Followers

Sunday, October 10, 2010

Khairy Rasuah Pemuda Nak Dapatkan Undi, Pas Rasuah Pengundi Nak Dapatkan Galas

Berlakon baik dan zuhud...juga termasuk dalam kategori rasuah minda

...benci jer tak cukup bang...kalau dah buat...cam maner?

Rasuah adalah musuh demokrasi. Rasuah juga ancaman buruk kepada parti dan organisasi.
Sebab itu ajaran Islam melarang rasuah.

Tapi Partai Islam Semalaysia telah mulakan amalan rasuah sebagai agenda utama untuk mempertahankan kuasa politik di DUN Galas.

Baca seterusnya:
Sumber petikan dari: theflyingkick.blogspot.com

Menyedari PEPERANGAN SENGIT yang bakal mereka hadapi di Galas, Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS telah memulakan LANGKAH RASUAH, sesuatu yang dahulunya mereka sangat benci tetapi sekarang dianggap sebagai PEMBERIAN IKHLAS KERAJAAN NEGERI kepada rakyat.

Kawasan yang dianggap sebagai lubuk undi Barisan Nasional iaitu TANAH RANCANGAN FELDA menjadi tempat PAS menghamburkan dan memakmurkan RASUAH. 2000 orang peneroka di Tanah Rancangan Felda termasuk di Chiku 1 dan 2 di Gua Musang yang telah menjelaskan hutang masing-masing akan diberikan geran hak milik biarpun kedua-dua Tanah Rancangan tersebut tidak termasuk dalam DUN Galas.

Exco kerajaan negeri, Husam Musa berkata, pemberian hak milik kepada individu itu akan disampaikan dalam masa terdekat walaupun tanah mereka dalam proses tanam semula. (Malaysian Insidermusuh demokrasi, parti dan agama

Samada UMNO, PAS,  PKR, DAP atau parti Komponen BN, atau mana-mana organisasi politik, perniagaan atau NGO, perlu menghindari gejala rasuah.

Rasuah dalam parti politik boleh menyebabkan arah tuju perjuangan asal parti tergelincir. Sebabnya pemimpin yang menang kerana amalan rasuah tidak akan mampu menterjemah matlamat murni parti. Ini disebabkan niat dan tujuan asal mendapatkan jawatan dalam parti itu sudah kotor dan menjijikan.

Samalah dengan yang sedang berlaku di Kelantan sekarang. Pas telah bermati-matian merasuah ahli dan pengikutnya dengan jaminan masuk kesyurga dan  mati syahid jika berjaya membunuh UMNO. Kini diteruskan dengan merasuah dalam bentuk material seperti wang, kain, telekung, selipar, keropok, melancong keluar negara, jawatan dan pengkat dalam parti dan perkhidmatan awam, memiliki konsesi balak dan tanah dan banyak lagi bentuk rasuah yang lain.

Pemuda UMNO samada di peringkat Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan perlulah mengambil iktibar dari kelemahan pergerakan Pemuda pada hari ini. Berbanding dengan kejayaan Ketau-ketua Pemuda yang lepas-lepas membawa obor dan melaksanakan agenda perjuangan, pemuda hari ini berada dalam keadaan yang sangat malang dan amatlah sedihnya.

Walaupun pemuda mengadakan majlis mengiktiraf jasa pemimpin pemuda yang lepas dalam satu majlis, tetapi usaha menambah ahli pemuda, menambah jumlah pengundi dan mengenepikan pemimpin yang rasuah, biadap, konspirator dan gelojoh patutlah diutamakan. Pemuda akan mendapat pengiktirafan di masa hadapan jika mampu melakukannya sekarang.

Di Galas pula, PAS semakin maju dan akan menjadi juara merasuah rakyat dan pengundi dengan rasuah minda dan kebendaan.

Kelihatan dengan jelas parti PAP yang berpengkalan di Singapura telah mengadakan pakatan yang sempurna dengan parti DAP Malaysia untuk terus memperalatkan Partai islam Semalaysia khususnya di Kelantan, untuk mencapai cita-cita menumbangkan Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang.

Anda juga meminati:

  1. Pas Paksa Rakyat Tutup Mata dengan Isu Nasional di Galas
  2. Pas Kelantan Semakin Ditolak Kerana Pemimpin Rasuah dan Rampas Hak Rakyat
  3. Pas Nak Tingkatkan Islam Dengan Adakan Solat dan Khutbah Jumaat Setiap Hari
  4. Kuan Yew Beri jaminan Kerajaan Perpaduan PAS-DAP Kelantan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...