Followers

Monday, April 12, 2010

Silap Mata Ku Li: Apa Pula Muslihat Khairy



Petikan Sumber: http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9645

Penulis menurunkan petikan daripada laman web rasmi Pemuda UMNO Malaysia ini, bukanlah berhasarat untuk melaga-lagakan exco pemuda atau sebarang niat lain. Pada pandangan Penulis ramai Exco Pemuda telah mula insaf, sedar dan berpijak pada realiti yang akhirnya menampakkan arah tumpuan adalah kepada perjuangan UMNO yang sebenar. Pencemaran yang telah berlaku nampaknya telah difahami dan pemuda pusat telah berani dan tegas membetulkannya sebelum terlambat.

Tujuan penulis memetik posting ini adalah untuk membuka minda kita semua terhadap bukti-bukti kelemahan semasa Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang meletakkan diri beliau tidak layak memimpin pemuda UMNO. Penulis tidak berhasrat menghalang beliau dari memegang jawatan dalam kepimpinan UMNO tetapi Penulis hanya berhasrat memelihara UMNO/BN daripada dicemari oleh watak-watak yang terbukti tidak diperlukan dalam perjuangan UMNO.

Dalam isu Ku Li dan royalti minyak Kelantan, sekali lagi beliau gagal dan membukti beliau tidak diperlukan dalam perjuangan UMNO.

UMNO, BN dan Kerajaan Malaysia tidak menghadapi apa-apa masalah dengan isu tersebut yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang yang sudah terdesak. Isu ini menjadi gempar sedikit apabila Ku Li Hero Gua Musang masuk campur sedangkan beliau adalah pemimpin UMNO. Cara dan langkah Ku Li itu menyebabkan seluruh ahli dan pemimpin UMNO/BN berasa tidak selesa dan menyampah. Jadi isunya di sini adalah sikap Ku Li itu sendiri dan bukannya tuntutan isu royalti sama ada dari sudut undang-undang atau dari sudut lain.

Tetapi Khairy yang mendakwa membawa suara Pemuda UMNO Malaysia beranggapan sebaliknya. Pandangan dan pendiriannya bercanggah dengan pendirian ahli dan pemimpin UMNO yang lain. Tindakan Ku Li itu tidak ada keperluannya kepada UMNO dan sepatutnya disergah oleh semua pihak. Tetapi Khairy gagal berbuat demikian.

Ku Li, sebagaimana anggapan ramai pemimpin UMNO sebagai sedang bermain silap mata, maka Khairy dilihat menyimpan muslihat yang tidak diperlukan oleh UMNO.

Sekarang kita sibuk untuk menghadapi PRK Hulu Selangor, kita juga amat risau sekiranya Khairy dibenarkan berceramah, pasti pemikiran songsang beliau akan merosakkan hujah-hujah kita untuk melawan pihak pembangkang. Agenda peribadi dan watak semulajadi beliau akan dibawa kemana-mana sedangkan kita tidak memerlukannya.

Kita akan terus memantau dan memberi pandangan supaya UMNO benar-benar dapat diselamatkan daripada unsur-unsur yang merosakkan hasil sumbangan watak-watak yang tidak diperlukan oleh UMNO/BN.

Terus membaca petikan berikut:

Tun Faisal Ismail Aziz

Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tentang Tengku Razaleigh Hamzah, Ku Li, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pemudanya YB Khairy Jamaluddin adalah mudah, iaitu;

Pertama, ia adalah berkaitan isu tuntutan hasil petroleum dan bukan mengenai Ku Li. Pendekatan Pemuda UMNO adalah untuk menerangkan bahawa dari segi tafsiran Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang seharusnya dibaca bersama Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969, yang menyebut bahawa negeri dalam Malaysia mempunyai hanya setakat 3 batu nautika diukur dari paras air surut.

Kedua, oleh kerana terdapat perbezaan tafsiran tentang peruntukan undang-undang ini, maka sewajarnya ia di bawa ke mahkamah agar penyelesaian dapat diputuskan.

Itu juga merupakan kehendak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Disebabkan itu Pemuda UMNO menyokong agar ia dibawa ke mahkamah.

Penulis bersetuju dengan pendirian Pemuda UMNO ini. Bagaimanapun secara peribadi penulis melihat isu ini melangkaui isu tuntutan hasil petroleum. Sebaliknya melihat dari sudut kerakusan pemimpin Pas Kelantan dan Ku Li untuk merebut penguasaan hasil petroleum ini, walaupun Kerajaan telah menjamin bahawa wang ini akan disalurkan kepada rakyat.

Ia adalah hak rakyat, bukan hak Ku Li, Nik Aziz Nik Mat dan kroni-kroni mereka. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Negeri Kelantan menghadapi krisis keyakinan yang parah dari segi urus tadbir melibatkan pengeluaran hasil balak yang tidak setimpal dengan pembangunan serta kemajuan negeri Kelantan.

Krisis keyakinan terhadap kerajaan Pas juga kritikal apabila Menteri Besar didakwa mengamalkan kronisme dan menerima tajaan untuk menunaikan ibadah Haji.

Kedua, dari segi sikap tidak berdisiplin yang dipamerkan oleh seorang pemimpin bahagian dan veteran. Sikap Ku Li yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden Parti menghairankan. Ku Li mendakwa setia kepada parti, tetapi tidak dibuktikan dengan perbuatan.

Tindakan Ku Li seolah-olah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memecat beliau. Beliau mungkin belajar dari pengalaman, bahawa jika beliau keluar parti, beliau akan menjadi tidak relevan dalam masa yang singkat.

Akhirnya dia terpaksa merangkak kembali kepada UMNO. Mungkin jika beliau dipecat, beliau boleh menjadi hero dan kisah beliau akan terus disensasikan seperti kisah Anwar Ibrahim.

Nampaknya Datuk Seri Najib dapat membaca tindakan Ku Li ini sejak awal lagi.

Ketiga, dari segi sikap khianat Ku Li terhadap parti dan negara. Dalam wawancaranya dengan Malaysian Insider, Ku Li telah berbohong dan memberi gambaran yang salah tentang Malaysia beberapa kali. Seolah-olah Ku Li mahu mensabotaj usaha Datuk Seri Najib memulihkan ekonomi negara dengan mewujudkan persepsi bahawa negara ini tidak selamat dan kacau bilau.

Perbualan twitter Ku Li dan Lim Kit Siang sungguh mencurigakan. Kit Siang dan Ku Li bukan tidak boleh menggunakan telefon dan SMS untuk berbual, tetapi memilih untuk menggunakan twitter.

Ia seolah-olah sengaja dilakon dan dihebahkan sebagai build-up kepada gerakan untuk menghidupkan kembali Gagasan Rakyat tajaan Ku Li semasa berada dalam Semangat 46 bersama-sama pemimpin DAP dan Pas.

Manifesto Gagasan Rakyat pada tahun 1990 yang tidak relevan, gagal dan sudah lapuk bertajuk`Save Malaysia'cuba dihidupkan semula oleh Kit Siang dan dilaungkan oleh Anwar Ibrahim.

Kenyataan Ku Li dalam wawancara Malaysian Insider dibaca ramai sebagai usaha memberikan gambaran buruk tentang negara sebagai justifikasi agar manifesto 'Save Malaysia'ini dapat dihidupkan.

Disebabkan itu penulis mempersoalkan kesetiaan Ku Li terhadap parti.

Dari segi track record, Ku Li pernah mengkhianati parti. Ku Li juga pernah bercakap bohong.

Kenyataannya tentang hak kerajaan Pusat untuk menentukan sama ada untuk memberi royalti atau wang ehsan pada 1 November 2000 seperti yang disiarkan oleh Bernama jelas bertentangan dengan kenyataannya di Stadium Sultan Mohamad keIV, Kota Baru pada 28 Januari 2010.

Kata beliau, pada 1 November, "semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung yang berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar wilayah mereka."

Apakah yang menghalang Ku Li untuk menipu untuk kesekian kalinya?

Bagi penulis mudah saja - "kesetiaan itu dibuktikan dengan perbuatan, bukan hanya dengan kata-kata". Perbuatan Ku Li menjolok mata!!!

* Kit Siang - jangan curi tagline saya - Selamatkan Malaysia!!! Kenapa tidak digunakan Middle Malaysia yang dah jadi macam Meddle Malaysia je?

2 comments:

Lintau Perak said...

Sslam Bro..
Khairy Jamaludin ni rasanya eloklah diberikan peranan dalam pejabat sahaja.

Kalau dia muncul di hadapam khalayak ramai semasa kempen PRK HS nanti, saya bimbang orang ramai akan ketawakan UMNO/BN.

Sebabnya apa pun yang akan diperkatakan oleh Khairy tidak akan diterima oleh orang ramai kerana semua sudah maklum beliau adalah seorang yang perasuah untuk mendapatkan kuasa dan jawatan Ketua Pemuda.

Cara kelakuannya juga agak kasar dan rakus.

Zaman Pak Lah dan tamat. Ini zaman YAB Dato' Seri Mohd Najib..tidak sesuai lagi perangai seperti Khairy ini berada di atas pentas.

Harap kepimpinan UMNO ambil perhatian.

Razaq Saleem said...

Memang umno-BN buat salah besao jika benarkan kj trun ceramah di prk hs.

org akan ketawakan umno-bn krana kj cakap tak serupa bikin.

setuju pendpt Daulah alwatan...kj dok kat ofis jer..jangan naik pentas..nanti umno dpt malu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...