Followers

Sunday, April 11, 2010

KHAIRY: PEMBANGKANG BERMASALAH Jika Anwar Terus Jadi Ketua Pembangkang



Dari: http://senapang-patah.blogspot.com/

Khairy berkata:

"Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pergerakan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) yang diketuai oleh ketuanya Jamaludin Gulamhan, di sini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata pengekalan itu juga jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang tidak mempunyai pelan kepimpinan seterusnya dan hanya bergantung kepada Anwar.

"Rentak mereka dah jadi teruk dan tidak ada pelan kepimpinan pula, maka saya percaya ini tidak akan memberi keyakinan kepada rakyat," katanya.


Perkembangan dan kekuatan politik Pemuda UMNO Malaysia tidak terletak pada kata-kata dan kupasan-kupasan-kupasan yang nampak macam hebat. Apatah lagi jika kata-kata itu sendiri berpatah balik menghentam ke arah muka sendiri.

Kepimpinan UMNO memerlukan pemuda yang bertenaga, bekerja menguatkan parti dan bukannya retorik sepanjang jalan. Misalnya, Perdana Menteri sendiri sebagai pemimpin, mempunyai pelan kepimpinan yang memandu arah pergerakan UMNO dan negara. Sebab itu DS Najib disenangi, disayangi bukan sahaja oleh UMNO tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun kita sedia maklum dalam negara demokrasi ini setiap orang bebas bercakap. Maka biarlah kalau ada orang yang nak bercakap. Pemimpin yang lain akan teruskan kerja senafas dengan kepimpinan parti.

6 comments:

PARPUKARI said...

KJ ni memang sengaja nak menghancorkan UMNO bro! Teruskan pendedahan lagi!

Daulah-alWatan said...

Kita tak marah atau benci pada KJ.
Dia ada hak sebagai rakyat Malaysia.
Tapi kita sayang sangat pada UMNO dan BN.
Kita tak mau ada character Nuar Brahim Kedua dalam UMNO.

Anonymous said...

Pasal lah kau pergi jadi peon tak bergaji pergi hantar pasport kat Anuar dulu

Anonymous said...

DS Najib, DS Muhyidin dan seluruh kepimpinan UMNO tidak boleh memaksa KJ melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Tetapi UMNO bertanggungjawab memelihara parti keramat ini dari menjadi bahan konspirator yg rakus dan biadap

Ipin said...

Kau org sabarlah pemilihan akan datang kita tendang keluar KJ dari UMNO

Anonymous said...

Itulah padah nyer bila buat dosa dan khianat pd parti, agama dan bangsa.
KJ mempunyai sifat2 derhaka dan biadap.
Kita pemuda yag ikhlas ngan perjuangan xdapat maafkan...
Berundurlah atau diundurkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...