Followers

Sunday, May 29, 2011

KJ Gagal Bersihkan Nama Buruk dan Gagal Juga Buktikan Diperlukan Dalam Perjuangan UMNO



PUTRAJAYA - Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 bermula semalam dengan pelbagai acara menarik.
Sejak awal pagi lagi, ribuan belia membanjiri pelbagai lokasi di sini bagi menyertai kira-kira 220 aktiviti yang dianjurkan sepanjang program tiga hari itu.
Dengan penganjuran aktiviti khusus bagi belia, sasaran untuk mencipta sejarah dengan mengumpul sejuta anak muda di Putrajaya dijangka menjadi kenyataan.

Tahniah kepada penganjur kerana sekurang-kurangnya mula berfikir ke arah mendekati generasi muda.

Program ini pasti melibatkan proses perancangan, pengurusan, perbelanjaan dan pelaksanaan yang rapi. Berbagai-bagai pihak rerlibat untuk membantu merealisasikannya.

Daulah melihat  program mega ini sebagai pencetus idea dan pelancaran awal. Selepas ini konsep yang sama perlu dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah.

Diharapkan di peringkat negeri dan daerah, seluruh tenaga kepimpinan belia dapat bergerak dalam usaha mendekati generasi muda yang ternanti-nanti program dan aktiviti yang disediakan untuk mereka.

Hasrat murni mendekati generasi muda hanya akan berjaya jika dapat dilakukan sampai ke peringkat akar umbi. Kerana itu peranan Kementerian bukanlah sekadar mengadakan program mega dengan perbelanjaan besar untuk menunjukkan kemampuan menghimpunan anak-anak muda pada satu-satu masa.

Daulah berpendapat himpunan sebenarnya patut dilakukan di seluruh negara selepas ini. Jika setiap negeri dan daerah dapat melaksanakan konsep himpunan ini, kita akan dapat menghimpunan lebih dari sejuta anak-anak muda di seluruh tanahair.

Tahniah kepada seluruh pegawai-pegawai Kementerian dan semua pihak yang membantu menggerakkan program pencetus ini dan diharap tidak berhenti di sini sahaja setelah perbelanjaan yang begitu besar dicurahkan.

HIMPUNAN SEJUTA BELIA ini tidak mampu memberi impak yang besar kepada politik negara.
HIMPUNAN SEPULUH BELIA di peringkat akar umbi dapat membantu membina masa depan agama, bangsa dan negara.

p/s: KJ semakin gagal membersihkan mnama buruknya dan tetap gagal membuktikan dia diperlukan dalam perjuangan UMNO. Baca seterusnya dari blog rakan Parpukari 

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Usaha kerajaan untuk menDEKATi golongan MUDA seperti menganjurkan acara Himpunan Sejuta BELIA di Putrajaya memang wajar diPUJI dan harapnya kerajaan menJADIkannya sebagai acara TAHUNAN dan bukannya acara berMUSIM atau untuk mencari POPULARITI.. Kita katakan sedemikian kerana golongan MUDA adalah medium 'CHECK & BALANCE' yang boleh dijadikan ukuran oleh pihak kerajaan untuk menentukan tahap SOKONGan rakyat.. Di samping itu, kita jugak berHARAP agar kerajaan menDAPATkan sebanyak mungkin 'FEEDBACK' dari golongan MUDA ini berhubung perlaksanaan dasar-dasar kerajaan dan kerajaan jugak patut meminta mereka berKONGSI idea demi meMAKMURkan negara..

Thursday, May 26, 2011

Kaum Lain Mahu UMNO Menjadi Racist Seperti Mereka


Melayu dituduh racist walaupun kaum lain yang mengamalkan racist. UMNO digelar racist walaupun parti lain berjuang atas dasar racist.
Maka sudah sampai masanya UMNO dan Bumiputera di negara ini menyedarkan kaum-kaum dan parti-parti racist ini akan hakikat yang sebenar.
Baca seterusnya dari blog Empayar Pemuda
Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan penubuhan Kolej UMNO dan memberi biasiswa kepada yang memerlukan. Cadangan ini wajar disambut baik oleh semua orang terutamanya ahli UMNO.
Kita harus menyokong bukan sahaja untuk penubuhan Kolej, tetapi juga terus menyokong sehingga sebuah universiti UMNO dapat ditubuhkan! Mengapa tidak? Jika MCA dan MIC mampu mempuyai universiti dan kolej sendiri mengapa UMNO sebagai tulang belakang BN tidak boleh atau tidak berupaya?
Apakah setelah 53 tahun merdeka, UMNO yang diterajui oleh orang Melayu tidak mampu dan tidak berupaya mempuyai sebuah universiti sendiri? Adakah kita berpuas hati dengan satu-satunya universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk bumiputra seperti Universiti Teknologi Mara?
Pelajar Melayu kebanyakannya amat berharap untuk menyambung pengajian di Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana hanya beberapa kerat sahaja mampu membayar yuran untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta. Cuba bandingkan peratusan pelajar Melayu yang belajar di IPTS dengan pelajar bukan Melayu. Umpama langit dengan bumi!
Inilah masanya UMNO membantu anak-anak Melayu yang gagal mendapat tempat di universiti atau kolej lain untuk ditawarkan ke kolej atau universiti UMNO sendiri dengan menawarkan bisiswa atau pinjaman. Kita percaya UMNO mampu.
Universiti UMNO ini perlulah dimartabatkan menjadi universiti yang berkualiti tinggi dan berinovasi dengan menawarkan kursus sains, perubatan dan berteknologi tinggi.
UMNO perlu berani menongkah arus demi untuk membela untung nasib orang Melayu terutamanya dari kampung, kawasan luar dan pinggiran bandar serta tanah rancangan Felda yang selama ini terus menyokong kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal.
Pembalasan yang setimpal perlulah diberikan kepada anak-anak Melayu ini untuk menjejak kaki ke menara gading. UMNO tidak perlu takut digelar rasis kerana kalau bukan UMNO, siapakah sekarang ini yang akan menolong orang Melayu? Adakah Pas dan PKR akan membantu? Mana mereka beran bersuara untuk orang Melayu...takut DAP marah..
Di samping itu, UMNO juga perlu bertindak pantas memantau dan membantu memenuhi keperluan pelajar Melayu. Misalnya, dalam hal mendapatkan biasiswa, pinjaman.
Juga memperjuangkan nasib mereka bagi membolehkan mereka mendapat tempat di pusat pengajian tinggi, sama ada di dalam atau luar negara. Jangan hanya membiarkan urusan ini ditangani oleh pegawai daripada kementerian atau pihak kerajaan sahaja.
Kita melihat MCA begitu pantas menubuhkan badan khas untuk membantu pelajar Cina yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Badan ini dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong. Kita difahamkan, badan ini mendapat beratus e-mail dan surat daripada ibu bapa dan pelajar.
Adakah kita sudah ada jawatankuasa yang sebegini bagi membantu anak-anak kita atau sekurang-kurangnya ada tempat orang Melayu untuk mengadu? Kita perlu ingat, majoriti orang Melayu masih sayangkan UMNO!
**EP menyokong penuh cadangan Datuk Mukhriz Mahathir untuk menubuhkan Universiti UMNO. Sudah tiba masanya UMNO bertindak bukan sahaja memperjuangkan hak-hak politik orang Melayu tetapi membantu anak-anak muda Melayu dalam bidang pendidikan.


Sunday, May 22, 2011

KJ: Benih Pemusnah UMNO Yang Disemai oleh Pak Lah


Belum pernah kita bertemu dengan seorang budak yang nak jadi pemimpin sebegini teruk dalam sejarah Perjuangan UMNO.

Tak habis-habis mempamerkan kebodohan dan menunjukkan  kedunguannya.

UMNO akan menjadi mangsa jika budak hingusan yang tak berguna ini dibiarkan terus berada dalam saf kepimpinan Pemuda UMNO.

Setakat ini tidak ada mana-mana pihak dari puak pembangkang yang memberi perhatian kepada budah hingusan ni. Seolah-olah mereka suka sangat jika KJ terus berada dalam kepimpinan pemuda UMNO.

Ish...tak kuasa lah aku nak buang masa mengisahkan bahalol ni...banyak kerja lain nak kena settle supaya Perlembagaan Persekutuan tidak digantikan dengan Perlembagaan Malaysian Malysia ciptaan China DAP yang mendapat sokongan fisabilillah Pas dan Pluralisme Anu War Berahim.

Aku perturunkan entry GAP untuk tatapan semua di bawah ini:

GAP

KJ kata 120 ribu ahli pemuda masih tak mendaftar sebagai pemilih.


KJ kata ia dianggap sebagai satu dosa besar.

KJ kata jika pemuda enggan mendaftar,tindakan susulan akan diambil.

KJ kata cadangan hukuman bukan dalam perancangan.

4 perkara di atas adalah isi kandungan ucapan KJ di penang.

point pertama aku setuju, KJ bagitau 120 ribu ahli pemuda tak mendaftar sebagai pemilih. ini lontaran isu.

bila masuk point 2,3 dan 4 aku pandang KJ ni tak paham cara nak selesaikan isu ini. sewajarnya KJ umumkan kempen besar-besaran pemuda umno malaysia untuk tambah pengundi, bukan keluarkan ide merintih ambil tindakanlah,dosa besarlah dll.

KJ dah kenalpasti masalah, sewajarnya tindakan solution diambil segera.

perkara pendaftaran pengundi ni dah lama dibincangkan. tak silap aku exco pemuda malaysia iaitu hishamudin yahya pernah gegarkan isu nisbah pertambahan pengundi  40 nisbah 1.

benda ni pernah kecoh 5-6 bulan yang lalu. sewajarnya bila dah diketahui permaslahan, KJ selaku ketua pemuda pada waktu itu harus mengambil tindakan pro aktif, bukannya pasif.

ucapan KJ di penang sekadar lontaran isu, cakap-cakap pastu ia melayang bergentayangan ke awan biru.

buatlah kempen bro, lupakan aktivitas yang lain. 120 ribu ahli pemuda yang tak mendaftar tu rugi besar kalau dibiarkan.

Comments

 



Anonymous Anonymous said...
KJ baru sedar , dia seorang ketua pemuda UMNO ..selama ini dia duk ingat menjadi pengerusi Pemuda BN sahaja....itu kadangkala....isu yang diutarakan ketika menjadi pengerusi ketua pemuda BN menguntungkan pembangang...terutamanya kaum cina dan tamil hindu
May 22, 2011 7:26 PM
Anonymous Omar Ja'afar said...
pasal mengundi ni memang orang muda kurang minat, bukan semua bersikap demikian, kecuali di janjikan dengan bermacam hiburan yang free, maka suka lah mereka, pun tidak ada guarantee mereka akan keluar mengundi, cara terbaik sentiasa sedarkan mereka kepentigan undi mereka, tak payah lah jatuhkan hukuman berdosa, mereka bukan peduli pun malah tak minat, kecuali makwa ajak dating, sudah tentu mereka bangun 6 pagi dan bersikat 10 kali, itu pengorbanan nama nya bagi mereka, lantaran tiada rasa kesedaran peringatkan mereka senantiasa, ini harus di galakan oleh orang yang lebih dewasa dan matang, biasa nya mereka akan sedar di sekitar umur 30an, mungkin agak lambat sedikit. Tapi lebih baik dari tidak mengundi langsung
May 22, 2011 7:28 PM
Anonymous Anonymous said...
CUBA G TENGOK BLOG MIM..TENGOK MACAMANA PADERI KRISTIAN HINA NABI DAN PEMAINKN AGAMA ISLAM!!!!
May 22, 2011 7:40 PM
Anonymous Servant of God said...
Bro GAP,
Aku setuju sangat. Setakat bagi jumlah pengundi belum berdaftar, tapi tak lakukan corrective measure, apa guna? Aku boleh buat. Ko boleh buat. Kutty boleh buat.
Announcekan laa sekali strategi. Baru mantap. 
Ini, KJ nak tunggu sapa nak suruh? Dah dia ketua! Hai...
Seriously, aku sangat2 berharap yang berkali ganda lebih baik daripada lulusan Oxford nih. Macam nih memang sah laa budak lepasan UiTM lebih bagus.
May 22, 2011 7:48 PM
Anonymous Saya Anwar Pundekotey said...
Ada "ketua" pemuda macam ni la menyebabkan kenapa generasi muda sekarang lebih cenderung kepada PKR. Sebab PKR dilihat lebih seksi. Ada program-program yang bernafas baru.
Kalau PKR yang hadapi masalah ni aku rasa diorang dah pergi buat kempen untuk mudahkan ahli-ahli daftar jadi pengundi ni. Buat roadshow ke, konsert belia ke, sambil ajak SPRM bukak booth untuk sign up pengundi baru.
Bukan duduk mengeluh sambil buat roadshow bangang keliling Penang macam "ketua" yang sekor ni.
Nota: saya dah memang pemilih berdaftar pun. Anda, bagaimana?
May 22, 2011 8:05 PM
Anonymous Anonymous said...
letak je jawatan, wahai askar wataniah.
May 22, 2011 8:23 PM
Anonymous Anonymous said...
KJ xpayah cakap jer byk,buat kerja la sejak pegang jawatan lagi pemuda buat kerja agresif sikit, nak PRU br nak buat besar-besaran daftar pengundi.Aku tgk pemuda bahagian,cawangan di tempat aku lesu jer takde langsung aktiviti yang mendekati rakyat,bila orang besar turun padang br la mereka ni nak buat itu ini
May 22, 2011 8:27 PM
Anonymous Anonymous said...
siapa dia nak hukum,nanti orang benci kat bn,kepala biul.buat la kempen nak daftar,belum jadi ....da nak macam diktator.kepala otak dia ,jangan tido macam... dia.selama ni buat apa sebagai ketua pemuda,bila da projek baru menyalak kot,untuk dapat projek konon-konon orang yany perhatin.
May 22, 2011 8:58 PM
Blogger otaistillkick said...
Patutlah KJ ini tidak di masukan dalam senarai Menteri.... rupanya tidak bolih pakai ...
May 22, 2011 9:12 PM
Anonymous Anonymous said...
so apa kau nak buat KJ????apa ekau nak buek????kau nak suruh pemuda daftar tapi cara ekau macam suruh pemuda daftar masuk wataniah.
Kau tgk Dapigs punya cara.dia turun sampai kebawah, no tel dioarang dpt sampai sms pelbagai isu yg di update.Ekau????kang kalau aku carut kau dengan KP bahaagian aku pun mendapat.Psl KP bahagian aku undi kau, walaupun undi solid ahli bahagian aku kau tak dpt.addddooooooooi pemuda.pitam aku!!!
May 22, 2011 10:04 PM
Blogger Melayu Perak said...
Saya syorkan UMNO tiap-tiap bahagian di semenanjung ni....
Liskan nama ahli yang belum mendaftar...ini boleh didapati dengan cross check daftar SPRM dan Ahli bahagian...
Kemudian HANTAR SURAT ke ahli-ahli yang belum mendaftar....
1 bulan lagi cek senarai ahli dalam daftar SPRM ada ke tidak...kalau tak ada ulang sehingga nama ahli terdaftar...
May 22, 2011 10:36 PM
Anonymous Saya Anwar Pundekotey said...
@Melayu Perak:
pendapat aku, kalau nak orang mendaftar kena permudahkan untuk diorang. Hulur carrot, bukan stick macam yang KJ bingai labu ni nak buat. Dan carrot tu mestilah menarik secara tak sedar.
Kalau aku jadi KJ, mula-mula aku arah orang bawah aku cari tengok, kat area mana yang ramai pemuda tak mendaftar undi lagi. Pas tu area tu lah yang aku akan fokuskan. Buat satu keraian - pesta tani ke, joget ke, menda ke - kemudian mintak SPRM datang bukak booth. Hantar surat ni tak menjadi. Aku selalu buang je surat-surat rasmi ni.
May 22, 2011 11:08 PM

Friday, April 29, 2011

KJ Serah Passport, Nuar Berahim Pergi Beli Pump, Lepas Tu Tuduh Najib Konspirasi


Dengan penuh setia dan rasa tanggungjawab, KJ menyerahkan dengan tangannya sendiri passport antarabangsa kepada Nuar Berahim sebaik sahaja melangkah kaki keluar penjara Sungai Buluh.

Tanpa berlengah Nuar Berahim segera mencari "pump istimewa" untuk membesarkan senjata sulitnya. Dan bermula dengan bantuan KJ itulah Nuar Berahim bebas menggunakan senjata sulitnya berterusan kerana telah bertambah besar.


...semua kesan pump menghasilkan bentuk yang sama...kata pakar

Dengan itu juga Wan Azizah berbangga dan mengumumkan kepada dunia bahawa Nuar Berahim adalah anugerah tuhan dan Nurul Izzah mengistiharkan papanya hebat.


Begitulah ceritanya.


KJ serah tangan passport kepada Nuar Berahim dengan penuh kesetiaan dan kasih sayang, Nuar Berahim pergi beli pump untuk membesarkan senjata sulitnya.

Tetapi Najib pula yang kena tuduh.

Bila pula agaknya KJ Pemuda BN tu nak beritahu dunia bahawa Najib tidak terlibat dengan rekayasa konspirasi?

Thursday, April 28, 2011

KJ dah mula jalankan TUGAS yg diharapkan oleh Nuar Berahim dan DAP..apahal ni?


Daulah dah beritahu banyak kali, KJ ni liabiliti pada UMNO, pada BN, pd bangsa, agama dan negara.

Apa sahaja yang keluar dari mulutnya, hanya menggambarkan kebodohan...kebodohan dan kebodohan.

Inilah masalahnya jika rasa diri pandai, lebih bijak dari orang lain. Orang tua-tua dulu menggambarkan KJ ini sebagai "Bodoh alang", maksudnya orang bodoh yang duduk di atas tetapi rasa dirinya pandai. 

Sehingga mengganggu organisasi dan menjadi beban kepada pemimpin dan ahli-ahli yang lain. KJ ini ibarat "cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar.

KJ ingat, pandangannya adalah pandangan baru, pandangan orang muda, pemikiran generasi yang berbeza...sebenarnya pandangan bodoh yang tidak diperlukan.

Eloklah KJ mendiamkan diri dari membantu Nuar Berahim dan DAP merenggangkan hubungan BN Sarawak dengan Semenanjung.

Baca seterusnya dari blog sahabat Taiping Mali

Leaders of state Barisan Nasional (BN) component parties in Batu Kawah have called on Umno Youth chief Khairy Jamaluddin and MCA vicepresident Senator Gan Ping Sieu to respect Sarawak's 'political uniqueness'. 

In a joint press statement, Tan Joo Phoi of SUPP, Datuk Ahmad Ibrahim of PBB, Cpt Zainuddin Tan Sri Hamdan of SPDP and Lau Ting Ping of PRS lambasted the duo for asking for the resignation of Pehin Sri Abdul Taib Mahmud as Chief Minister.

Ahmad, who acted as spokesman, said they, as members of home-grown BN parties, felt insulted and offended by the remarks recently made by Gan and Khairy.

"Let it be clear to all Malaysians, the political destiny of the people of Sarawak is determined by and belongs to all the people of Sarawak and not outsiders. 

Please respect our political platform as we intend to keep it as such," he said in the statement. 

He also pointed out that the people of Sarawak have decided in the justconcluded state election that Taib's leadership is still needed. 

"When Pehin Sri wishes to retire, it is entirely up to him. He has the mandate from the people to govern. 

"We believe Gan and Khairy should retract their statements and apologise not only to the honourable Chief Minister, but to all Sarawakians for being insensitive, ignorant and acting way out of line," he said




5 Comments - Show Original PostCollapse comments



Anonymous Anonymous said...
KJ dan Gan sila main jauh jauh dan jangan nak kan publisiti murahan dengan mengeluarkan pandangan yang bangang dan hanya mempertontonkan kebodohan awak dan ianya bukan pandangan pemuda UMNO mahu pun BN, orang Sarawak tahu menentukan masa depan politik mereka, tak perlu hendak membawa suara PKR dan DAP ke Sarawak. Kalau pun nak tanding naib presiden UMNO pada pemilihan agong akan datang, jangan lah jadi alat pembangkang dan publisiti murahan kerana UMNO dah jelik dengan kenyataan bodoh awak. Ada faham?
April 26, 2011 10:50 AM
Delete
Blogger Mohd said...
Najib tahu bhw KJ adalah proksi Anwar dlm UMJNO. Itulah sebabnya KJ tidak diberi sebarang jawatan Menteri. Najib, jangan calonkan KJ utk bertanding di PRU13 nanti. Apa gunanya musuh dlm selimut?
April 26, 2011 11:36 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...
Kj, Kj............ Dulu masa pak mertua u berkuasa boleh lah cakap apapun....U cakap taik pun orang respek. Sekarang, sori .... keadaan dah berbeza. Apalagi kalau u merapu tak tentu pasal....tak tahu menahu pasal politik Sarawak pun nak komen hal Sarawak dan macam macam benda yang u cakap banyak yang mencarut.
April 26, 2011 11:43 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...
haha.. KJ is my leader, PEMUDA UMNO, i am not one of his so-called 'budak KJ'.. but as a member of PEMUDA, i do obliged to obey and respect my leader until its due (pemilihan baru). next party election we, the whole PEMUDAs will decide he is liability @ not. same thing goes to PM. We might not agree on everything he decide, suggest etc but still he is our leader, until the whole majority decide otherwise on the proper battle field. Nie nampak sangat kempen awal2, bukan tak boleh tapi makin lama makin memualkan.. last2 semua PEMUDA yang disisihkan dan UMNO yang kerugian. Potensi ahli baru semua beralih ke pembangkang coz ada senior cam korang.. dekat2 nak pemilihan baru la, nie sepanjang tahun benda sama jeee.. sekarang semua org pandang PEMUDA semacam je. ish ish.. but the truth is, what both of em' said was right. Pandangan generasi baru mahukan sesuatu yang bold dan baru. berbeza dengan situasi KJ, Pehin Sarawak nie dah masanya untuk bertukar. Bisnes anak beranak semua tu takpa la.. teruskanlah. cuma kepimpinan nya walau rapat dengan Pusat, tapi jauh dengan rakyat. Rakyat undi BN sekarang di Sarawak mostly bukan sebab calon bagus sangat, tapi sebab sayangkan parti jer.. jangan biar benda nie berlalu sudah sementara rakyat masih percayakan BN (bukan calon!!!) terbaru nak tambah calon dari kaum CINA lak dlm kabinet sarawak.. haha, politik takuk lama la.. orang nak tgk benda yang daring, bold dan berani..baru timbul rasa hormat dan bangga.. nie.. hmmmm
April 26, 2011 12:12 PM
Delete
Blogger Penditakainsingkat said...
Anon 12:12'  Jangan kecil hati jika pemuda dianggap "semacam jer".  Pemuda di peringkat bawahan tak bersalah. Nasib mereka dapat Ketua yang tak sesuai, tak berkesan, tak diperlukan dlm perjuangan UMNO masa kini. Pak Lah jadi Presiden UMNO dan PM yang tak berkesan dan dikeluarkan dengan segera dari perjuangan. Pak Lah jadi liabiliti pd agama, bangsa dan negara. Ahli UMNO dah buat keputusan yang betul, mantap dan segera. Tapi nak pulihkah kemusanahan bukan perkara mudah.  Samalah dengan KJ..kemusnahan pd perggerakan pemuda sudah sampai ke tahap optimum. Kepimpinan yang lain perlu mangambil tindakan membetulkan kerosakan ini dengan segera dan biarlah KJ berada di situ sehingga pemilihan akan datang.  DS Najib dah beri peluang seluas-luasnya pd KJ untuk betulkan diri dan betulkan pergerakan permuda. Sebab itu tidak dibebankan dengan jawatan lain dlm kabinet supaya dia boleh fokus pada pergerakan pemuda.  Sayang KJ gagal melihat kebijaksanaan DS Najib dalam hal ini. KJ sepatutnya fokus pd pengundi muda yang bakal menentukan keputusan PRU 13. Tangan kirinya memegang senarai pengundi muda dan tangan kanannya mengatur program dan aktiviti bersama pemimpin di semua peringkat.  KJ tak lakukan. KJ hanya buat program yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pergerakan pemuda. Misalnya menyampaikan kerusi roda pd oku, mengecat rumah, membancuh simen dan menyusun batu bata, yang kesemuanya boleh dilakukan oleh jabatan kebajikan.  KJ berminat nak membaikpulih imejnya yang sudah tidak boleh dibaiki lagi. Kepada kepimpinan pemuda...terimalah hakikat ini. KJ gagal dan KJ adalah liabiliti kepada UMNO yang patut disingkirkan dengan segera sebagaimana Pak Lah disingkirkan untuk kebaikan parti, agama, bangsa dan negara.  Alasan bahawa idea generasi muda tidak sama dengan generasi tua tidak boleh diterima. UMNO tidak ada generation gap. UMNO bergerak sebagai satu entiti, bukan berasingan antara pemuda, puteri dan wanita.  Mendekati secara lebih fokus terhadap senarai pengundi muda adalah strategi jangka pendek untuk memenangi PRU 13.  KJ Bermotosikal dengan kelompok kecil pemuda keliling bandar dan kampung tidak menyambang apa-apa melainkan hanya untuk popularkan diri sahaja.  Kerja sendiri tidak dilaksanakan. Nak tunjuk pandai dengan memberi komen bukanlah peranan yang dikehendaki oleh UMNO dan DS Najib. Hanya memalukan golongan muda yang GAGAL nak tunjukkan benda yang daring, bold dan berani..bila akan timbul rasa hormat dan bangga?
April 28, 2011 1:49 AM
Delete
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...