Followers

Friday, April 9, 2010

SUKARNYA BILA SUDAH BERDOSA DAN DERHAKA


Pokok semambu di tepi kubur,
Pohon nangka baru ditanam;
Terlajak perahu boleh diundur,
Dosa dan derhaka tak boleh dipadam.


Begitulah nasib YB Haji Kahiry Jamaludin dalam organisasi keramat UMNO.

Eloklah beliau menyediakan diri untuk hidup dan maju dalam lapangan yang lain dan sambil itu teruslah memberi sumbangan kepada UMNO dan Barisan nasional, sekurang-kurangnya mengundi semasa pilihanraya.

UMNO dan BN serta 1Malaysia masakini memang agak sibuk dan tidak cukup masa untuk memberi perhatian kepada character ini. Beban yang kita tanggung memang sudah banyak dan semakin mencabar, maka cukuplah kerana masa sudah semakin suntuk.

Kita ada banyak kerja dan tanggungjawab. Peranan Pemuda UMNO Malaysia, Pemuda UMNO Negeri, Pemuda UMNO Bahagian, Penmuda UMNO Cawangan dan seluruh ahli Pemuda UMNO akan kita teruskan kerana perjuangan dan pertempuran sudahpun bermula.

Biarlah YB Haji Kahiry Jamaludin menyelesaikan masalah peribadinya sambil menikmati hasil usaha yang diperjuangkannya semasa era Pak Lah dahulu. Kini masa DS Najib, masa kita, masa untuk terus mencipta kejayaan, bukan pengkhianatan, penderhakaan, kerakusan, kebiadapan.

Masa depan kita terletak pada tindakan yang diambil sekarang untuk agama, bangsa dan atanahair, bukan pada usaha membasuh dosa dan melupakan penderhakaan.

Biarkan YB Haji Kahiry Jamaludin dengan nasibnya, tetapi mari kita pertahankan nasib bangsa, agama dan tanahair yang lebih besar ini.

Teruskan bacaan anda melalui berikut:
Sumber:
http://csimelayu.blogspot.com/
Dulu, UMNO menjadi wadah perjuangan melayu di negara ini. Dulu sayap Pemuda UMNO begitu lantang didalam hal-hal berkaitan sensitiviti bangsa dan agama. Kini semuanya layu dan langsung tak mampu mengangkat muka apabila berdepan dengan tekanan kaum minoriti di dalam negara.

Spy tak salahkan DS Najib kerana beliau sibuk mencuci "daki dan kekotoran" yang ditinggalkan oleh Tun Lah. Spy juga tak salahkan TS Muhyidin kerana beliau juga sibuk mencatur agenda mencantum kembali serpihan kekuatan parti yang hilang selepas PRU 12.

Tapi spy hairan dengan sikap dan pendekatan yang diambil oleh Ketua Pemuda UMNO yang boleh diibaratkan umpama "anak kecil merengek susu".

Apa taknya, apakah wajar tindakan KJ yang bagaikan merajuk apabila tak diberikan jawatan didalam barisan kabinet DS Najib? Dibawah kepimpinan KJ, Pemuda UMNO ibarat kehilangan bisa. Jangankan kata taring, gigi pun belum tentu ada pada Pemuda UMNO sekarang.

Apa motif KJ apabila dia mempertikaikan motif perjuangan PERKASA ? Pada pendapat spy, PERKASA hanya meneruskan perjuangan bangsa yang semakin ditinggalkan oleh UMNO. Apakah ini salah besar di mata KJ ??

Jika pun KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO, tak mahu melakukan tanggung jawab yang sepatutnya dilakukannya, tak payahlah dia memperlekehkan jika ada pihak lain yang secara sukarela mahu memartabatkan bangsa dan agama.

KJ sepatutnya menyedari bahawa jawatan yang disandangnya kini adalah amanah dan warisan dari semangat perjuangan generasi kepimpinan melayu sebelumnya.

KJ juga perlu menginsafi diri bahawa dengan memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, dia kini dipertanggung jawabkan untuk menjadi salah serang pembela kepada nasib agama, bangsa dan tanahair.

Semasa zaman pemerintahan Tun Lah, KJ dianggap mastermind didalam mencatur segala urusan yang merugikan negara. Bagi sesetengah individu, "dosa" KJ terlalu besar untuk dimaafkan.

Sekian laporan spy leman dari Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

2 comments:

Anonymous said...

Ngaku pun UMNO dah semakin lupakan Melayu sampai perlukan PERKASA utk tolong cover!

Daulah-alWatan said...

Eloklah ngaku...dan ambil tindakan...drp tolong DAP racist tu hancurkan kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...