

''Bagaimana dia boleh kata rakyat menolak 1Malaysia sedangkan dalam satu tinjauan yang dibuat, Perdana Menteri telah mendapat sokongan yang tinggi sehingga 68 peratus berbanding pada awal pelantikannya hanya 44 peratus," tegasnya.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Kenyataan mentah begini amat berbahaya kepada organisasi.
Kita percaya hajat sebenar YB Haji Khairy Jamaludin adalah untuk menyatakan gagasan 1Malaysia semakin diterima.
Bagaimanapun, beliau dengan sengaja menyatakan bahawa sebenarnya DS Najib tidak diterima ramai semasa mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO daripada Tun Abdullah.
Dalam ertikata lain, ini bermakna segala usaha gigih seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia bekerja keras mendesak Tun Abdullah mengundur diri dari Jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, adalah tindakan yang tidak wajar kerana tidak disokong sepenuhnya.
Sama ada benar atau tidak gambaran dan sumber kajian yang digunakan oleh beliau, tindakkannya ini dapat dilihat sebagai salah satu strategi mengasak untuk tujuan tertentu.
Berbagai-bagai tafsiran boleh dibuat untuk memahami mengapa Haji Khairy berbuat demikian.
Apapun, kenyataan sedemikian tidak mempunyai nilai kebijaksanaan sama sekali. Bukan sahaja tidak diperlukan, malah ianya songsang dan boleh membantu mengubah persepsi.
Kekuatan UMNO dan BN bukan sahaja bergantung kepada kerja keras tetapi juga bercakap dengan betul.