Followers

Sunday, May 29, 2011

KJ Gagal Bersihkan Nama Buruk dan Gagal Juga Buktikan Diperlukan Dalam Perjuangan UMNO



PUTRAJAYA - Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 bermula semalam dengan pelbagai acara menarik.
Sejak awal pagi lagi, ribuan belia membanjiri pelbagai lokasi di sini bagi menyertai kira-kira 220 aktiviti yang dianjurkan sepanjang program tiga hari itu.
Dengan penganjuran aktiviti khusus bagi belia, sasaran untuk mencipta sejarah dengan mengumpul sejuta anak muda di Putrajaya dijangka menjadi kenyataan.

Tahniah kepada penganjur kerana sekurang-kurangnya mula berfikir ke arah mendekati generasi muda.

Program ini pasti melibatkan proses perancangan, pengurusan, perbelanjaan dan pelaksanaan yang rapi. Berbagai-bagai pihak rerlibat untuk membantu merealisasikannya.

Daulah melihat  program mega ini sebagai pencetus idea dan pelancaran awal. Selepas ini konsep yang sama perlu dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah.

Diharapkan di peringkat negeri dan daerah, seluruh tenaga kepimpinan belia dapat bergerak dalam usaha mendekati generasi muda yang ternanti-nanti program dan aktiviti yang disediakan untuk mereka.

Hasrat murni mendekati generasi muda hanya akan berjaya jika dapat dilakukan sampai ke peringkat akar umbi. Kerana itu peranan Kementerian bukanlah sekadar mengadakan program mega dengan perbelanjaan besar untuk menunjukkan kemampuan menghimpunan anak-anak muda pada satu-satu masa.

Daulah berpendapat himpunan sebenarnya patut dilakukan di seluruh negara selepas ini. Jika setiap negeri dan daerah dapat melaksanakan konsep himpunan ini, kita akan dapat menghimpunan lebih dari sejuta anak-anak muda di seluruh tanahair.

Tahniah kepada seluruh pegawai-pegawai Kementerian dan semua pihak yang membantu menggerakkan program pencetus ini dan diharap tidak berhenti di sini sahaja setelah perbelanjaan yang begitu besar dicurahkan.

HIMPUNAN SEJUTA BELIA ini tidak mampu memberi impak yang besar kepada politik negara.
HIMPUNAN SEPULUH BELIA di peringkat akar umbi dapat membantu membina masa depan agama, bangsa dan negara.

p/s: KJ semakin gagal membersihkan mnama buruknya dan tetap gagal membuktikan dia diperlukan dalam perjuangan UMNO. Baca seterusnya dari blog rakan Parpukari 

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Usaha kerajaan untuk menDEKATi golongan MUDA seperti menganjurkan acara Himpunan Sejuta BELIA di Putrajaya memang wajar diPUJI dan harapnya kerajaan menJADIkannya sebagai acara TAHUNAN dan bukannya acara berMUSIM atau untuk mencari POPULARITI.. Kita katakan sedemikian kerana golongan MUDA adalah medium 'CHECK & BALANCE' yang boleh dijadikan ukuran oleh pihak kerajaan untuk menentukan tahap SOKONGan rakyat.. Di samping itu, kita jugak berHARAP agar kerajaan menDAPATkan sebanyak mungkin 'FEEDBACK' dari golongan MUDA ini berhubung perlaksanaan dasar-dasar kerajaan dan kerajaan jugak patut meminta mereka berKONGSI idea demi meMAKMURkan negara..


Namun demikian, untuk mengatakan golongan MUDA telah kembali menyokong kerajaan dengan penganjuran Himpunan Sejuta BELIA ini adalah kurang TEPAT.. 'MOOD' golongan MUDA sukar diduga dan sentiasa berUBAH.. Mereka boleh mengubah pandangan mereka hanya dengan ISU yang KECIL atau pun mengikut EMOSI masing-masing.. Jika acara sebegini adalah cubaan UMNO/BN untuk meRAIH sokongan POLITIK, kita HARAP hentikanlah dan lebih baik jika mereka dalam UMNO/BN yang cuba menyelit sekaki dalam acara sebegini turun JUMPA rakyat beramai-ramai untuk TABUR bakti! Itu yang dimahukan oleh RAKYAT sebenarnya..

UMNO/BN harus sedar bahawa masih banyak lagi ISU yang perlu diBERESkan sebelum mendabik dada mendakwa menDAPAT sokongan golongan MUDA.. Yang paling penting, golongan MUDA ingin melihat bagaimana UMNO/BN mengawal tingkah-laku ahli-ahli POLITIK mereka yang tidak diSENANGi oleh mereka.. Golongan MUDA bukannya BODOH untuk dikatakan tidak dapat meNILAI siapa ahli POLITIK dari UMNO/BN yang berKHIDMAT kepada RAKYAT dan siapa pulak yang kejenya cuma cari PUBLISTI untuk diri sendiri!Golongan MUDA jugak tertanya-tanya kenapa ada sorang ahli POLITIK murahan dari UMNO cuba nak tunjuk KONONnya dia adalah IKON kepada golongan MUDA sedangkan JUTAan orang tak kira MUDA atau TUA di negara ini naik MELUAT dengan dia?

Ke sana-sini dia nih pergi untuk memPROMOSIkan dirinya.. Kalau semasa mengHADIRi Mesyuarat Pemuda UMNO Cheras ada seorang berMENTALITI TAIK menDESAK DS Najib beri jawatan MENTERI kat dia, kali nih dia cuba pulak nak main 'PSYCHO' dengan kepimpinan UMNO berhubung PRU-13.. ->KLIK<-

KONONnya dia nak perINGATkanlah kepada Pemuda UMNO yang semakin menjadi 'PEMALU' nih tidak boleh sama sekali mengambil MUDAH pilihanraya tersebut kerana jika silap perhitungan, UMNO dan orang MELAYU akan kehilangan kuasa.. Entah SEJAK bila pulak dia mengaku BELA Melayu sedangkan sebelum INI bukan main lagi dia berGADUH dengan PERKASA pasal dia anggap PERKASA pengHALANG kepada konsep 1 Malaysia DS Najib? ->KLIK<-

Orang POLITIK memang ramai yang LIDAH berCABANG tetapi jarang yang benar-benar nak TUNJUKkan dia LIDAH berCABANG kecuali dia nih! Untuk itu, UMNO/BN patut jelaskan kepada UMUM adakah dia nih LAYAK untuk menjadi 'SUARA' kepada UMNO/BN terutamanya untuk berHADAPan dengan golongan MUDA? Mungkin UMNO/BN terpaksa cari tokoh lain sebagai IKON untuk orang MUDA selain dia nih..Terlampau banyak UMNO/BN nak kena 'COVER' untuk dia sorang aje perihal keje masa LAMPAU dia yang buat RAKYAT marah sedangkan UMNO/BN jugak perlu berkerja keras mengembalikan SOKONGAN yang terjejas diSEBABkan oleh dia nih jugak semasa PRU 2008 dahulu? Kan SENANG aje kalau kasi TENDANG aje dia nih? HE!HE!HE! 

UMNO/BN jangan INGAT golongan MUDA begitu MUDAH diperBODOHkan oleh tokoh macam dia nih.. Antara isu HANGAT yang menjadi penyebab golongan MUDA menolak UMNO/BN semasa PRU 2008 dahulu ialah isu bagaimana dia nih dapat DUIT beli saham ECM Libra sedangkan apa sangatla KERJA dia masa tuh? ->KLIK<-

Yang lebih SYOKnya, WIKIPEDIA pun siap tulis perkara yang SAMA pasal isu nih dalam PROFILnya.. ->KLIK<-

Untuk itu, kita PERCAYA ramai golongan MUDA yang hadir di Putrajaya ingin berTANYAkan soalan yang SAMA.. Ini kerana berapa RAMAI golongan MUDA atau BELIA yang dapat diPINJAMkan duit oleh 'SOMEBODY' sebanyak berjuta-juta RM untuk beli saham ECM Libra? Sedangkan BELIA nak berniaga dengan pinjam DUIT dari BANK pun kena SEKSA dengan pelbagai cara? Tiba-tiba pulak MUDAH aje dia nih dapat PINJAMAN berjuta-juta RM? LOGIKnya, siapakah yang sanggup berikan pinjaman sebanyak itu? Apakah CAGARAN atau JAMINAN untuk pinjaman sebesar itu? Siapakah penJAMINnya? Soalan ini SEMUA laratke UMNO/BN nak tolong JAWABkan? Atau nak MINTAK beberapa JURUBLOG yang telah 'diBELI' olehnya untuk 'SPIN'kan? HE!HE!HE!

Nukilan Tukang Dok Peghati







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...