Followers

Monday, January 10, 2011

Khairy Setiakawan: Rahsia 5 Minit Bersama DS Najib

...hidup Setiakawan...
Setiakawan...Setiakawan...

Khairy adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia yang kalah dan tidak diikhtiraf kemampuannya oleh seluruh Ahli dan Pemimpin UMNO, kecuali geng "setiakawan".

Tetiba Khairy Jamaluddin umumkan tidak mahu berkongsi rahsia pertemuannya dengan DS Najib. "Biarlah ia menjadi rahsia beliau dengan DS Najib".

Sebenarnya tidak ada siapapun yang ingin mengambil tahu tentang hal pertemuan itu. Tidak ada siapa yang ingin membuat spekulasi atau andaian yang tidak perlu. Bukan sahaja membuang masa tetapi semua beranggapan, apapun rahsianya, sudah tidak relevan dengan keperluan UMNO sekarang.

Fokus kita sekarang ialah bagaimana UMNO-BN harus menang PRU-13. Apa rahsia dan strategi kita yang paling berkesan. Apa rahsia pengundi muda mahu bersama-sama kita. Apa rahsia kita menundukkan dakyah dan tindakan subersif serta berbau gengterism Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Umum sudah mengetahui kemenangan Khairy merebut jawatan ketua pemuda diprcayai ada kaitan dengan rasuah. Kerana itu kemenangannya menjadi tidak sah dari sisi moral dan semangat tulen perjuangan Umno. Jadi hakikatnya Khairy tertolak dengan sendirinya lantas menjadi lliabiliti yang berterusan di dalam UMNO.

...mungkin benih yang ditanam Pak Lah itu baik..
Tapi Pak Lah salah pilih ladang agaknya...

Kerana itulah dalam menyusun kabinetnya Najib tidak menamakan Khairy sebagai menteri atau timbalan menteri. Sebaliknya DS Najib melantik pemuda yang dikalahkan oleh Khairy untuk menjadi timbalan menteri. Setersuanya naib ketua Pemuda, Razali Ismail juga dilantik jadi timbalan menteri.

Seluruh Ahli dan Pemimpin UMNO dapat melihat kebijakan DS Najib yang membuat perlantikan tersebut. Bukan sahaja mengiktiraf pemimpin pemuda tetapi memberi kepercayaan bahawa tokoh-tokoh pemuda juga mampu mengendaliakan kerajaan, negara dan parti dengan baik.

DS Najib tidak mahu membebankan Khairy dengan jawatan tambahan. Khairy dibiarkan dengan tugas yang dicarinya sebagai Ketua pemuda UMNO Malaysia. DS najaib berharap semoga Khairy dapat fokus kepada usaha menaikkan kembali peranan Pemuda UMNO dalam parti dan dengan itu boleh membantu kerajaan, parti dan negara.

Khairy dilihat dalam tempoh dua setengah tahun ini hanya mampu memikirkan dan menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah mempopularkan dirinya. Akibatnya Khairy semakin tenggelam dan hanyut dalam arus deras politik negara. Khairy membuktikan dirinya hanya mampu menyampaikan kerusi roda untuk OKU dan menampal simen pada batu-bata. 

Semakin malang, Khairy tidak mampu melaksanakannya harapan DS Najib. Khairy hanya mampu membuktikan bahawa beliau hanyalah liabiliti yang berterusan kepada UMNO-BN.

Eloklah rahsia 5 minit bersama DS Najib terus menjadi rahsia. Kita terlalu banyak kerja dan tugas untuk agama, bangsa dan negara yang sedang tercabar begitu teruk sekali.


1 comment:

Anonymous said...

kalau kj tidak diberi jawatan menteri, umno akan kalah di saluran 3 ke atas. renungilah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...