Followers

Tuesday, October 5, 2010

Khairy Secara Diam-diam berasa seronok Tun Dr Mahathir dihina


Apabila Tun Dr Mahathir sakit, seluruh rakyat malaysia menyatakan simpati dan turut mendoakan kesihatannya. Doa ikhlas dari orang ramai adalah kerana Tun merupakan negarawan ulung yang banyak jasa kepada negara dan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Berkat doa rakyat Malaysia, Tun kembali sihat. Ramai yang menitiskan air mata apabila mendapat tahu Tun sakit. Tetapi ramai juga yang menitiskan air mata kegembiraan apabila mendengar berita Tun kembali sihat. Begitulah kesan perasaan kasih sayang antara manusia yang dianugerahkan Allah.

Bagaimanapun terdapat juga manusia yang tidak mampu menghayati ajaran agama Islam yang maha suci ini. Bukan sahaja gagal menikmati betapa indahnya rasa kasih sayang yang sejati antara manusia, tetapi sebaliknya tunduk kepada bisikan jahat dan dendam kesumat yang tidak terkawal.

Contoh manusia dari golongan ini termasuklah YB Azmin Ali dari Parti PKR yang terang-terangan menghina Tun semasa beliau menerima rawatan di Australia. Mungkin kita boleh faham mengapa Azmin berkelakuan begitu. Azmin adalah pemimpin politik didikan Nuar Berahim. Sudah tentulah dia akan menggunakan apa sahaja isu yang boleh membantu menggembirakan taukehnya. Antara yang paling disukai oleh Nuar Berahim ialah apabila ada pihak yang menghina Tun Dr Mahathir dan juga pemimpin UMNO yang lain. Jadi Azmin akan berbuat apa sahaja yang disukai oleh Nuar Berahim.

Bagaimanapun kita kurang faham mengapa anak-anak muda penyokong Partai Islam Semalaysia juga menghina Tun Dr Mahathir semasa beliau sakit. Apakah kesalahan Tun kepada mereka. Tidak pernahkah terlintas sedikitpun dalam hati sanubari mereka bahawa perbuatan itu tidak selari dengan ajaran Islam. Atau sekurang-kurangnya berasa segan dengan pemimpin-pemimpin Pas yang saban hari bercakap tentang Islam. Perbuatan anak-anak muda hasil tarbiyyah Pas ini bukan sahaja memalukan umat Islam tetapi telah menyebabkan semakin ramai yang menolak parti tersebut di atas kesesatannya.

Kerana itu kita mendapati apabila Tun dihina, ada pihak yang terdiri daripada rakyat Malaysia terutamanya pemimpin UMNO akan mempertahankan Tun dan menyerang balas pihak-pihak yang biadap itu. Tidak sanggup membiarkan Tun dihina sedemikian rupa dan tidak sanggup anak bangsa sendiri yang seagama bertindak demikian.

Di sinilah kita mendapat bukti yang semakin nyata bahawa Khairy juga amat membenci Tun Dr Mahathir. Kalau dahulu Khairy terlalu lantang dan kurang ajar menyanggah Tun dengan berbagai gelaran yang tak sepatutnya, tetapi kini Khairy tidak berani lagi berbuat demikian.

Khairy hanya membiarkan sahaja budak-budak muda Pas menghina Tun Mahathir bekas Presiden UMNO yang banyak jasanya itu. Khairy tidak lagi seperti pemuda sebelum ini yang akan bangun melenting mempertahankan apa sahaja yang menyerang UMNO, samada organisasi atau pemimpinnya.

Benarlah seperti yang diperbualkan di merata-rata tempat di seluruh tanahair bahawa Khairy adalah species pemuda yang tidak diperlukan dalam UMNO. Bukan kerana namanya Khairy tetapi kerana dia telah membuktikan sikap biadap terhadap pemimpin UMNO, seorang yang rakus, konspirator, perasuah dan tidak boleh diharap dan dipercayai untuk mencampuri urusan perjuangan UMNO. Kerana itu ramai pihak yang tidak berasa pelik jika melihat Khairy hanya merayau-rayau dalam gelanggang UMNO tanpa tujuan dan tidak pulak diterima di mana-mana.

Alhamdulillah, Tun semakin sembuh.

2 comments:

Wake UP! said...

Keturunan beruk mat yeh memang macam tulah.

Anonymous said...

Janganlah sesiapa sekali-kali menghina YABhg Tun Dr. Mahathir. Terlalu banyak jasanya kepada negara. Malah, kesenangan yang dikecapi oleh pembangkang juga adalah hasil kepimpinnya. Kepada Khairy, undurlah dari menjadi pemimpin UMNO. Anda tidak layak dan kerana anda Pemuda UMNO lesu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...