

KUALA LUMPUR 8 April - Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan sebagai mengotakan janjinya untuk berbuat demikian jika Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA.
Berikutan keputusan itu, Mei Fun melepaskan jawatan sebagai Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor; Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) parti, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta sebagai senator.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Terbukti Datin Paduka Chew Mei Fun seorang pemimpin wanita yang bijak dan berprinsip. Melepaskan jawatan tetapi kekal dalam parti malah berikrar pula untuk menyokong parti tanpa syarat.
Kebijaksanaannya juga terserlah apabila mengambil tindakan dengan cepat supaya tidak mengganggu parti menghadapi PRU Hulu Selangor dan di Sarawak nanti. Beliau sanggup "keluar baris" bukan kerana tidak disukai oleh organisasi, tetapi kerana ada maruah, ada prinsip.
Tindakan beliau mempunyai nilai kemanusiaan yang amat tinggi yang menggambarkan bahawa kepentingan peribadi bukanlah asas perjuangannya. Beliau berani, tegas dan sangat bermaruah apabila mempertahankan prinsip yang dipegangnya.
Prinsip yang mulia adalah maruah diri yang tiada pada seorang yang rakus.




