Followers

Friday, December 17, 2010

Sejarah Hitam: Khairy Menyibuk Lagi

Sejarah Hitam Dalam Sistem Demokrasi Malaysia Bersamaan Dengan Sejarah Hitam Dalam Sistem Demokrasi Dalam UMNO.
Siapakah Pelakar Sejarah Hitam UMNO dan Negara

  Sumber:  http://www.pemuda.com.my/
Oleh Kazman Kamal

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini yang dicetuskan ahli parlimen pembangkang disifatkan sebagai satu sejarah hitam parlimen yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin ketika menjelaskan isu kekecohan tersebut berkata pembangkang sebenarnya sengaja menimbulkan kekacaun untuk menggambarkan kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianiaya dan tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya.

“Perlakuan yang dicetuskan pihak pembangkang pada pagi tadi dalam dewan rakyat merupakan satu sejarah hitam  parlimen tak pernah kita lihat satu kekecohan  yang begitu rupa yang telah dibenarkan berlaku ketua pembangkang sendiri.
  
Khairy terus menyibuk menghambil kesempatan mengeluarkan pandangan tentang kekecohan di parlimen baru-baru ini.

Kelakarnya, Khairy menggelarkan peristiwa kotor itu sebagai "sejarah hitam" parlimen negara kita.

Sudahlah wahai Khairy. Tak usahlah menyibuk membuat penilaian terhadap peristiwa yag tidak bnertamadun itu. Tak ada siapa yang yang nak mendengar, tak ada siapa yang respek.

Seluruh ahli dan kepimpinan UMNO masih ingat "sejarah hitam" yang dilakar oleh Khairy dalam sejarah perjuangan UMNO.  Seluruh rakyat berbilang kaum dan agama juga masih tidak lupa perbuatan tamak haloba Khairy semasa Pak Lah memegang tampuk kuasa UMNO dan Negara tercinta.

UMNO, terutama Pergerakan Pemuda belum lupa hakikat Khairy kalah dalam pemilihan ketua pemuda. Hanya mendapat 304 undi menyokong dan 486 undi menolak. Fenomena ini adalah "sejarah hitam" Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di mana Ketua Pemuda tidak diberi mandat untuk memimpin pemuda.

Dalam waktu yang sama seluruh ahli dan pemimpin UMNO belum lupa 'sejarah hitam" kekalahan UMNO dalam PRU ke-12 di tangan pembangkang yang tidak berwibawa. UMNO tersungkur termasuk negeri Perdana Menteri sendiri ditawan parti yang cauvinist-racist.

Sehingga kini "sejarah hitam" yang sebahagiannya adalah sumbangan Khairy bersama Pak Lah dan kuncu-kuncunya masih lagi menghantui seluruh ahli dan pemimpin UMNO serta seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup seperti sebelumnya.
Khairy, usahlah menyibuk lagi. Kami banyak kerja nak pulihkan UMNO dan menawan hati rakyat untuk menghadapi PRU ke-13 yang sangat mencabar.

Biarlah kami teruskan UMNO bersama Pemuda yang masih ikhlas dalam perjuangan dan yang sanggup meletakkan kepentingan parti mendahului kepentingan peribadi. Saudara bersetialah dengan kroni yang tak mahu berubah tanpa menggunakan UMNO sebagai alat memenuhi keinginan peribadi.

Ketauilah wahai Khairy, UMNO tidak boleh menempa kejayaan jika terus menyimpan dan memberi ruang kepada watak-watak yang gelojoh, rakus, konspirator, biadap dan perasuah. Cukuplah kita belajar dari "sejarah hitam" yang dicipta oleh Nuar Berahim. Kita tak sanggup ada Nuar Berahim Kedua dalam sejarah bangsa kita.

2 comments:

Bahtera Merdeka said...

Marilah kita berdoa setiap kali selepas so;at fardhu supaya DS Najib tidak tersilap melantik Khairy ke dalam kabinetnya.

Kita bukan benci kerana namanya Khairy..kita tak mahu ada individu yang terbukti sangat biadap, sangat rakus, gila kuasa, pencatur dan mengamalkan rasuah berada dalam UMNO yang kita sayangi ini.

Anonymous said...

Peristiwa hitam yang berlaku didalam UMNO ialah bila Khairy hitam menang tanpa bertanding dalam pemilihan Timbalan Pemuda UMNO dan ketika menang jawatan Ketua Pemuda secara rasuah.Peristiwa hitam kepada negara bila Khairy bermaharalela menyalahguna kuasa dimasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...