Followers

Wednesday, April 7, 2010

MAHALNYA POLITIK MURAHAN



Politik murahan biasanya bergaul dengan kaedah rasuah. Rasuah boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk. Ganjaran, jaminan, janji dan ugutan adalah sebahagian daripada alat rasuah.

Kaedah merasuah digunapakai supaya cepat mencapai cita-cita. Misalnya cita-cita yang tinggi untuk menjadi Perdana Menteri dalam usia muda. Ataupun terus bercita-cita menjadi Perdana Menteri walaupun setelah menjadi banduan keluar penjara.

Oleh kerana kaedah rasuah digunakan, maka tidak dapat dielakkan lagi untuk menggunakan pula kaedah menipu, berbohong dan manipulsi dalam pelbagai hal. Pihak yang rela menerima rasuah akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan supaya hasil rasuahnya terjamin dan menerimanya berterusan. Oleh itu perasuah akan dijaga sebaiknya tanpa syarat.

Apabila perasuah dan penerima rasuah semakin ramai akhirnya akan terbentuk satu kumpulan yang konsisten. Maka wujudkan konsep setiakawan demi mempertahankan matlamatnya. Matlamat perasuah adalah ingin mencapai cita-cita besarnya, manakala matlamat penerima rassuah pula ingin menjamin hasil rasuahnya berterusan dan terjamin pula kelangsungannya.

Maka itu lahirlah aktiviti menipu, membohong, perasugut, jaminan, ugutan penyingkiran, tekanan, desakan dan sebagainya. Dan mereka sanggup berkerjasama dengan pihak mana sekalipun asalakan kumpulan dan jaringan mereka bertambah besar dan bergerak ke arah cita-cita.

Dalam hal ini, kepentingan organisasi langsung tidak diambilkira.
Inilah yang sedang di alami oleh UMNO.

Ahli politik murahan ini melihat UMNO sebagai wadah bagi memenuhi keinginan dirinya. Ahli dan jentera UMNO dilihat sebagai sebahagiaan daripada alat mencapai hasratnya. Kerana itu mereka akan bermati-matian mempertahankan kuasa yang ada di dalam UMNO.

Bagi yang tiada kuasa dalam UMNO akan menggunakan pula orang Melayu. Akibatnya kuasa yang sedikit yang berada di tangan orang Melayu UMNO akan terhakis. Apatah lagi manipulsi politik persepsi yang dimainkan sehingga melepasi batas perkauman menyebabkan kecelaruan berlaku dalam sistem bermasyarakat majmuk.

Perasuah dan Penerima Rasuah sudah pasti matlamat mereka. Tetapi penyokong dan pengikut sentiasa tertipu, dibohongi dan dimanipulasi.

Begitulah,
Mahalnya politik murahan yang kini dikesan berada di tangan sesetengah ahli politik kita. Ada yang di luar parti dan ada yang bersama di dalam parti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...