Followers

Friday, April 9, 2010

SYABAS PEMUDA UMNO MALAYSIA



Syabas Pemuda UMNO Kelantan.

PAS sentiasa melaungkan slogan menentang kemungkaran. Mereka mencipta berbagai-bagai isu untuk menggambarkan kemungkaran pihak lain. Mereka menyebarkan fitnah bertali arus dalam ceramah, kuliah, tazkirah, kutbah dan apa sahaja saluran demi mengajak umat Islam percaya kepada mereka.

Kemenangan PAS selama ini adalah di atas kejayaan mereka menabur fitnah dan memperalatkan agama Islam. Mereka berkuasa dan berada di atas takhta kebencian.

Kini masanya mereka berhadapan dengan kepalsuan dan kegilaan yang telah mereka lakukan terhadap agama Islam yang maha suci.

Ikuti posting berikut:
Sumber: http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9709

Oleh Yus Iskandar

Kota Bharu, 8 April - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan status siasatan ke atas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berhubung dakwaan penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, semua pihak terutama rakyat di negeri ini mahu mengetahui status sebenar kes tersebut apatah lagi siasatan berkenaan telah memakan masa yang terlalu lama.

Katanya, timbul beberapa isu baru juga membabitkan Nik Abdul Aziz yang didedahkan dalam laman blog dan seharusnya diberikan perhatian SPRM.

"Pemuda dan beberapa individu telah membuat laporan SPRM berhubung isu Nik Aziz dan menantunya sejak tahun lepas tetapi hingga kini, tiada sebarang tindakan atau kenyataan mengenainya dibuat oleh suruhanjaya itu.

"Sebelum ini, iaitu pada pertemuan dengan SPRM pada November lalu, kami dimaklumkan bahawa siasatan mengenai isu ini di peringkat pendakwaan tetapi selepas lima bulan, ia diam begitu sahaja, seolah-olah tiada sebarang tindakan diambil," katanya di sini hari ini.

SPRM mula menjalankan siasatan ke atas Abdul Ariffahmi sejak awal November lalu setelah timbul pelbagai dakwaan mengenai PMBK.

Siasatan SPRM itu dikatakan berkisar tentang salah guna kuasa Abdul Ariffahmi dan pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang dipercayai melanggar akta suruhanjaya berkenaan.

Isu itu kemudian memuncak apabila Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditamatkan kontraknya serta-merta.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz mengakui beliau dan keluarganya menerima tajaan haji bernilai RM65,000 yang turut melibatkan Abdul Ariffahmi serta beberapa ahli keluarganya.

Selepas isu itu mendapat liputan meluas media, Nik Abdul Aziz atas nasihat kepimpinan Pas Pusat mengarahkan menantunya itu meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK.

Sementara itu, Anuar berkata, pendedahan terbaru yang dibuat oleh blogger Kickdefella mengenai sumbangan terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang dijalankan oleh Pas Kelantan sebagai timbal balas apabila meluluskan pemberian kawasan balak kepada syarikat tertentu.

"Blog itu turut mendedahkan dokumen-dokumen penting membabitkan sumbangan terhadap Pasti sekiranya diluluskan kawasan balak malah ada di antara dokumen terbabit turut disertakan nombor cek.

"Pemuda telah membuat laporan kepada SPRM berhubung kandungan laman blog ini. Jadi kita minta mereka menjalankan siasatan kerana bukti yang dikemukakan seolah-olah menunjukkan secara sahih berlaku penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan negeri pimpinan Nik Abdul Aziz," katanya.

Tambah Anuar, laman blog itu turut mendedahkan penglibatan seorang anak pemimpin Pas Kelantan yang dikatakan menggunakan pengaruh bapanya untuk mendapatkan kawasan balak.

"Semua ini perlu disiasat, kita tidak mahu lagi rakyat negeri ini ditipu Nik Abdul Aziz dengan hanya perwatakannya yang alim.

"Selain itu, saya juga meminta orang ramai supaya tidak menghantar anak-anak mereka ke Pasti kerana jelas ia menggunakan sumber kewangan yang meragui untuk pendidikan," katanya. -webPemuda

2 comments:

Pemerhati said...

Buatlah berapa banyak laporan pun, tak ada gunanya. Rakyat M'sia tahu bhw SPRM sendiri menyokong PAS. TGNA dan Ariffahmi telah diberi masa yg mencukupi utk bertindak mengubah minit2 mesyuarat dan memusnahkan dokumen2 yg mengimplikasikan mereka dlm PMBK. Jadi memanglah sekarang tidak ada bukti yg dijumpai!

Daulah-alWatan said...

Betul bro...
sbb itu kita kena kuat...
baru boleh perbetulkan kepincangan ini.
utk kepentingan rakyat dan negara masa depan.
memang dahsyat apa yg telah berlaku skrang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...