Followers

Sunday, April 11, 2010

Khairy: BERPUISI MERAYU PILU


Dipetik dari tepakbersulam.com
Kuala Lumpur, 5 April - Demi kemanusiaan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin serta Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama tokoh-tokoh korporat negara malam tadi mendeklamasi sajak pada Malam Puisi Korporat Prihatin 1Malaysia.

Majlis yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) bertemakanKemanusiaan dan Prihatin Kepada Masyarakat itu berjaya mengumpulkan RM90,000 untuk membantu mereka yang memerlukan.

Rosmah mendeklamasikan puisi nukilan Rahman Shaari bertajuk Menapak Ke Puncak dan antara tokoh korporat lain yang bersama-sama mendeklamasikan puisi ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah; Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (M) Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly dan Presiden Universiti Teknologi Lim Kok Wing, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Lim Kok Wing.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim turut mendeklamasikan sajak yang turut menarik tumpuan penonton yang hadir.Rosmah dalam kata alu-aluan di dalam buku cenderamata berkata, puisi sebenarnya adalah suara kemanusiaan dan dari segi tema ia mendukung tema kekeluargaan, pendidikan serta percintaan yang kesemuanya ditunjangi oleh rasa kemanusiaan.


Sumber: http://www.tepakbersulam.com/2010/04/rosmah-dan-khairy-berdeklamasi-bantu.html#comment-form

Mengadakan acara baca sajak, deklamasi puisi, persembahan kebudayaan, teater dan sebagainya adalah digalakkan. Melaluinya kita dapat menanamkan berbagai-bagai nilai seperti kasih sayang, patriotime, semangat juang, keikhklasan serta banyak lagi nilai yang perlu disemai di dalam masyarakat.

Kerana itu acara-acara begini eloklah digiatkan oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan NGO melalui majlis-majlis amal seperti yang diusaha oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Tetapi sayangnya kebijaksanaan yang tersirat di sebalik keindahan majlis tersebut tercemar apabila ia dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Pada ketika Pergerakan Pemuda UMNO dilihat sebagai amat lemah (kecuali yang terus gigih berkerja), tidak berupaya membawa aspirasi UMNO, tidak mampu menterjemah wawasan Presiden dan gagal memberi sumbangan kepada keutuhan parti, tetapi Ketua Pemudanya dilihat hanya mampu menyurung muka merayu pilu untuk diterima kembali.

Kita tidak mengganggu hak YB Haji Khairy berpuisi tetapi kita melihat beliau hanya mampu membuktikan kegagalannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kepada barisan pemuda UMNO yang lain di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan, diharapkan terus memberi sumbangan kepada parti dan BN kerana itulah sebenarnya peranan pemuda dalam parti. Bukan menonjolkan diri dengan terus merayu pilu yang tak berkesuahan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...