Followers

Thursday, January 13, 2011

Khairy Merusuh Kembali: Mula Minta Bantuan Nuar Berahim Pulak Dah..

..tolonng...tolooonggg...aku sedang hanyut kelemasan...

Tanpa menghiraukan pendirian YAB Perdana Menteri, Khairy mula menampakkan sikap biadap dan berhajat merusuh kembali.


Kali ini bukan merusuh di jalanan, tetapi mempamerkan penentangannya terhadap Kepimpinan UMNO yang tidak merestui hasratnya bermain sandiwara dengan Nuar Berahim. Rakyat sedia maklum bahawa Nuar Berahim sedang tenggelam dalam arus politik semasa dan memerlukan bantuan untuk terus bernafas. Khairy datang dan bersungguh-sungguh menghulurkan tangannya yang juga sedang kelemasan.

Keinginan Khairy berdebat dengan bekas banduan itu sememnagnya tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap survival UMNO, BN, Negara dan Rakyat. Malah lebih kepada keperluan peribadinya yang semakin hanyut dan tenggelam dalam arus perdana perjuangan parti dan kerajaan.

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengulangi pendirian bahawa beliau sedia mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya berhubung Pelan 100 Hari pembangkang.

Khairy berkata, beliau akan meneruskan usahanya termasuk menulis surat kepada Anwar berhubung pelawaan itu untuk berdebat tanpa meletakkan sebarang syarat.

Menurutnya, sebagai Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), beliau sedia menyambut cabaran Anwar untuk berdebat walaupun ditolak ketua pembangkang itu.

''Saya tawarkan diri dan terpulang kepada Anwar sama ada dia mahu menerima saya atau tidak," katanya di sini hari ini.

YAB DS najib dengan tegas dan jelas mengenepikan lakonan Nuar Berahim kerana hanya membazirkan masa sahaja. Beliau dengan ikhlas menyerahkan kepada rakyat untuk menilai di antara program yang sudah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk Rakyat dengan apa yang dijanjikan oleh bekas banduan itu.

Tak semena-mena pula Khairy menentang arus berusaha dengan ghairahnya untuk meneruskan debat sia-sia itu. Walaupun Khairy terpaksa mengisytiharkan dirinya tidak mewakili kerajaan tetapi perdebatan antara dua Ahli Parlimen.



Alahai tak bijaknya watak liabiliti ini!

Khairy lupa agaknya dia adalah Ahli Parlimen yang mewakili UMNO-BN. Khairy masih berfantasi bahawa dia adalah Ahli Parlimen yang dilantik oleh Pak Lah!

Paling nampak sangat tidak cerdik dan terlalu jauh berimaginasi apabila Khairy menyatakan:

"Saya mempunyai perspektif yang sedikit berbeza dan mungkin lagi kritis. Justeru, saya rasa tidak salah kalau kita bincang demi kebaikan rakyat dan masa depan ekonomi negara.

Apalah yang dapat Khairy sumbangkan melalui perspektif yang lebih kritis sedangkan semua Ahli UMNO dan rakyat sudah maklum dia adalah Ketua Pemuda Malaysia yang gagal dan terus menerus menjadi liabiliti.

Sebagai Ahli Parlimen UMNO-BN, eloklah Khairy akur dengan pendirian YAB DS Najib dalam hal ini. Usahlah tunjuk perasaan merusuh kerana itu adalah sifat-sifat peribadi bekas banduan yang juga sedang hanyut kelemasan.

Khairy dan Nuar Berahim dilihat sama-sama hanyut dan sedang kelemasan.

Bolehkah dua orang yang sedang tenggelam bergayutan untuk menyelamatkan diri? Sedangkan arus deras terus menerus mengalir tanpa mempedulikan mereka.

















3 comments:

sri tribuana said...

salam, saya sudah linkkan blog saudara ke blog saya.

Anonymous said...

haha..

kadang2 kelakar pulak.. tu la dah nasib KJ kot. kalau dia duk senyap org cakap bukan dia saje, malahan semua Pemuda malas, lembap, kroni anwar pe semua..

Bila KJ nak debat ngan anwar, di katanya tak selaras dengan PM pulak.. ntah saya Pemuda tapi bukan penyokong KJ pun. Cuma yang betul betul jugak.. kalau Pemuda UMNO tak berani nak cabar Anwar..takkan nak biar PM lak layan kerenah anwar tu.. biar la yang Pemuda ni jadi baris hadapan berdepan dengan politik2 monyet nie..PM & senior focus kat pembangunan negara dah la.. then nak tak nak barulah org nampak Pemuda kuat..

Masalahnya, senior semua tak nampak yang tindakan memulaukan KJ nie mula2 best, tapi lama2 makin memualkan org muda..seolah2 kami Pemuda langsung takde fungsi lagi hanya kerana ketua kami KJ..bukan kami undi dia pun..& andai ada ruang hari ni jugak kami undi orang lain jadi ketua..tapi for the time being nak tak nak kenalah terima baik buruk dia..dah dia ketua..kecuali PM guna autonomi dia gugurkan KJ terus dari peta UMNO..tapi sape nak buat suicidal politik bro??

Dan di sebalik semua keburukan KJ yang di khabarkan.. satu yang pasti.. KJ memang pandai berdebat.. dan umum tau dia memang petah berkata-kata. Jadi apa salahnya biarkan KJ je yg melayan Anwar tu.. takkan nak buat diam jer cam Si Keris tu dgn harapan lama2 org tak ingat dah..sori la, perwakilan maybe sayang dia. tapi kami UMNO akar umbi dah fed up dgn pemimpin jaga punggung sendiri nie. amaran-amaran-amaran tak habis2..bila masanya kita nak bertindak???

Apa senior semua ingat semua rakyat Malaysia nie bodoh piang ker semua. Maybe anwar akan popular balik bila berdebat, tapi dalam masa sama nampak jjugaklah kebodohan intipati debat dia.. spin dia per semua.. & KJ kalau ikut rekod lampau bukannya mudah sangat nak di tewaskan di pentas debat.. biar rakyat semua tengok KEBODOHAN HUJAH ANWAR & CAMNE SPIN DIA NAK BUAT.. cuma 1 je, senior dan semua warga BN kena support dia bagi fakta secukupnya tuk lawan hujah anwar tu.. jgnlah marahkan nyamuk kelambu dibakar saudara2ku semua.. hal KJ tu nanti pemilihan balik UMNO kita balun la dia, Pak Lah bukannya ada lagi pun power nak cover KJ lagi dah!!.. buat masa sekarang apa salahnya kita bersatu untuk kebaikan parti..ish2 cam budak2!!!

Penduga Arus

Anonymous said...

sebusuk2 daging, dibasuh2..dimakan juga. semuanya tlh brlaku, wahai barisan nasional pembela bangsaku..bersatulah, tentanglah manusia pembangkang penghancur bangsa di luar sana..jgn tanganmu sendiri menghancurkan barisan yg mnjadi harapanku sedari kecil lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...