Followers

Thursday, May 26, 2011

Kaum Lain Mahu UMNO Menjadi Racist Seperti Mereka


Melayu dituduh racist walaupun kaum lain yang mengamalkan racist. UMNO digelar racist walaupun parti lain berjuang atas dasar racist.
Maka sudah sampai masanya UMNO dan Bumiputera di negara ini menyedarkan kaum-kaum dan parti-parti racist ini akan hakikat yang sebenar.
Baca seterusnya dari blog Empayar Pemuda
Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan penubuhan Kolej UMNO dan memberi biasiswa kepada yang memerlukan. Cadangan ini wajar disambut baik oleh semua orang terutamanya ahli UMNO.
Kita harus menyokong bukan sahaja untuk penubuhan Kolej, tetapi juga terus menyokong sehingga sebuah universiti UMNO dapat ditubuhkan! Mengapa tidak? Jika MCA dan MIC mampu mempuyai universiti dan kolej sendiri mengapa UMNO sebagai tulang belakang BN tidak boleh atau tidak berupaya?
Apakah setelah 53 tahun merdeka, UMNO yang diterajui oleh orang Melayu tidak mampu dan tidak berupaya mempuyai sebuah universiti sendiri? Adakah kita berpuas hati dengan satu-satunya universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk bumiputra seperti Universiti Teknologi Mara?
Pelajar Melayu kebanyakannya amat berharap untuk menyambung pengajian di Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana hanya beberapa kerat sahaja mampu membayar yuran untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta. Cuba bandingkan peratusan pelajar Melayu yang belajar di IPTS dengan pelajar bukan Melayu. Umpama langit dengan bumi!
Inilah masanya UMNO membantu anak-anak Melayu yang gagal mendapat tempat di universiti atau kolej lain untuk ditawarkan ke kolej atau universiti UMNO sendiri dengan menawarkan bisiswa atau pinjaman. Kita percaya UMNO mampu.
Universiti UMNO ini perlulah dimartabatkan menjadi universiti yang berkualiti tinggi dan berinovasi dengan menawarkan kursus sains, perubatan dan berteknologi tinggi.
UMNO perlu berani menongkah arus demi untuk membela untung nasib orang Melayu terutamanya dari kampung, kawasan luar dan pinggiran bandar serta tanah rancangan Felda yang selama ini terus menyokong kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal.
Pembalasan yang setimpal perlulah diberikan kepada anak-anak Melayu ini untuk menjejak kaki ke menara gading. UMNO tidak perlu takut digelar rasis kerana kalau bukan UMNO, siapakah sekarang ini yang akan menolong orang Melayu? Adakah Pas dan PKR akan membantu? Mana mereka beran bersuara untuk orang Melayu...takut DAP marah..
Di samping itu, UMNO juga perlu bertindak pantas memantau dan membantu memenuhi keperluan pelajar Melayu. Misalnya, dalam hal mendapatkan biasiswa, pinjaman.
Juga memperjuangkan nasib mereka bagi membolehkan mereka mendapat tempat di pusat pengajian tinggi, sama ada di dalam atau luar negara. Jangan hanya membiarkan urusan ini ditangani oleh pegawai daripada kementerian atau pihak kerajaan sahaja.
Kita melihat MCA begitu pantas menubuhkan badan khas untuk membantu pelajar Cina yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Badan ini dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong. Kita difahamkan, badan ini mendapat beratus e-mail dan surat daripada ibu bapa dan pelajar.
Adakah kita sudah ada jawatankuasa yang sebegini bagi membantu anak-anak kita atau sekurang-kurangnya ada tempat orang Melayu untuk mengadu? Kita perlu ingat, majoriti orang Melayu masih sayangkan UMNO!
**EP menyokong penuh cadangan Datuk Mukhriz Mahathir untuk menubuhkan Universiti UMNO. Sudah tiba masanya UMNO bertindak bukan sahaja memperjuangkan hak-hak politik orang Melayu tetapi membantu anak-anak muda Melayu dalam bidang pendidikan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...