Followers

Saturday, April 10, 2010

PRINSIP BERBEZA DENGAN RAKUS




KUALA LUMPUR 8 April - Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan sebagai mengotakan janjinya untuk berbuat demikian jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA.

Berikutan keputusan itu, Mei Fun melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor; Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) parti, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta sebagai senator.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Terbukti Datin Paduka Chew Mei Fun seorang pemimpin wanita yang bijak dan berprinsip. Melepaskan jawatan tetapi kekal dalam parti malah berikrar pula untuk menyokong parti tanpa syarat.

Kebijaksanaannya juga terserlah apabila mengambil tindakan dengan cepat supaya tidak mengganggu parti menghadapi PRU Hulu Selangor dan di Sarawak nanti. Beliau sanggup "keluar baris" bukan kerana tidak disukai oleh organisasi, tetapi kerana ada maruah, ada prinsip.

Tindakan beliau mempunyai nilai kemanusiaan yang amat tinggi yang menggambarkan bahawa kepentingan peribadi bukanlah asas perjuangannya. Beliau berani, tegas dan sangat bermaruah apabila mempertahankan prinsip yang dipegangnya.

Prinsip yang mulia adalah maruah diri yang tiada pada seorang yang rakus.

2 comments:

Anonymous said...

elok juga kalau jawatan timb menteri yang pernah dipegang oleh datin paduka tu diberikan saja kepada kj yg sememangnya dah lama mengidam nak jadi menteri. Ada siapa yang tak setuju?

Anonymous said...

Takleh ler gitu..
malu ler kj.
org lain sanggup lepas jawatan...
kj merayu..merengek nak jawatan..
takde prinsip...
lagipun jawatan apa lagi dia nak..
kerja pemuda tu kan banyok...
ishhh...susah ngan konspirstor yg rakus ni...
keluar baris je lerr...
sonang,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...