Followers

Sunday, October 3, 2010

KJ Nak Bunuh Diri Dengan membawa UMNO Bersama


Kesian gak kat DS Najib. Wawasannya jelas, keinginan nak jadikan Malaysia lebih maju amat tinggi, kesungguhannya bekerja tidak dapat pertikaikan.

Tapi pergerakan pemudanya lesu. Dah jadi macam bujang impotent. Gaya ada, rupapun ada, tapi tak boleh buat kerja.

Ini semua adalah kerja KJ yang sengaja nak wujudkan tekanan pada DS Najib, DS Muhyiddin, MKT UMNO dan BN. Bila dah benar-benar terdesak nanti, KJ akan ugut supaya ikut kehendaknya. Kalau tidak dia akan bunuh pergerakan pemuda yang sudah setengah mati itu.

Inilah nasib DS Najib sebaik memegang teraju kepimpinan UMNO dan negara yang kita amat kasihi ini.

Bila nak selesai, tak seorangpun yang tahu.

Baca seterusnya artikel berikut yg dipetik dari blog parpukari.blogspot.com

Antara faktor-faktor yang SERING menJEJASkan peluang UMNO untuk menang mana-mana PRK yang ditandingi mereka ialah keKERAPan para pemimpin UMNO memBUAT kenyataan BODOH dan keKERAPan mereka pulak meLAYAN kenyataan BODOH pihak lawan.. Dengan KATA lain, semakin banyak kenyataan BODOH yang dikeluarkan oleh kedua-dua PIHAK semasa PRK ini, maka semakin kuranglah peluang UMNO untuk menang walaupun seHEBAT mana pun calon yang diletakkan oleh mereka.. Walaupun HAKIKATnya peluang jelas terbentang luas di hadapan MATA, semestinya UMNO gagal meMANFAATkan peluang tersebut akibat melayan kenyataan BODOH sesama sendiri..

Kali ini, belum pun apa-apa lagi dah ada dah 'MANGKUK' yang keluarkan kenyataan BODOH bagi pihak UMNO.. Rasanya semua MAKLUM siapa 'MANGKUK' yang kita maksudkan.. Malah, ke PRK mana sahaja 'MANGKUK' nih di bawa oleh jentera kempen UMNO, pasti dia akan men'JANGKIT'kan keSIALannya itu kepada UMNO.. Sekaligus menJEJASkan peluang UMNO untuk menanr PRK yang ditandingi mereka.. Ini bukan sekali, dah banyak kali PRK dah yang kita LIHAT bagaimana penampilan 'MANGKUK' ini semasa KEMPEN telah menyebabkan RAKYAT menolak UMNO di mana-mana PRK.. Adakah UMNO mahu terus memBIARkan 'MANGKUK' ini berterusan membuat kenyataan berunsur SABOTAJ terhadap parti? Kita pakat tengoklah nanti..


Kali ini kenyataan BODOH yang dikeluarkan oleh 'MANGKUK' ini ternyata tidak memBANTU pun.. Belum pun apa-apa lagi, dia dah menDAHULUi DS Najib sebagai Presiden UMNO untuk membuat kenyataan tentang CALON yang bakal dipilih..


Sedangkan, semua MAKLUM bahawa Ku-Li telah dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya di DUN Galas, bukankah sebaiknya Ku-Li yang membuat kenyataan tentang CALON? Adalah lebih BAIK dia nih dok DIAM dan biarkan pihak yang sepatutnya buat kerja.. Jangan INGAT rakyat Kelantan lupa KEMPEN 'Pade Doh' yang dipromosi oleh 'MANGKUK' PESALAH Politik WANG ini semasa PRU lepas! Nak kena PADAH sekali lagi ke? Atau nak ulangi sejarah PRK DUN Permatang Pasir hari tuh?


Selain itu, UMNO tidak harus memBIARkan 'MANGKUK' nih memandai-mandai bercakap SOAL perpaduan Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu di DUN Galas..


LUPAkah UMNO bahawa 'MANGKUK' inilah yang kuat menentang NGO Melayu seperti PERKASA yang diketuai oleh seorang anak Kelantan secara terbuka? Lupakah UMNO tentang beberapa kenyataannya yang menganggap tugas PERKASA untuk menyatu-padukan Melayu sebagai 'RASIS' dan berlawanan dengan KONSEP 1 Malaysia? Walaupun DUN Galas agak terpencil, sekarang ini sekejap aje penyebaran MAKLUMAT boleh dilakukan dengan TEKNOLOGI sedia ada..


Dengan mengambil KIRA senario SEMASA, adalah lebih SELAMAT jika UMNO mengHADIAHkan sedas PENAMPAR kepada 'MANGKUK' ini sebelum kempen bermula! Semua MAKLUM Jentera Pemuda UMNO di Kelantan bukan GAH mana pun.. Semua rakyat Kelantan maklum kepimpinan Pemuda UMNO Kelantan cuma TAHU berLAGAK menayang kereta MEWAH hasil 'MENEPEK' dengan 'MANGKUK' PESALAH Politik WANG tuh.. Kesian tinggal Tok Pa aje yang bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan.. Itulah yang terjadi di DUN Manek Urai yang menyaksikan calon UMNO kalah dengan TOKEY IKAN!.. UMNO mungkin merasakan mereka MENANG di sana walaupun HAKIKATnya mereka tetap KALAH..


Selain itu, UMNO jugak tidak perlu RESPON kepada kenyataan Pok Nik 'ALAHISSALAM' seperti di SINI.. Kot RESPON jugak, adala PETANDA nak KALAH tuh..


HEK ELEH.. Selama INI pun bukannya Pok Nik MULIAkan sangat tokoh macam Ku-Li ni pun? Selepas Semangat 46 diBUBARkan, semua MAKLUM segala kata NISTA oleh Pok Nik terhadap Ku-Li nih.. Oleh itu kita patut RAMAI-ramai SOAL balik kat orang tua KUTUK nih, sejak bila pulak dia pernah meMULIAkan atau mengHORMATi Ku-Li? Jawab YANG tu dulu Pok Nik WOIT! Nak BODOHkan rakyat pun AGAK-AGAKla!


Sebab itulah kita TEGASkan bahawa semakin kurang UMNO mengeluarkan atau meLAYAN kenyataan BODOH dari mana-mana PIHAK, semakin CERAH peluang UMNO di DUN Galas ini.. Apa yang UMNO perlukan hanyalah INDIVIDU yang rajin bekerja untuk parti dan diketahui UMUM kredibilitinya oleh rakyat Kelantan seperti Tok Pa.. UMNO juga harus mengHARGAi pengaruh Ku-Li di kawasannya.. Yang paling MUSTAHAK, jangan sesekali UMNO bawak 'MANGKUK' yang kita maksudkan datang berKEMPEN terutama sekali bawa isu Perpaduan Melayu! Rakyat Kelantan baru TUNJUKkan SENTIMEN mereka terhadap ISU ini di Pasir Mas.. Nak ke kalau rakyat Kelantan tunjukkan sekali lagi di DUN Galas?


Hasil Nukilan Tukang Dok Peghati


Posted by House PK
 
________________________________________
Baca juga persamaan fe'el ganas Khairy dalam...
Good Citizen...Bad Citizen

____________________________________

1 comment:

Anonymous said...

Dalam hal ini DS Najib patut bertindak segera.Manusia jenis pengkhianat bangsa seperti KJ ini tidak wajar dibiarkan berada dalam UMNO,khususnya memegang jawatan KP,kerana kehadirannya akan membawa kerusakan dan kemusnahan.

Didalam keadaan sekarang dimana beliau didapati cuba .."Nak Bunuh Diri Dengan Membawa UMNO Bersama",PM Najib perlu "membunuh" KJ sebelum beliau dapat bertindak membunuh UMNO.Itulah tindakan yg paling wajar dan tepat.

Askar Tua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...