Followers

Monday, October 4, 2010

Sdra Hishamudin Yahya

Tak tau la apa nak jadi pemuda kita ni. Takde strategi langsung!

Cuba kita hayati berita terbaru berkaitan DUN Galas ini.

Baca berita ini; sinarharian

Galas: Pemuda UMNO pastikan lebih 1,000 anggotanya balik mengundi


PARIT - Pergerakan Pemuda Umno akan memastikan lebih 1,000 anggotanya yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.


Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno Hisamudin Yahya berkata, sekiranya semua anggotanya yang berada di luar Galas terutama di ibu negara dapat pulang mengundi, peluang calon Barisan Nasional (BN) untuk menang pada pilihan raya kecil itu cerah.


"Pada pilihan raya umum yang lepas, kerusi DUN Galas dimenangi calon PAS dengan majoriti undi sebanyak 646 undi sahaja.


"Mereka (PAS) hanya menang dengan jumlah undi yang cukup kecil sahaja dan sekiranya kita mampu memastikan kepulangan pengundi luar khasnya di kalangan Pemuda, pasti kerusi DUN Galas akan dapat dirampas kembali," katanya kepada pemberita selepas program ziarah Pemuda Umno bersama-sama penghuni Rumah Amal Nur Kasih Bestari di Bota Kanan di sini, hari ini.


Beliau berkata, Pemuda Umno Bahagian Gua Musang telah diminta menyerahkan senarai nama anggota Pemuda yang berada di luar Galas terutama ibu negara untuk dikesan dan dihubungi oleh pihak biro....

Berita di atas memberi gambaran yang amat teruk kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

  1. PRK DUN Galas sudah tidak lama lagi. tetapi Pergerakan Pemuda baru nak mengesan pengundi muda yang tinggal di luar Galas.
  2. Pemuda UMNO Pusat percaya sekiranya pengundi muda yang tinggal di luar mahu balik mengundi, UMNO kemungkinan boleh menang.
  3. Biro telah mendedahkan strategi parti kepada musuh iaitu rancangannya untuk mengesan pengundi muda yang tinggal di luar Galas.
Hal ini menampakkan bahawa selama ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak cukup bergerak. Tidak bekerja untuk menghampiri PRU-13. Atau tidak mempunyai wawasan perjuangan yang strategik.

Memberitahu pihak lawan apakah perancangan mereka untuk menghadapi PRK ini bukanlah strategi yang baik. Apatah lagi pada ketika Pergerakan Pemuda Pusat dalam keadaan tidak stabil, tidak ada Ketua Pemuda yang sesuai dan barisan Exco yang tidak semuanya berwibawa.

Pihak lawan akan mentertawakan Pemuda UMNO di atas pengumuman di atas yang menampakkan jentera pemuda masih di peringkat hendak mengesan pengundi dan berharap sekiranya mereka boleh pulang mengundi.

Bagaimana pula dengan pengundi muda di dalam Galas sendiri? Adakah tenaga pemuda yang akan bekerja atau setakat mampu memasang bendera sahaja.

Pemuda Pas sudahpun menggerakkan unit indoktrinasi perangnya melalui Ijtimak Tarbawi. Semangat tempur berani mati sudah dituang ke dalam dada anak-anak muda mereka. Bersedia untuk merempoh apa sahaja kerana setiap gerak langkah dan perbuatan adalah ditafsir sebagai jalan agama fisabilillah. Mereka telah cukup bersedia dan sanggup menderhaka kepada Sultan, mengenepikan Perlembagaan, melanggar Undang-undang, menerajang Polis, mencipta dan menabur fitnah, malah memperalatkan agama Islam yang maha suci.

Mampukah pemuda kita menghadapi pengganas-pengganas yang dipimpin oleh DAP dan Nuar berahim ini?

Bagaimanapun, kita ucapkan tahniah kepada Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno Sdra Hisamudin Yahya walaupun hanya setakat itu sahaja yang mampu dilakukan oleh mereka. Sekurang-kurangnya kita dapat maklum bahawa masih wujud apa yang dinamakan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia walaupun Ketua Pergerakannya sudah membawa diri berkeliaran tanpa arah tujuan.

Kepada pemimpin dan ahli-ahli pergerakan pemuda yang lain, kita berharap teruskan perjuangan dengan meletakkan maruah bangsa, agama dan negara di hadapan dan pinggirkan sama sekali sifat-sifat berkronisme, berkonspirasi, tamak haloba, biadap dan rasuah, seperti yang telah dilakukan oleh Ketuanya sedikit masa dahulu.

Pas mendahului, sila klik:
  1. Indoktrinasi Pas bakar Hidup-Hidup Pengundi Galas
  2. Tarbiah Menanam Kebencian Sudah Bermula
  3. Lidah Ustaz Politik Pas Lebih Berkuasa Dari perintah Allah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...