Followers

Thursday, September 30, 2010

Khairy Lebih Ganas Dari PKR Yang Memang Ganas



Proses demokrasi ala Nuar Berahim
telah mewarnai sistem demokrasi di negara kita.
Wajah sebenar PKR telah dilukiskan
di hadapam mata Rakyat Malaysia.

Kerakusan Nuar Berahim adalah faktor utama kehancuran demokrasi dalam parti keluarganya itu.

Darah konspirasi, rasuah, manipulasi dan kurang ajar dalam dirinya, telah mengalir di medan politik Malaysia, negara yang kita cintai.

Seluruh rakyat berasa kecut dan amat takut dengan perkembangan yang amat tragis ini.

Ditambah pula dengan kebodohan PAS parti Melayu yang bertungkus-lumus membunuh kuasa politik Melayu.
Manakala DAP yang sangat racist-cauvinist terus membina kejayaan demi kejayaan untuk mengubah dan meminggirkan Perlembagaan Persekutuan.

Baca terus di Sini dan Sini serta Sini

Apakah yang berlaku dalam Pemilihan Kepimpinan PKR?:

1. PKR cabang Merbuk kecoh setelah ahli mereka bertumbuk kerana tak puas hati calon Ketua Datuk Rashid Din menarik diri setelah mendapat tekanan dari Anwar utk berundur.

2. Calon pilihan Anwar Saiful Izham Ramli menang tanpa bertanding seperti dikehendaki Anwar, Azmin dan Saifudin.

3. YB Manikumar, Adun Merbau Pulas, Exco kerajaan Kedah kini di IPD Kuala Muda untuk urus ahli PKR yang membuat laporan polis kerana ditumbuk.

4. Ahli PKR Sungai Petani akan membuat laporan polis jam 8.30pagi esok di IPD Sg Petani atas penipuan pemilihan Cabang PKR Sg Petani.

5. Menurut 5 Pemerhati proses pengundian, YB Johari hanya mendapat sekitar 50 undi semasa kiraan pertama, manakala pencabarnya Kumar, seorang tukang besi mendahului lebih 400 undi.

6. Walau bagaimanapun, setelah berlaku kiraan semula,YB Johari yang merupakan orang kanan Azmin dan Saifuddin diistihar menang.
Sumber: brojinggo

Inilah masanya UMNO menyusun strategi memendapkan pengaruh Nuar Berahim.

Memusnahkan segala keganasan, kepalsuan, bongkak, kurang ajar, konspirator, rasuah dan pembohongnya.

Tetapi selagi Khairy, ketua pemuda umno yang kalah, masih liar berkeliaran dalam UMNO, segala usaha dan perjuangan tidak akan kemana-mana.

Dengan melemahkan perjuangan pemuda UMNO, Khairy kelihatan lebih ganas dari Nuar Berahim.

Tun Dr. Mahathir tidak menunggu lama, memisahkan Nuar Berahim dari UMNO setelah terbukti dia menjadi liability kepada perjuangan agama, bangsa dan tanahair ini.

Tetapi Khairy bernasib baik kerana DS Najib dan Kepimpinan Pemuda Pusat tidak berminat membaikpulih perjuangan pemuda yang semakin lesu ini.

Wednesday, September 29, 2010

Khairy Bukan Sahaja Bodoh Tapi Bongok Tahap Kasta Paling Rendah


Wajah Perosak Tegar Perjuangan Suci UMNO hasil Peninggalan Pak Lah

Sumber: sinarharian.com.my
28 Sept. 2010

MENGAPA KHAIRY PERSOAL POLIS MELALUI MEDIA ?


Akhbar Sinar Harian (ASH) keluaran semalam di muka 2 terpampang berita utama Khairy personal polis , dengan sub head menyebutkan pernyataan Khairy : “Tidak tegas terhadap Raja Petra walau terima banyak maklumat”.

AHS menyebut lagi, “Ahli Pasrlimen Rembau , Khairy Jamaluddin MENGECAM pihak polis kerana tidak bertindak tegas terhadap Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK)” . Dilaporkan juga Khairy semasa membuat kenyataan ini di Lobi Parlimen , menyindir Ketua Polis Negara dengan berkata: “Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata beliau akan mendapatkan maklumat mengenai lokasi Raja Petra , tapi RPK dengan terang berada dikawasan umum”. Jangan lupa Khairy adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, dimana Umno adalah parti Pemerintah dan Kerajaan yang ada hari ini. Apa perlunya Khairy mengecam polis dikhalayak ramai semacam tindak tanduk anggota pembangkang? Adakah Khairy juga nak cari publisiti murah semacam anggota permbangkang lakukannya di Lobi Parlimen sebaik saja bertemu pemberita Media?

Adalah lebih wajar Khairy terus saja menemui Ketua Polis Negara (KPN) secara tidak heboh-heboh , menggesa tindakan yang lebih proaktif dibuat, sekiranya penjelasan KPN itu kurang memuaskan hatinya atau kurang memuaskan hati Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Satu lagi cara, ialah Khairy boleh terus saja bertemu Menteri Dalam Negeri dan kemukakan pandangan Pergerakan Pemuda Umno yang kurang berpuas hati terhadap tindakan polis mengenai isu RPK ini. Khairy boleh kemukakan semua maklumat yang didapati samada dari dalam atau dari sumber luar negara atau dari sumbernya yang tersendiri.  Baca seterusnya: sinarharian.com.my

Selepas "kalah teruk" dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang lalu, Khairy telah kehilangan keyakinan diri yang akhirnya membinasakan dirinya sebagai ketua pemuda. 

Sekarang Khairy hanya melayan dan membawa dirinya dalam pentas UMNO sebagai  seorang yang tidak bermaruah dari segi kepemimpinan. Dia kelihatan merayau-rayau tanpa tujuan dan kadangkala muncul dengan wajah tanpa maruah.

Semua sifat-sifat Nuar Berahim ada padanya dan dibawa sebagai kekuatan diri yang semulajadi.

Khairy adalah contoh terbaik yang Allah berikan kepada UMNO dan bangsa Melayu sebagai perbandingan dengan Tun Dr. Mahathir yang juga Allah turunkan kepada Rakyat Malaysia.

Jika Tun Dr Mahathir berjaya membina rakyat dan negara selama hampir 22 tahun, maka Khairy pula berjaya memusnahkannya dalam masa tak sampai 2 tahun.

Jika Tun Dr Mahathir berjaya kerana sokongan para pemimpin UMNO serta ahli dan rakyat jelata pelbagai kaum di negara ini, Khairi juga berjaya memusnahkan UMNO dan negara dengan sokongan Kalimullah, Brendon Parreirra, Radzi Sheikh Ahmad, Musa Hitam, Anuar Musa dan ramai lagi yang menjadi kroni Pak Lah.

PRU 13 semakin hampir.
Kemaraan cauvinist-racist DAP yang ingin menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan Perlembagaan Rakyat semakin menjadi realiti.
Kegilaan PAS melacurkan agama Islam semakin menjadi-jadi dan...
Pengkhianatan Nuar Berahim terhadap melemahkan paksi dan asas kekuatan Melayu-Bumiputera sudah sampai ke tahap tidak munasabah.

Khairy masih lagi berwajah tidak bermaruah dan muncul merosakkan perjuangan suci UMNO dengan kebodohan tahap kasta paling rendah dalam sejarah perjuangan pemuda UMNO kita.

Kepada DS Najib, hentikanlah!
Hentikanlah nanah busuk yang menusuk perjuangan kita.
Selamatkan pergerakan Pemuda
....sementara masa dan peluang masih ada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...