Followers

Monday, December 20, 2010

Sah!: Khairy Mewarisi Watak Nuar Berahim


Sah!..Memang Sah...Khairy Mewarisi Watak Nuar Berahim

Sebaik sahaja dipecat dari TPM, Nuar Berahim terus mengadakan program Jelajah.
Sebaik sahaja dituduh meliwat Saiful, Nuar Berahim terus mengadakan Program Jelajah.
Sebaik sahaja Wikileaks membuat pendedahan melalui akhbar The Sun-Herald mengenai perlakuan liwatnya, Nuar Berahim terus mengadakan program Jelajah.

Jelajar...Jelajah...Jelajah.

Kini Khairy pulak menggunapakai kaedah Nuar Berahim. Khairy mengatur program JOM yang dinamakannya Jelajah One Malaysia. Terkini dia ke Semberong untuk memikat hati Hishamudin Tun Hussein.

Nampak sangat persamaan dua species yang menjadi liabiliti kepada UMNO malah kepada agama, bangsa dan negara ini. Apa sahaja watak dan sifat yang ada pada Nuar Berahim, mesti ada pada Khairy. Tidak mampu disembunyikannya.

Kita ucapkan terima kasih kepada pemimpin pemuda yang lain yang bergerak ikhlas menghidupkan jentera UMNO walaupun tidak diberi publisiti meluas. Teruskanlah usaha dan perjuangan anda kerana kita mempunyai cara dan kaedah sendiri mendekati rakyat. Tidak guna publisiti setiap hari di dada akhbar dan tv, tetapi hasilnya tidak dapat diharapkan.

Khary memang menggunakan kaedah Nuar Berahim. Walaupun nama program dikaitkan dengan slogan yang DS Najib laungkan, tetapi hasil program tersebut amat diragukan atau tidak berbaloi. Melainkan hanya untuk mengangkat dan mempopularkan dirinya yang semakin dipinggirkan oleh UMNO.

Sukalah diingatkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO, tolonglah focus dalam gerakerja anda. Politik dalam sistem demokrasi adalah ditentukan oleh parti yang mendapat undi terbanyak dalam pilihanraya. Oleh itu focuslah kepada berapa banyak undi yang bakal kita perlolehi dari generasi muda. Buatlah headcount yang jelas. Bentangkan kepada PM hasil dapatan kita.

Janganlah asyik bermotor ke hulu ke hilir. Asyik buat kerja mudah seperti membaiki rumah yang boleh dilaksanakan oleh JKK. Atau bagi kerusi roda yang boleh disempurnakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

Tak payahlah pemuda buat kerja orang lain. Carilah idea yanhg lebih mantap dan berkesan. Ingatlah..kita tidak akan menang dengan mengangkat dan menjulang pemimpin yang sudah menjadi liabiliti kepada parti dan negara.

Pergilah ke ceruk rantau. Temui pengundi muda. Pastikan mereka mengundi kita. Kalau tak cukup cari lagi dan lagi sehingga kita yakin kita menang. 

Jangan asyik nak bersorak sorai syok sendiri. Itu cara lama. Cara menipu diri sendiri. DS Najib pun meluat melihat dan mendengarnya.

Program Jelajah ini mengesahkan Khairy memang baka warisan Nuar Berahim dalam UMNO

4 comments:

Unknown said...

Salam Bro,

Memang benar, kita perlu berwaspada dengan KJ ni.

Apa yg telah ditunjukkannya selama ini sangat berbahaya kepada masa depan agama, bangsa dan negara.

Memang tepat sdra katakan, KJ ni memang menyerupai perangai Anwar Ibrahim. Seorang yg gelojoh, rakus, biadap kepada kepimpinan, konspirator dan semua sifat2 ini tidak sesuai dia berada di dalam perjuangan UMNO.

Secara peribadi saya tidak suka politik yang mencerca orang tetapi dalam hal ini saya sangat bimbang sekiranya Dato Najib terlepas pandang.

Cukuplah perbuatan Anwar Ibrahim terhadap bangsa, agama dan tanahair di pentas politk kita.

Unknown said...

Tepat sekali bro..

Telah lama kita perhatikan sifat2 yang ada pada sdra khairy. Mmg saling tak tumpah dan seiras dgn perwatakan Anwar Ibrahim. Cuma sdra khairy ni agaknya tak pandai baca khutbah.

Eloklah seluruh ahli dan pemimpin UMNO berhati2 dan bersikap waspada dengan budak ini.

Saya setuju negara kita tidak perlukan Anwar Ibrahim II yang warisannya telah cukup lengkap ada pd diri sdra khairy.

Kpd seluruh kepimpinan pemuda UMNO teruslah perjuangan. Dekati anak2 muda kita sebanyak yg mungkin. Jangan tunggu peristiharan PRU baru nak meeting, baru nak sediakan senarai, baru nak terhegeh2 buka file, buat program.

Tumpulah pada generasi mmuda yang sudah ada dlm senarai pengundi. Biarlah kerusi roda dan rumah yg rosak dibuat oleh pihak lain.

Hidup pemuda UMNO!!

Anonymous said...

Bodoh punya artikel, orang pi buat amal jariah dan buat kerja, u dengki pula. Ni lah budaya krenge yang bangang.

dzimba said...

jangan percaya sangat denga beruk ni. Bahaya makan tuan nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...