Followers

Wednesday, October 6, 2010

Khairy Pembodek Yang Tak Ada Akal


Sumber:
Pemuda UMNO Tidak Cerdik oleh rbf Tuesday, October 5, 2010

Bernama hari ini melaporkan yang Pemuda Umno akan memberi penghargaan kepada bekas-bekas Ketua Pemuda mereka dan penghargaan akan disampaikan oleh PM pada jumaat ini.

Lama dah kita beritau. Khairy tak sesuai langsung melibatkan diri dengan perjuangan UMNO. Dia hanya sesuai berkonspirasi dengan Kalimullah, Brendon Pareirra dan lain-lain. Itupun zamannya sudah tamat sebab Pak Lah dah bergelar Tun.

Untuk menghadapi PRU-13, UMNO kena tambah pengundi. Sebahagian besar pengundi yang menentukan kemenangan datangnya dari generasi muda. Siapa yang paling layak menghampiri, bergaul dan menawan hati pengundi muda kalau bukan pemuda sendiri.

Berapa kali nak cakap perkara ini. Khairy memang sudah terkeluar dari senarai pemuda UMNO. Memanglah tidak boleh diharap lagi. Tetapi barisan Exco pemuda yang lain kenalah terus mengayuh bahtera pemuda ini. Biarlah Khairy terjun dengan labu-labunya. Atau pakat ramai-ramai tolak jer dia gedebum ke dalam air. Ringanlah sikit beban DS Najib, Muhyiddin dan parti.

Yang wajib atas tanggungan tak mau buat. Yang tak diperlukan pulak diutamakan sehingga perlu melibatkan YAB PM yang dah sedia sibuk banyak tugas penting.

Idea Khairy ini sangat memalukan. Bukan sahaja tidak patut dan tidak penting, malah bukan masanya ia diadakan. Inilah akibatnya apabila pemimpin dinaikkan buka kerana faktor kewibawaan, pemikiran dan wawasan yang jitu. Inilah padahnya jika dalam pergerakan pemuda sudah diresapi elemen rasuah, gelojoh, biadap, konspirasi dan tamak haloba.

Ada baiknya pemuda memusatkan pemikiran dan daya usaha mereka ke arah meningkatkan jumlah pengundi muda menyokong UMNO-BN. Kalau sokongan ini meningkat dengan ketara, dengan sendirinya pemuda dihargai, disayangi dan diberi pengiktirafan. Paling penting perjuangan pemuda UMNO akan dikenang sepanjang zaman.

Tetapi kalau hasrat pemuda nak membodek DS Najib, kerana salah seorang yang bakal menerima penghargaan itu adalah YAB PM sendiri, maka pemuda akan dilihat sebagai kaki bodek yang rendah akal kerana membodek tanpa menggunakan pemikiran intelektual.

Marilah kita berdoa supaya YAB PM tidak membuang masa dengan agenda bodek membodek ini.

 Anda juga meminati:

Tahap Pemikiran Khairy Lebih Kurang Otak Pas Kelantan

2 comments:

Anonymous said...

Itu lah aku katakan dari dulu sekira melantik seorang yang berkelulusan OXFART, maka yang pemuda dapat ialah OXFART KENTUT LEMBU.

Lagipun dia meraikan anugerah ini macam dia dah tahu pemilihan akan datang dia akan jadi BEKAS KETUA PEMUDA UMNO agak nya.

Anonymous said...

aku bukan lah alim...tapi punca umno rosak adalah kerana adanya perosak seperti pemilik blog ini...asyik nak menghentam dan membuka pekung di dada....adakah diri kita itu baik sangat?????....ini semua akan menjadi satu peluang kepada PR untuk menjadi kan satu bahan utk mereka berkempen.

Tolong lah jadi org yang berakhlak mulia...lebih baik bagi panduan kpd si KJ apa yang patut di buat bagi memantapkan Pemuda...kalau takat nak hentam semua org bole hentam...mcm diri sendiri tu bagus sangat...lu pikir la sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...