negeri tersebut hingga mampu menjadi negeri termaju di negara ini.
Jika di Perak pula nama pembesar yang berjasa seperti Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab, Datuk Seri Maharaja Lela dan Datuk Sagor menghiasi jalan di negeri itu selain nama Sultan dan Raja Muda menunjukkan jasa raja-raja dan pembesar lebih bermakna menyatukan rakyat secara Perlembagaan berbanding pemimpin kelompok tertentu yang berjuang demi kelompok mereka secara total.
Era ini pemimpin perlu berjuang menukar nasib rakyat bukannya nama jalan dan sejenis dengannya. Rakyat tidak nampak isu mengangkat pemimpin tertentu sebagai hero dan berjasa mempunyai merit dalam sesuatu perjuangan melainkan mengelirukan rakyat yang sudah biasa dengan nama jalan yang sudah dikenali selama 53 tahun.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu lebih rasional dan teliti akan asas perjuangan kita sebagai pemimpin agar tidak menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat yang langsung tiada kena mengena dengan pendekatan kita yang ada kala menyusahkan mereka.
Pemimpin politik dan NGO ada kala berjuang demi memastikan kejayaan kesatuan mereka dan rakyat yang tidak selesa dengan situasi itu tetap akan menyimpan kegusaran mereka akibat percaturan melaga-lagakan mereka antara satu sama lain.
Apabila pemimpin sedemikian diangkat menjadi idola dan diabadikan nama beliau di sebatang jalan maka sejarah akan diadili dan ia bukan sesuatu yang baik apabila justifikasi kepada tindakan penamaan itu akan menjadi bahan politik.
Dalam situasi hari ini, di mana politik mempolitikkan isu semakin hebat, masyarakat akan diletakkan dalam situasi keliru dan langkah menamakan jalan lama kepada baru hanya menjadikan kekeliruan lebih serius lagi.
Sebaik-baiknya kita cermin diri sebelum menimbulkan idea yang lebih menyusahkan rakyat yang sewajarnya dibela kebajikan mereka. Janji manifesto semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 masih banyak tersisa dan perlu dilunaskan sebelum Hulu Selangor menjadi political precedent bagi rakyat Selangor yang ingin nasib mereka ditukar bukan sekadar nama sebatang jalan yang langsung tidak relevan dengan denyut nadi mereka.
Komen : Tertunggu-tunggu juga bilakah agaknya akan ada jalan di Shah Alam yang akan ditukar kepada Jalan Khalid Gagap @ Jalan Khalid Gereja!
Abdul Razak Idris
Suara Politik
Taminsari
Perjuangan politik yang berasaskan kekecewaan akan menggunakan fitnah dan dendam kesumat untuk mencapai kejayaan. Musuh yang racist dan cauvinist akan mengambil peluang terbuka ini untuk mencapai matlamat mereka.
Pengundi kaum Melayu, China dan India telah menyedari hakikat ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment