Followers

Wednesday, December 22, 2010

KJ Silap Lagi: Nuar Berahim Diberi Passport Untuk Mengganas




Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.

Alahai Khairy...

Siapakah yang yang menjadi pesuruh yang menyerahkan passport kepada Nuar Berahim sebaik sahaja pengkhianat yang kau katakan itu dibebaskan dari penjara Sungai Buloh? Bukankah Khairy Jamaludin? Ingat tak?

Kami tak lupa...belum lupa...dan tak munmgkin lupa.

Hari ini Khairy hanya sebut bahaya manusia yang bernama Nuar Berahim ini hanyalah kerana kes liwat!!

Sorry la Khairy...bahaya Nuar Berahim ini lebih dari itu...liwat perkara kecil...ada lagi sifat-sifatnya yang lain yang sangat berbahaya kepada agama, bangsa dan negara kita.

Rupa-rupanya semua rakyat berbilang kaum dan agama nampak lebih banyak dari apa yang Khairy nampak tentang Nuar Berahim.

Sudahlah Khairy...tak usah ulas perangai Nuar Berahim. Rakyat pun sudah sedia maklum perangai dan sifat-sifat diri Khairy yang sama dengan Nuar Berahim . 

Kita takut semakin ramai orang yang akan membenci UMNO bila Khairy banyak bercakap dengan media. Mentertawakan Khairy yang cakap tak serupa bikin. 

Teruskan Bacaan:

Sumber: Aloqstaq
http://aloqstaqblog.blogspot.com/2010/12/lawak-yb-khairy-kata-negara-tergadai.html


 

4 comments:

Anonymous said...

khairi tu nak tunjuk hero tapi dialah yg banyak membuatkan orang benci UMNO... samapai TM pun kecam macamana.. die tu nak jadi tunjuk pada najib takut tak jadi MP lagi next PRU13

Anonymous said...

Kau dengan ali rutam same jer....

Anonymous said...

Minta PM tukar semua pemimpin melaka hari ini .. dah tue dan bangang semue nyer...

Anonymous said...

Pemimpin Melaka dah Tua ?, kat kelantan tu macam mana ye, ish ish ish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...