Followers

Saturday, April 10, 2010

KHAIRY ASAK NAJIB





''Bagaimana dia boleh kata rakyat menolak 1Malaysia sedangkan dalam satu tinjauan yang dibuat, Perdana Menteri telah mendapat sokongan yang tinggi sehingga 68 peratus berbanding pada awal pelantikannya hanya 44 peratus," tegasnya.
Sumber:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Kenyataan mentah begini amat berbahaya kepada organisasi.

Kita percaya hajat sebenar YB Haji Khairy Jamaludin adalah untuk menyatakan gagasan 1Malaysia semakin diterima.

Bagaimanapun, beliau dengan sengaja menyatakan bahawa sebenarnya DS Najib tidak diterima ramai semasa mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO daripada Tun Abdullah.

Dalam ertikata lain, ini bermakna segala usaha gigih seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia bekerja keras mendesak Tun Abdullah mengundur diri dari Jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, adalah tindakan yang tidak wajar kerana tidak disokong sepenuhnya.

Sama ada benar atau tidak gambaran dan sumber kajian yang digunakan oleh beliau, tindakkannya ini dapat dilihat sebagai salah satu strategi mengasak untuk tujuan tertentu.

Berbagai-bagai tafsiran boleh dibuat untuk memahami mengapa Haji Khairy berbuat demikian.

Apapun, kenyataan sedemikian tidak mempunyai nilai kebijaksanaan sama sekali. Bukan sahaja tidak diperlukan, malah ianya songsang dan boleh membantu mengubah persepsi.

Kekuatan UMNO dan BN bukan sahaja bergantung kepada kerja keras tetapi juga bercakap dengan betul.

2 comments:

Anonymous said...

Friday, April 9, 2010
KHAIRY ASAK NAJIB


TAPI YANG ANEH NYA, ROSMAH MANSOR MENJEMPUT KHAIRY KE-PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN SAJAK.

MUNGKIN KERANA KHAIRY DATANG DARI NEGERI SEMBILAN YANG MANA ROSMAH JUGA BERASAL DARI SANA.

ATAU MUNGKIN ROSMAH MAU MEMPERALATKAN KHAIRY SAPERTI MANA NAZRI AZIZ UNTUK MENETANG SESIAPA SAJA YANG MENYERANG NAJIB DAN ROSMAH.

YANG LEBIH PELIK LAGI SEJAK KEBELAKANGAN INI
"THE RICHEST UNEMPLOYED MAN IN MALAYSIA" MEMTIK KATA-KATA LIM KIT SIANG, SERING SAJA DI-PAPARKAN DI-DADA-DADA AKHABAR PRO PERMERINTAH.

" PELIK TAPI BENAR "

Anonymous said...

Kena tanya Maslan n Zahid agaknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...