Followers

Monday, April 12, 2010

PEMUDA UMNO MALAYSIA: Teruskan..Teruskan..


Tahniah kepada YB Datuk Razali daripada pemuda dan kepimpinan UMNO dan BN seluruh negara di atas peranan yang pantas dan jitu dalam menghadapi PRK Hulu Selangor.

Kita yakin YB Datuk bersama-sama pergerakan pemuda UMNO dan komponen BN yang lain akan berjaya menawan hati nurani pengundi Hulu Selangor. Kita juga yakin YB Datuk akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memberi kemenangan kepada BN tanpa sebarang niat untuk menonjol-nonjolkan atau membawa agenda diri sendiri.

Hulu Selangor, 12 Mac – Pengarah Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim mengingatkan seluruh jentera pergerakan itu agar menjadikan pilihan raya lalu sebagai pengajaran bagi mengelakkan sebarang pergaduhan dan insiden lain.

Menurut beliau, mereka tidak perlu melayani taktik kotor dan sebarang provokasi yang ditimbulkan oleh pihak tertentu kerana tugas utama yang paling penting adalah mengesan pengundi khususnya pengundi muda.

“Kita tengok bagaimana pilihan raya DUN Bagan Pinang dan beberapa pilihan raya kecil lain yang cukup ketara dengan insiden pergaduhan dan sebab itulah saya mengingatkan jentera kita agar sentiasa berwaspada dan tidak terperangkap dengan jejak lawan.

“Kita berada di sini adalah untuk merayu pengundi bagi membantu kemenangan calon kita pada 25 April ini. Namun dalam politik, kesabaran ada had dan batasannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda selepas majlis ramah mesra dengan keluarga angkat di peti undi Kampung Air Jerneh, di sini, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 April ini sebagai hari penamaan calon dan 25 April depan sebagai hari pembuangan undi.

Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata, pergerakan itu akan bergerak dalam satu barisan dalam usaha memenangi hati para pengundi kelak.

“Saya telah pun berbincang dengan Pemuda parti komponen lain dan mereka sudah pun menyatakan komitmen untuk bergerak bersama-sama dalam satu saf. Insya Allah, kita yakin BN akan memperoleh kejayaan pada 25 April nanti,” katanya. -webPemuda

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...